Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Sunday, 6 January 2019

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Overdue Part 2

Assalamualaikum, masih menghitung harini. Rasa sakit tapi tak konsisten lagi Braxton Hicks kot ni. Ikut edd harinilah due 29 Dec 2018 tapi bb taknak keluar lagi. Takkan nak tunggu New Year kot. Huhuhu.. Yang lawaknya pagi tadi masa pergi taklimat tadika si kakak Nurhan terserempak dengan Misi Miza klinik desa.  Anak dia pun tadika situ juga Tadika Pasti.
"Tak bersalin lagi?" sambil berisyarat sebab jarak kami duduk agak jauh.
"Blom lagi.. Hehe"
Dia gelak sambil geleng pala hahaa.. 

Anak jiran pun hantar tadika yang sama. Dia kata malam ni kot turun tanda. Entahlah yak rasa apa pun rasa biasa ja sakit pun tak sakit bersungguh. Apa pun mind kena relax dan tenang tak mau stress. Petang nanti nak ajak hubby pergi jenjalan kat Dataran Raudhah. Kotla malam ni turun tanda ke..

TAHUN BARU 2019
Malam pukul 11 dah rasa mild contraction selang sejam sakit macam period pain. Berlarutan sampai ke pagi keesokkannya. Ingat nak bersalin dahla sekali bukan hahaa yang hubby asyik tanya nak bersalin bb tahun baru dah ke? Babap kang.. Tanda apa pun tak turun sakit pun tak konsisten selang sejam selang 15 minit dan boleh tahan lagi sakit tu. So, arini buat aktiviti iron baju kerja hubby, baju skol kakak, basuh semua baju baju.
Petang hubby.....please bawa ayg jenjalan.

1 Jan 2019
Pagi pagi bangun iron baju keja hubby dan baju tadika Nurhan sesiap. Ingat hubby keja rupanya dia cuti. Pastu settlekan kain yang tak basuh lagi. Sementara tunggu kain basuh siap lipat seraga besaq kain. Habis lipat kain Hubby cakap nak keluar p rumah kawan dia jap bawa anak anak sekali. Sue lari masuk bilik rehat jap sampai depa balik. Sambung masak maggie goreng yang Nurhan request nak makan. Semangkuk habis lincinnn.. Time ni dah rasa mild contraction tapi boleh senyum lagi. Hubby kesian tengok Sue macam tak larat dah hubby p sidai kain. Huih lega satu bab! Hehehee..
Dah solat Zohor kami siap siap nak keluar p Aeon Alma saja nak berjalan bagi cepat bukak 'jalan'. Rezeki ibu ngandung, Aeon aritu jem kat parking dekat setengah jam tak bergerak! Tetiba ada keta nak keluar parking hubby masuk situ. Legaaa.. Pastu kami p berjalan Tesco pulak buat sticker nama Nurhan. Nak Frozen uols.. Balik singgah rumah MIL. contraction rasa makin kuat sampai takleh nak jalan. Tapi tak tunjuk kat hubby lagi reaksi mimik muka sakit buat biasa ja. Dalam pala otak dok pikir nak p spital ke tak. Sebab TAK TURUN APA TANDA.
Then gitau jelah hubby masa kat dapur nak p hospital sebab rasa tak tahan sakit ni semakin kerap.
Pukul 10.45 malam sampai Hospital Kulim. P emergency brader tu suh naik ke LR tunjuk buku merah. Dipendekkan citer yes ada kontraksi dan air ketuban dah leaking dari 15 tinggal 7. Mujur datang juga spital kalau tunggu turun tanda memang vengong. Hahaa bahaya kan baby taw uols. No, no, no.. Doktor lelaki sampai dua orang,yang seluk doc lelaki tapi okla takla serammmm.. Dia hormat patient. Bukaan dah 2cm loose katanya.

2 Jan 2019
Pukul 3.00 pagi masuk wad 9. Rasa nak nangis kat dakapan hubby sebab satit dah. Pagi pukul 8 check laluan dah 4cm. Nurse suruh mandi makan then check laluan lagi sekali. Tapi Sue tak p pun nak jumpa anak anak dara dulu tengah hari nanti. Rindunyaaa kat anak anak Momma. Baby jumpa arini taw taw love sangat tapi Momma nervous. Petang tu masa pakar datang check rekod around 11 am dah tak rasa sakit. Huhuhu boleh men men plak bb ni. Kita nak sakit kuatt kata misi yang check laluan Sue pagi tadi sambil senyum.

3 Jan 2019
Dewan Bersalin 
Stat rasa contraction makin kerap pukul 2 pagi. 2.30 pagi check laluan dah 5cm boleh ke LR dah. Huu tak sabar nak jumpa bb.. Tapi laratkah aku nak meneran dengan hanya telan kurma sebiji dan minum 2 sachet susu kambing kurma madu? In Syaa Allah boleh positif, positif thinking. Nurse tanya ada waris tak teman ni.. Takde. Hubby Sue suh datang pas Subuh sebab tau lambat lagi. Masa dalam LR sempat whatsapp hubby balik suh datang lepas antar kakak p tadika pukul 8 pagi. Sue masuk LR sharp 3 pagi. Masa nie dok contraction maha sakit. Pagi tu takde sapa maksudnya takde ke sapa sapa yang akan pantau Sue macam sebelum sebelum ni? Lengang sangat dan amat menyakitkan dok sesorang. Mujur ada rakan seperjuangan kat katil sebelah huhu. Adik tu baru 4cm.. Lama baring atas katil selesa plak tanpa ctg. Sekali kena pakai lorhh.. Doktor muda cett comel lak tu mai check laluan ok 5cm ye puan katanya. Jap lagi kita pecahkan air ketuban kalau air ketuban still ada. Kan Sue leaking air ketuban.. Lepas pecah air ketuban contraction makin kerap giler. Tengok jam baru pukul 5.. Sunyi sepi jer dewan. Mulut kering giler Sue minta air. Fuhh lega dapat minum letak kat bibir bagi basah. Pukul 6.30 pagi mula riuh bertukar shiftkan. Barula ada peneman, dia mai sapa dengan gosok tangan Sue masa tu tengah sakit contraction. Pastu nurse KK tmn Selasih Khatijah huhu baik sangat diala teman Sue sepanjang kat LR. Yang pakai baju biru tu SN kot dia tengok Sue baring macam tak selesa sangat dahla dok sakit dia kata. Dia amik pelapik katil dilipatnya jadi tebal letak atas bantal. Hui.. Baru sedap sikit baring. Tadi Doc muda cett kecik molek ada cakap pukul 8 nak check laluan lagi sekali. So lagi dua jam la Sue memang tak larat dah tahan sakit nie. Pinggang bagai dipatahkan nak mengiring pun takleh blah weh. Dok baring terlentang jelah. Berpeluh giler macam ayaq terjun tu.. SN tengok aloo kesiannya peluh ka ayaq tumpah ni.. Rasa nsk tergelak tapi gelak dalam hati ja. Orang dok tengah sakit tahap dewa depa boleh buat lawak. Dia amik tisu basah dia lap muka. Fresh trus rasa..
TETIBA RASA NAK MENERAN.
Sempat ushar jam baru nak pukul 7. Ish sempat ke hubby datang teman ni. Rasa macam bersalin pukul 8 pagi nih. Check laluan baru 7cm tak boleh teran sangat ni. Control nafas pikir relaks jangan keras badan jangan layan sakit. Memang sangat membantu tau. Fokus kat ritma pernafasan dengar bunyi nafas cari titik fokus supaya otak tak pikir benda negatif. Lawan sakit Allah ada! Time ni dok sebut Allah ja.. Takleh nak baca surah, selawat panjang panjang dah. Hahaha.. Sakit hanya Allah ja yang tau. Dan sakit tu Allah bagi ikut kemampuan kita tahan. Hebat wanita Allah jadikan. Tetiba nak meneran sangat dah macam nak keluar taik dengan bunyi mendengus. Hah, Sue taw ni nak dekat dah ni. Terus nurse JM panggil SN yang sangat friendly tu mai tolong tengok Sue sat. Dia suh kangkang nak tengok ada kepala baby tak then seluk dah 9cm ke 10cm dah boleh teran kalau rasa sakit. Sue pun teran tapi tak bersungguh. Tanya lagi sekali boleh teran dah ke? Sempatkan iols tanya soalan tu time genting ni huhu.. Ha boleh dah puan nak teran. Pastu dia suh depa panggil suami kat luar kalau ada. Cuba panggil kalau ada suh dia masuk. Tak lama kemudian dengar suara hubby "ya bini saya nur syuhada mat said" nurse suh ampu bahu Sue. Depa suh pegang pergelangan kaki mana sampai wehhh 96kg kot.. So Sue pegang paha dan teran. Ya Allah.. Bezanya rasa kalini baby nak keluar. Jangan buat suara na puan ingat kita orang Islam.. Sorry, sorry terbuat suara sempat Sue minta maaf haha. Dah keluar dahi depa kata.. Pastu hidung.. Teran.. Curi nafas, 1,2,3..teran puan terus teran pandai.. Curi nafas lagi teran... Teran lama nak keluar dah tu. Rasa fire burn menggila kat kemaluan haku! Pedisss ya robbi.. Bb keluar bb.. Terus Sue pulun teran say no to vacuum, forceps, ceazer.. Sempat lagi main psikologi sendiri. Kedebuih rasa ada bola hangat keluar. Leganya ya Allah.. Alhamdulillah berulang kali disebutku dan hubby. Hubby usap ubun ubun Sue dia senyum. Aduh, sayu dan sebak rasa. Syukur dia ada disaat Sue perlukan dia disisi ingat tak sempat datang tadi sebab pukul 8.20 macam tu depa panggil dia. Syukur Ya Allah. Baby girl lagi dah 3 kuntum bunga kami. Berat 3.39kg patutla rasa terik kat kemaluan Momma haha. Pastu siap kena jahit lagi panjang jugak.

Jahitan dia memang teliti dan kemas. Orang lama katako.. Baby letak atas dada mak dia sejam bapak boleh iqamat kat anak. Lagi sekali syahdu dengar hubby iqamatkan anak kami. Kelahiran ketiga ni kena lagi jahit sebab terangkat punggung kott panjang jugak kena jahit. Masa sakit mana ingat dah tips curi nafas, cara meneran.. Hahaa Syukur lagi sekali dikelilingi dengan mereka yang baik baik. Tak ada kata kata yang menyakitkan hati sepanjang di Hospital Kulim. Semua doktor dan nurse terbaik!

Rest sat pasnih.. Rasa serik woo nak beranak!

Kelahiran pertama overdue 6 hari - turun tanda lendir campur darah
Kelahiran kedua GDM - induce
Kelahiran ketiga overdue 4 hari - tanda contraction


Baru admit wad sebab air ketuban dah leaking

Kakak tak sabar tunggu bb keluar

Alhamdulillah.. Bunga dah keluar

Wednesday, 26 December 2018

Suprise Untuk Hubby!

Alhamdulillah.. Happy Belated Birthday and sweet 32 hubby! Sorry late wishes and celebrate.  Aicecee.. Skeaping gitchu.

Walaupun time ni tak larat dah nak masak tapi sebabkan awak cyg..ayg sanggup redah onak duri kat dapur tu untuk buatkan Mac & Cheese sampai lenjun habis baju bertarung bertinju bersilat pencak kat hujung dapur. Huh! Petang tu Sue dengan anak anak dara ditemani Tokma (takotla kan tengah sarat 38w terberanak in car hoho ada peneman takla kalut sangat) pergi singgah beli kek bufday hubby kat Secret Receipe. Sebab apa beli kek kat situ sebab mak buyung yang teringin sebenonyee hihihi

Malam tu tunggula kami anak beranak kat ruang tamu punyala lambat hubby balik haritu.. Pukul 9 baru sampai rumah. Anak anak dara berapa puluh kali dok tanya bila nak potong kek tak taulah hahaa sampai tertido dua dua.

Sempena bufday abah Momma velanjer makan di Chicken Rice Shop



Selamat Hari Lahir ye cyg.. Semoga dilimpahkan lagi rezeki yang berkat buat abah dan kita sekeluarga. Semoga panjang umur sihat cergas dan stop merokok! Aminnn.. Saranghae <3





Love all of you till jannah <3 tahun depan pulak makan besaq hehee bufday Momma nak request apa ye?

Pengalaman Bersalin Anak Yang Ketiga Part 1

Assalamualaikum, salam sejahtera.. Wah,  lamanya tak berblog sampaikan ada rakan tegur kalini cerita pregnant takde dah la ye.. Huhuhu Ni tetiba rajin pulak Sue nak menaip. Masa ni tengah tunggu hari ikut due edd 29 Dec 2018. So, lagi 5 hari jer wehh! Incase tak bersalin jugak sila bersedia untuk diinduce 6 Januari 2019 nanti.

Checkup Klinik Desa 24 Dec
Pukul 4 pergi check perot. Berat dah 98kg omaigod! Semua ok je, kak Thila kata ni tak lama dah ni semua dah bengkak bengkak dah ni. Lepas check jantung bb kak Thila check kepala bb dah turun ke belom.  Uish.. Dah bawah dah nih berapa ari lagi hang bersalinla ni. Hahaa..  Harap macam tula kak Thila oii tak sabaq nak gomoi bb.
Tadi hubby whatsapp bagitau nak amik dokumen kat lawyer di SP hari Khamis ni. Saja cakap kat hubby "Ingt bersalin esok.. Sm besday ngan a. Pijan huhuhu tp xda tanda apa pun.." esoknya Krismas kan senang nak ingat besday bb ni. Hehehe ngadaa.. Tapi,  takde rasa nak beranak lagi pun. Cuma sakit manja je boleh gelak gelak lagi lari lari manja lagi.

Sakit hilang 25 Dec 2018
Pagi tu t k tido langsung sebab Hani meragam tiap jam nangis suh garu belakang. Haiiyaaa.. Pagi lepas Subuh baru lena sampai hubby p keja pun tak mampu nak bangun dah dengan sakit pinggang macam period pain. Harap dia pahamla huhuhu sian plok nasib baju keja dah siap iron. Tak rasa akan bersalin lagi ni sebab sakit main main pastu hilang..

Banyakkan berjalan 26 Dec 2018
Lagi 3 hari nak due dah tapi baby syok lagi godek godek dalam peyot. Takda sebarang tanda macam keluar lendir sekali darah ke, lendir coklat ke pun takda. Setiap hari makan buah kurma sehari 7 biji, pagi minum susu kambing banyak berjalan keliling rumah, buat squat, ketuk ketampi dan mencangkung. Tak sabarnya nak tengok baby. Kadang stress rasa dok tunggu tanda tak keluar keluar hahaha ampa pun samakann muhonglah tak stress..

So, sekarang ni relaxkan minda dan badan supaya bersedia dan banyakkan baca surah Yaasin. Doa Nabi Yunus memang selalu Sue amalkan. Doakan Sue cepat bersalin ye dan tak kena induce 6 Jan nanti.

Jumpa next entry ye.. Wassalam.

Wednesday, 20 December 2017

DONE! Ofis Momma Kat Rumah!

Alhamdulillah.. Work place Momma Before n After yang macam takde beza dah siap! Bukan siap apa pun.. Dah ada table je. Hahaha Maklumla masih menyewa sebab tu malas nak deko lebih. Aduhai, kalutla masa buat kerja kat bawah lantai dahla sakit pinggan pinggang pastu anak anak dara pun nak 'tolong' buat keja sama! Sabo jerlah. So, kena tunggu salah seorang tidur baru Momma boleh buat keja. 

Mujur waktu kerja fleksibel dan tak terlampau banyak. Pasnih kena work hard la ye. Sebab dah ada meja hehehe. Cuma nampak macam bosan jer work place Momma kan. Nanti nak p Ikea Momma update lain k work place Momma.

Sakit oii tulang juboq ngan pinggang! 

Nanti nak p shopping kat Ikea cari kerusi dan beberapa item yang lain bagi lagi berseri tak nampak bosan sangat.

Sunday, 26 November 2017

Amalkan Qaseh Gold Adinda Semasa Hamil

Assalamualaikum.. Hai uols.. Nak bayar hutang 1. Lama dah nak share tapi tak sempat update. Sepanjang hamilkan Hanimadu 9 bulan Sue amalkan Qaseh Gold Adinda. Pernah dengar produk jenama Qaseh Gold? Sila review pak Google ya!

Niat nak cari supplement untuk mommy n baby dan persediaan untuk keluarkan lebih banyak susu badan. Maka terjumpala Qaseh Gold. Kebetulan Bos biras Agent Qaseh Gold Sue terusla order tiap bulan sebotol dua.

Kesan dia memang BAGUS.. TERBAIK!

1. NO MORE KEPUTIHAN! Kalau baca blog Sue masa hamilkan Captain Nurhan mesti tahu..
2. NO MORE KEKERINGAN FARAJ! Sepanjang hamil selesa jer 'bersama' hubby.
3. Wajah segar walau jerawat tumbuh berceretek!
4. Sentiasa cergas
5. HB sentiasa tinggi. Sampaikan nurse seorang tu preggy juga mungkin ada masalah HB kot. Dia tanya ambil apa HB tinggi sampai 14.3!hihi



Sue TAK JUAL ye.. Boleh cari agentnya yang sah! Next preggy nak ambil supplement lain pulaksss.. Faire Armour by Fellera Beauty Malaysia plus Shaklee Vit C sahaja (nak ambil set jenuh mak aii).

Ok, itu jer.. Komen yang positif nak tanya atau share silakan.. Wassalam.

Thursday, 23 November 2017

Momma work from HOME....

Assalamualaikum.. Setelah beribu tahun tak muncul baru hari ini nak start aktif berblog kembali. Huhuhu.. Masih belum terlambatkan.. Sekarang anak dua dah oii MASA cukup penting! Kena pandai bajet masa.

Rezeki anak anak, bos call after a few years menghilang sebab tak dak job. Dengan gaji tertunggak lebih 3-4 bulan tak dibayar lagi. Tak takot ke wahai boss.. Mujur kami pekerja yang jenis baik tak ngadu domba kat Jab. Buruh.. Hmmm

Katanya baru dapat projek job kecik jer 1m lebih ja.. Bolehla nak bayar gaji yang tertunggak dulu tu katanya laa.. harap berbayar lerr. So, sekarang dah start kerja di rumah tak perlu ke ofis. Bestnya dia ni jenis bertimbang rasa sikitlaa.. sikittt tak banyak. Dia pikir Sue nie dah ada dua orang anak nak bagi orang ngasuh sekarang ni tak harapla.

Hubby?? Tak setuju la dia kerja walau dari rumah. Takot boss tak bayar gaji! Tapi Sue tau dia dah boleh bayar.. Laptop dia bagi, nanti nak bagi scanner. Mudahkan kerja tak perlu keluar pergi cari kedai nak scan document. Nanti nak pasang dekstop lagi nak bagi wi-fi. Akak tak seronok.. Akak gerunnn takot bos takleh nak bayar.. HAHAHA But think positif okay! His find!

Pukul 7 malam..
Anak anak tidur. Hubby baru jer balik..
Next post pulak!

Thursday, 23 June 2016

Pengalaman Bersalin : Induce Anak kedua

Selamat menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan juga selamat berpantang pada diri sendiri. Selamat menggantikan posa 30 hari.........huhuu
Hari ni ada masa nak taip entry yang sangat tak sabar Sue nak share dengan kawan-kawan alam maya semua. Pengalaman bersalin kali kedua dengan ilmu urutan perineum, teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi, cara meneran yang betul dan juga pengalaman di induce. Okay, ini kronologinya..:

05 Jun 2016, Ahad
Pukul 5 pagi dah bangun dengan perasaan berdebar atau tak sabar nak serah diri di wad 9. Bercampur baur jugak perasaan masa tu sebab rasa cergas macam tak percaya nak bersalin dah. Tarikh due sepatutnya kelmarin, oleh kerana cuti Yang Dipertuan Agong doktor suruh daftar masuk 5 haribulan.
Dah siap solat, sarapan, masuk beg semua dalam kereta pukul 7.45 pagi hantar Nurhan kat rumah mak. Boleh pulak dia terjaga.. Nangis jerit-jerit nak ikut. Hubby cakap kita bawa jelah dia bukan kacau pun. Sampai di Hospital Besar Kulim kami ke bahagian Kecemasan dulu nak tanya tempat untuk daftar masuk wad. Dah daftar masuk semua deposit RM30 pun dah bagi kami disuruh ke wad 9 dan serahkan buku merah. Staff nurse ramah, senyum jer.. Sejuk hati den. Isi borang, sign tu sign ni, tukar uniform kaler pink gittew jalanla Sue menuju ke katil no.19. Hubby cakap tengah hari nanti dia datang lagi dengan Nurhan. Dahlah beg baju, beg baby, bakul Hubby tak bawa naik. Haduiii.. Buetnye den terrrrbersalin awal haruuuu.. Lepas Sue masuk, ada lagi 2,3 orang baru masuk. Dengar perbualan depa macam satu geng ja dengan Sue nak kena Induce. Hehehe..
Pukul 9 pagi Doktor Kamal datang check, dia tanya ada sakit ke tak dan dia cakap sebentar lagi doktor akan check laluan dulu dan baru masuk ubat. If servik lembut dah opening 2cm or 3cm tak payah kena induce.
Pukul 10 pagi kami yang nak kena induce ni pakat duduk reramai di bangku luar bilik khas yang disediakan untuk buat pemeriksaan. Doktor perempuan alhamdulillah.. Comel.. Bila kena seluk tu tak rasa apa lembut jer.. Katanya baru 1cm servik tebal lagi. So, kena masuk ubat kot bawah. Then, kalau tak ada bukaan atau bukaan br 2cm pukul 4.30 pulak kena masuk ubat. Seriously, lepas masuk ubat dalam sejam dua macam tu dok tercari-cari jugak mana dia perasaan yang orang kata sakit bagai nak gila, nak rak tuh?! Pelik, sangat mild... Jam dah pun pukul 1 petang tak rasa hebat lagi sakit. Jemmm... Harini mesti tak bersalin lagi. Hmmm.. Mungkin nak tunggu masuk bulan Ramadhan kot. Tetiba jer dah start rindu Nurhan. Teringat pesan kakak jangan lupa zikir, doa Nabi Yusuf, istighfar..
Pukul 4.30petang kami beratur lagi tunggu giliran nak kena 'seluk' samada kena masuk ubat lagi atau tak. Time tu sempatla borak-borak tanya kenapa kena induce? Ada yang sebab darah tinggi, yang sorang tu sebab baby twin macam Sue sebab GDM kencing manis. Kali ni Doktor perempuan jugak, tapi rasanya macam kenal la doktor ni. Doktor ni yang kacau laluan Sue masa kat Nurhan duluuuu..Hah???!!!! OMG!!!!!. Sejarah mungkin berulangkah? Masa kat Nurhan dulu sebab bukaan lambat bukak dok 2cm sehari suntuk so dia nak kacau laluan sikit supaya lembut. Pastu sorang patient keluar dari bilik tu katanya sakitttt doktor ni 'seluk'. Tiba giliran Sue, ye.. Doktor (lupala nama dia..tapi muka dia nampak tegas) baca bismillah.. then dia seluk kasar giler mak kau! Anjat bb.. Katanya 2cm.. servik tebal lagi. Then dia cakap nak kacau sikit laluan ye bagi cepat bukak. Dia punya kocak macam rasa nak yakK woOO.. Lama tak feel macam tu. Sue control breathing supaya mudah dikerjakan dia. Huhuhu.. Janji cepat servik bukak.  Adik yang bb twin tu cakap bantal dia sampai terjatuhlah sebab terkejut sangat. Hahahaa.. Sayangnya Sue lupa nama doktor tu. Memang respectla cara dia buat kerja.. teliti.
Hubby datang dengan Nurhan time waktu melawat petang tu dengan beg dan bakul. Nurhan macam biasa je dia happy go lucky. Mak dan ayah dah datang tengah hari tadi bawa makanan macam-macam. Sue ni dahla tak lalu dah nak makan. Tapi makan jugakla untuk tenagakan. Suruh ayah buat air penawar sikit bagi jalan mudah terbuka masa bersalin. Masa petang tu dah rasa sikit kontraksi tiap 5 minit sekali. Masa Hubby nak balik Sue ikut belakang depa dua jalan pelan-pelan sebab dah rasa sakit, mungkin dos tinggi sikit kot dari yang ubat first tadi. Minta maaf lagi sekali dengan Hubby minta dia doakan esok Sue bersalin. Hurmmmm.. Terharu tau.. Bila tengok Nurhan lagi rasa sedih sebab tiap malam Sue yang dodoi dia tidur. Macam manala abah dodoikan Captain mama. Dengan lagu rock mungkin??.............
Malam tu Hubby col tanya macam mana dah rasa sakit ke? Agak bila bb nak keluar?rasa nak makan apa? Nanti nak bersalin dah satg teringin apa-apa tak leh makan dah. Katanya.. Lucu pulak. 44 hari jer cayangggg.. Sue request nasi goreng Pattaya nak order nasi goreng ikan masin kang bb keluar buat muka masin pulak. Lebih kurang pukul 10 malam macam tu Hubby datang. Hubby datang sorang jer Nurhan Paksu dia bawa ronda. Bagitau Hubby dah start rasa sakit dan tak selesa. Rasa macam takmau bagi Hubby balik kalau boleh nak suruh je dia duduk sebelah urut belakang. (ko ingat ni swasta ka hapa?) Check laluan yang seterusnya pukul 11 malam. Berdebar jugak rasa hati dah buka berapa cm agaknya. Bila rasa sakit tu datang automatik tangan ni dok cari benda nak genggam. Sakit dalam 10 ke 15 saat then hilang. 5 minit kemudian datang lagi kontraksi tapi tak rasa heavy lagi still leh tahan lagi sakit nih. Naluri ni asyik dok kata bukaan tak besaq mana. Check, check nah! 2cm nak ke 3cm tu pun bukaan macam mau tak mau. Huuuu...sedih.. Tapi doktor dah tak masukkan ubat. cuma tunggu progress sampai esok pagi pulak. Dalam pala otak ni terlintas czer, czer, czer... Minta simpangla Ya Allah. AKu nak nak bersalin normal..!!!!!!!! Tulah.. Banyak dosa sangat Sue kata kat Hubby bila banyak kali sangat Hubby tanya "agak-agak mama bila mama bersalin?", "Lambatnya ayanggg..Bila nak bersalin?". Jahat betul mulut haku dahla dok tunggu masa nak bersalin. Baru lepas minta maaf dengan Hubby pulak tu. Astaghfirrulahalazim......

06 Jun 2016, Isnin
Pagi pukul 1, tak senang duduk dah. Tadi takpala kakak Sue teman, even dalam perbualan fon rasa kurang sikit sakit. Kami sembang-sembang bila rasa sakit datang control breathing sambil selawat dalam hati. Tapi pagi tu memang keluar air mata rasa sakit sangat kat pinggang tau. Sister veteran yang baju biru tu... Tanya sakit kuat ke? Nak check tak laluan? Sue kata tak payah leh tahan lagi. Kunon nak bagi bukak sampai 5 ke 6 cm. Dia masukkan drip kat tangan Sue. Alahhh..punyala payah nak usung benda alah tu masuk toilet. Masa nak 'yak' leh lupa nak gantung benda alah tu boleh p pegang ja..Hahaa Punya seksa Sue nak buat 'hajat'.. Lepas sejam tak tahan sangat masuk bilik pemeriksaan tu, dia check baru 3cm uols...! Haduihhhhh... Rasa down and stress sangat-sangat bila dengar 3cm. Servik lembut dah katanya. Then, dia cakap dia nak bantu buka laluan lagi besar. Bila rasa kontraksi cuba teran kuat-kuat. Sue buat tapi buat tak sehabis daya sebab takde rasa nak meneran. Kepala bb makin turun dan ada kat hujung jari dia dah. dah opening 4 nak ke 5 cm katanya. Pukul 5 pagi dia akan hantar ke Labour Room. Apalagi teruja la. Dia bagi tips, masa dah 2cm dah rasa kontraksi teran pelan-pelan bagi kepala bb turun. Nanti bukaan akan jadi cepat. Okay, dapat lagi satu ilmu. Kalau dulu masa kat Nurhan, masa 6 ke 7 cm mak bidan yang jaga Sue tu suruh mengiring ke sebelah kiri bengkokkan sikit kedua-dua belah kaki bila rasa nak meneran teran pelan-pelan sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembus sambil meneran.
Pukul 4 pagi lepas kena ubat berak yang sister tu masukkan kot bawah(memang nak terberak dari malam tadi tapi tak terberak..hihi syyyy) punyala lega rasa kosong ja usus. Siap-siap barang nak mandi lepas col Hubby 4,5 kali tak dapat hantar mesej hope dia baca. Lepas mandi col lagi Hubby baru dia jawab. Sue makan apa yang ada untuk tenaga nak push sebab takot dok dalam Labour Room lama.
5.16 pagi.. Col Hubby tanya ada mana. Rupanya Hubby dah sampai hospital. Pukul 5.35 pagi ditolak masuk ke LR. Suruh Hubby isi form untuk masuk dalam dewan bersalin nanti. Masuk dalam satu bilik Sue sorang je. Ada satu katil, lampu besar yang selalu kita tengok dalam drama tv guna time buat pembedahan tu.. ada alat CTG untuk check jantung bb. Macam-macamla dalam bilik tu. Oh ye, masa dalam perjalanan ke LR kan rasa pelik sebab tak rasa kontraksi. Langsung tak sakit! Masa tukar baju (bogel uols) sarung baju yang tak rupa baju kaler biru ang ang siap terbuka kat belakang nampak buntot iols dengan jelasnye ada tali tapi depa kata, ''tak payah ikat diknon nah.." "okay, baring nak pasang ctg.." Lepas tu dia bagi oksigen suruh sedut untuk bagi bb moOre oksigen. Dalam 20 minit macam tu datang sorang akak ni badan besar rendang pakai spek orangnya (tak nampak tag nama dia coz terlindung dengan tudung) dan akak Hanim pakai baju biru. Dia tanya dahaga tak? Nak air? Boleh jugak Sue cakap. Then, dia datang check BP dan tengok keadaan Sue. Nak bantal lagi satu tak? Sue macammmm... arhhh,bleh gak. Jap dia p cari. Lepastu dia datang dengan sebijik bantal limited edition katanya. Hehehe.. Rasa selesa sangat dalam keadaan sakit pinggang macam kena langgar lori, dengan tak selesa perut ni ada akak dua orang ni yang sangat caring kan Sue. Cewahhh! Macam VVIP pulak rasa. Sepanjang dalam LR depa duala dok monitor Sue. Rasa terharu tauU.. Masa doktor perempuan India check laluan terkejut dia kata baru 2cm! Aikk? Takkan kot.. Jantung trus dupdapdupdapdup.. Rupanya closed balik servik. Takpa, Allah ada.. Allah sentiasa ada. Akak cumel rendang tu tanya nak ubat tahan sakit tak dan dia explain dengan detail effect ubat tu cuma rasa ngantuk sahaja kalau lawan rasa ngantuk pala akan jadi pening. So, baik tidur seblom betul-betul sakit nak teran. Kira boleh relax dulula. So, Sue decide ambil la ubat tahan sakit tu. Dia cucuk kat buntut rasa sakit gakla. Kontraksi masa tu 20 minit sekali. Jam atas kepala ja, bila sakit datang tengok jam. Rasanya Sue terlelap dalam 30 minit macam tu sebelum rasa sakit kuat. Tetiba rasa nak terkencing sangat dah masa tu 5 minit sekali rasa sakit kontraksi datang. Tetiba rasa air keluar tak henti, macam paip pecah. Tak perasan pulak bunyi 'pop' macam orang selalu dok cerita bila air ketuban pecah. Sue gtau akak Hanim tu tapi dia kata tak ada apa. Tapi still rasa air keluar lagi rasanya memang sah air ketuban. Lega air ketuban dah pecah harap cepatla bukaan. Teringat tips yang sister tu bagi, jadi Sue teran pelan-pelan bila kontraksi datang. Mulut, hati hanya ingat Allah dan bb.. Teringat Hubby dok tunggu kat luar betapa letih dia dok tunggu lama.. Bb cepatla keluar cepatla sakit ni sakit sangat-sangat kesian kakak dengan abah tunggu lama.
Pukul 11.00 pagi, check laluan tetap 3cm juga. Poor opening doktor cakap. Sedih sangat. Takkan nak kena czer kot?? Mula fikir yang bukan-bukan. Bila rasa kontraksi Sue baca " Summa sabila yas sarohh" maksudnya lebih kurang permudahkanlah jalannya kot kalau tak silap. Dah lupa ayat ke berapa. Ayat ni pun Sue jumpa dalam blog mommies yang share pengalaman depa bersalin. Katanya elok amal masa teran nak push anak keluar. Insyaallah.. satja bb keluar. Sue pun baca ayat tu masa sakit kontraksi dan teran bersungguh, rasa macam kepala bb dok turun. Bila teran tu rasa macam takla sakit sangat daripada dok layan sakit tu datang. Tapi tak berani teran macam teran kat Nurhan dulu. Masa kat Nurhan dah 6cm, Sue punya teran sampai lepas bersalin( dalam pantang ) still rasa sakit macam ada batu nak terkeluar kat punggung. Orang kata belajar dari pengalaman. Jadi, hat kedua ni teran pelan-pelan ja sammmpai kena teran betul baru teran sesungguh hati. Masa teran pelan-pelan tu pun still kena control breathing supaya bb senang turun. Servik jadi lembut tak keras. Sue tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepas perlahan sambil teran.
Pukul 1.00 petang, doktor India lelaki masuk keluar bilik. Haishhh.. takkan kot. Dia check ctg, then dia sembang dengan akak cumel rendang tu. Akak tu bagitau doktor apa masalah aku and dia suruh doktor tu check laluan sebab doktor pakar nak datang tengok keadaan aku pulak japg. Wahh, macam VVIP plak iols nih ada pakar nak melawat. Huhuhu...sedih. Yelah, sampai pakar datang nak tengok kes Sue. Apahal?! Jangan cakap czer sudah.... plak tu first time doktor laki nak check laluan Sue. Adoi, aluuuu... 3cm? Emm..rasa macam 4 nak ke 5cm.. I think its 5cm la. Katanya. Please la doktor, hat mana satu ni.? Akak tu cakap aku poor opening tadi check 3cm tak bergerak dari pagi. Cakap je kat doktor pakar tu 3 cm. Lebih baik takyah suruh doktor tu check kak oii. Muka Sue mang habis buruk dah dok tahan sakit siap meneran sekali. Jantung bb drop dari 80 ke 40! Depa jadi kalut sat. Rasa nak berak sangat dah. Tadi dok teran pelan-pelan tetiba rasa nak teran sesangat dah nih. Sampai nak mengelupur bagai atas katil tu. Mulut ni tak henti-henti zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Muttakabbir, baca La ila ha ila anta subha naka inni kuntum minal dzolimin, baca Summa sabila yas saroh..
1.30 petang, masuk seorang staff nurse tengok nama Shafidah. Dia nak check laluan and suruh buka kaki. Sue cakap dengan suara tersekat-sekat "sat sakit.." Sue angkat kaki pelan-pelan lawan sakit tu. Dia check, " rasa nak teran, teran ja" apa lagi.. Teranla Sue pun. Tetiba, " Dah full opening, full opening" Dia jerit. Dari dia sesorang tetiba jadi raaamai dalam bilik tuh. Dalam hati ni dok kata kalau nak czer czerla.. Tak tahan dah nih. Lagipun nampak kak tu buka macam-macam atas table. Sue dalam pala otak dok bayang alat bedah dah. Hahaha.. Dia suruh teran lagi jangan berhenti. Tahan nafas, curi nafas, teran. Bagusss. Jangan berhenti teran, curi nafas..teran lagi..lagi..lagiii... Jantung bb dah drop teruk katanya. Datang lagi sorang pakai baju biru NSM Latifah namanya. Depa suruh bangun pegang pergelangan kaki tapi Sue tak sampai. Kesudahannya, free style. " awak rasa selesa macam mana awak buat janji boleh teran " Sue cuma pegang paha dan tekan keluar. Punggung rasanya lebih melekat dan tak terangkat. Sambil baca "Summa sabila..." sambil tarik nafas tahan, angkat pala dekat dengan perut Sue terus teran dan teran dan teran sampai habis nafas curi nafas still teran tanpa henti sebab takot sangat doktor cakap "jantung bb drop jantung bb drop cepat keluarkan bb!". Apa depa ingat aku ni Avengers ke hapa?! Dah nampak kepala yang sorang tu cepat-cepat p panggil Hubby. Hubby dah masuk LR terus meluru ke arah Sue. Dia sempat bisikkan kat telinga " Summa sabila yass saroh " teran ayang teran.. Pastu sorang tu entah sapa suruh Hubby berdiri hujung Sue. Hubby nampakla kepala bb. Then, SNM Latifah suruh Hubby support belakang Sue. " Teran ayang sikit ja lagi dah nampak dah kepala bb" 2 hingga 3 kali push baru bb keluar. Doktor pakar tu nampak macam India or mamak masa dok tengah teran dia boleh tampar-tampar paha Sue kunon bagi semangat. Pala hotak betoi..hahahaa dia tekan perut untuk tolak bb keluar. SN Shafidah terpaksa gunting sikit nak bantu bb keluar cepat untuk elak kemungkinan tak elok berlaku kat bb. Alhamdulillah.. Tapi depa boleh tak tunjuk bb kat Sue. " bb??" Tanya Sue kat Hubby. " Ada.. depa bawa keluar dah" Pastu dengar staff tu kata tak tunjuk pun kat mak dia bb apa. Haduiiila.. Hubby depa suruh keluar untuk iqamat bb. Sepanjang kena jahit Sue curi masa untuk berehat. Sekali lagi, macam masa kat Nurhan depa heran Sue tak menguek langsung.. Yang SNM Latifah tu tanya tak sakit ka? Sue cakap rasa sakit tapi saya tak larat. Malas nak layan rasa sakit tu sebab letih sangat Ya Robbi. Yang bersalin normal taula sakit masa dipenghujung tu macam mana. Walau sekejap tapi Masyaallah.. Habis nafas teran. Letih woO.... Macam lari marathon panjang nu.. Sebab tu nak sangat bersalin normal. Indah tau perasaan sakit dan letih tu. Awal bulan Ramadhan lahirla seorang lagi puteri kami. Semoga menjadi anak yang mendengar kata, beriman pada yang satu dan cemerlang dunia akhirat.
07 Jun 2016, Selasa
Discharge.. Pukul 2 petang macam tu dah balik.

Kesimpulannya, sepatutnya Sue tak perlu pun dijahit. Oleh kerana bb melalui saat genting terpaksa digunting jugak sikit. Jahitannya pun kemas, tak rasa benang kasar masa berjalan atau duduk. Tipsnya, breathing. Ambil nafas dan hembus masa kena jahit tu. Jangan fikir sakit, fikir letih aku nak rehat sat. Urutan perineum pun sangat membantu, tak rasa sakit sangat masa teran bb keluar sebab semuanya berlaku dengan pantas sekelip mata. Dari 3cm trus ke 10cm!! Sue pun terkejut. Cepatnya. Sue bajet dalam pukul 4 petang bersalin sebab bukaan very slow. Sebab kena paksa kot. Masa di wad dah 4cm nak ke 5cm tapi bila sampai di LR closed 2cm. Induce?! Bagi Sue sakitnya macam biasa ja. Sakit lagi masa kat Nurhan rasanya. Mungkin Sue banyak bergerak, buat squat, urutan perineum, amal Qaseh Gold Adinda dan D'aura Kelapa Dara jadi kurang rasa sakit. Bukan kurang, tapi mampu tahan rasa sakit tu dengan izin Allah. So, mommies to be atau yang nak bersalin yang kedua yang ketiga banyakkanlah cari ilmu untuk meneran yang betul, berdoa. Even dah pro anak sepuluh ke macam mana pun still kena review balik apa yang perlu dan tak perlu. Oh ye, Sue tak ambil air or minyak selusuh dan tak minum air akar fatimah kali ni tau. The power of DOA.. The power of BREATHING.. insyaallah mudah bersalin.
Harini hari ke-18  berpantang. Alhamdulillah mampu bf bb dan harap sampaila bb 6 bulan atau terus sampai umur 2 tahun. Lepas ni pulun godek ilmu breastfeedingla pulak kita. Sue masa pantang hari ke 10,11 dah drive sendiri kereta pergi klinik.. Huhuhu tau kat akak Salina mau kena bebel! Hiiii.. Mujur jahit sikit tak rasa sakit dan badan pun cergas sebab jaga pantang betul-betul kali ni. Dannnn... Hari ke 16 dah keluar pergi Mydin Mall uols siap singgah Tesco Kulim lagi tengok baju raya. Huhuhu Please.. Jangan kecam iols ye. Mommies jangan tiru saya.. Takot bentan.. Mohon dijauhkan.. Syuhhsyuhhhsyuhhhh...
Sepanjang 3 hari 2 malam di Hospital Besar Kulim caj bayaran hanya RM30 lebih sahaja. Tapi layanan yang Sue dapat sangat baikkk. Semua staff nurse dan doktor baik-baik belaka, senyummm je depa.. Cakap pun nice. Terima kasih sangat pada mereka semua yang banyak membantu sepanjang di hospital. Baiklah, nak rest dulu.. Baby pun tengah tidur lagi. Wassalam..


Baru 'check in' hehehe
 
Bye kakak.. Malam ni mama tido sesorang
Orang nak makan dia pun kaluit nak makan sama
 
AikK?!! Baby satja dah besaq!
Baby Hani ngan mama Sue



Nurhani Rayhanah Rohaizad 060616