Aku, dia dan lagu....
Cewahhh..(pengaruh radio klasik nasional ayah sue la nie..hihi)
Tahun 2002, petang cuaca yang redup angin bertiup slow-slow..Aku dan jiranku ketawa girang sambil menepuk-nepuk tangan (ntahla..sue tak ingat sangat suasana time tuu..maklongla dah sedekad berlalu..) kerana lucu dengan gelagat adik jiranku bermain badminton. Kami bukanlah bermain untuk masuk bertanding di mana-mana peringkat, sekadar meluangkan masa lapang disamping mengakrabkan lagi hubungan kejiranan kami.
Sedang berseronok kami bermain badminton, ada sekumpulan remaja lelaki sedang berjalan melintasi kami. Salah seorang darinya asyik melihat aku. Aku?? Peduli hapee..Keesokan harinya, seperti biasa temujanji di perkarangan rumah untuk bermain badminton. Aku perasan lelaki yang sama sedang 'mengushar-ushar' aku. Kali ini tak jalan kaki tapi naik basikal BMX si dia berdiri di pedal belakang. Orangnya berkulit hitam manis. Jejaka idaman aku pulak berkulit cerah muka ala-ala hero Hollywood gitu.! Selang beberapa jam, kawannya datang minta nombor telefon. Katanya, si dia seorang yang saaangat pemalu untuk minta sendiri nombor telefon dari aku. Aku jual mahal. Aku cakap, " Kalau nak suh dia datang jumpa aku dulu ". Masa itu umur aku baru 14 tahun. Masih mentah lagi nak bercinta lainla zaman sekarang.. Budak umur 6 tahun pun dah ada 'girlfriend'! Dipendekkan cerita, si dia dapat tahu yang kawan sekolah aku kenal aku siapa. Jadi dia tanpa segan silu menyuruh kawan sekolah aku yang aku kenali sebagai Amin (bukan nama sebenar hero dan heroin sahaja namanya benar) untuk berikan aku nombor telefon rumahnya. Zaman tu kan tak canggih seperti sekarang. Semua layan 'Public Fon'..tak ada syiling sanggup tukar dekat apek kedai runcit takpun tak telefonla buah hati alamatnya tidur tak lenala si buah hati rindukan abangnya.
Masa zaman sekolah dulu, ramai kawan-kawan jadi ejen buat kad nama. Aku pun apa kurangnya, siap pening kepala nak pilih gambar artis kesayangan yang mana satu dan kata-kata hikmat yang nak diletakkan dalam kad nama tersebut. Lucu..lucu kalau diingatkan kembali. Tahu apa kata hikmat kad nama aku? 'I LOVE MY FRIEND'..'s' di belakang 'friend' hilang..Hahaha Aku balas kad namaku yang paling cantik untuk si dia. Artis kegemaran aku masa tu band Backstreet Boys sebagai gambar latar kad nama aku. Kad nama darinya masih aku simpan kemas dalam simpanan barang-baranag peribadi aku. Seingat aku kadnya berwarna oren dan kata hikmatnya lagi sedap dibaca dari aku punya. Malam itu dia hubungi aku dan kami berkenal-kenalan. Jadi, malam tersebut Mac, 2002 kami sah menjadi pasangan kekasih dengan bersaksikan malam dan bulan yang menyinar. Masa muda remaja biasala nakal. Jadi, macam-macam dugaan kami hadapi. Aku putus dengan 2,3 kali kerana pihak yang ketiga. Lagipun masa itu aku bukan serius pun bercinta. Orang tua-tua cakap Cinta Monyet. Ramai kawan-kawan aku cakap, " Kalau couple tu putus sampai 2,3 kali maknanya jodohnya panjang".. Aku senyum sebab tak percaya. Tak percaya sebab, dialah tunang aku sekarang ini. Ingat nakla dapat hero Hollywood..Tapi, dapat hero Bollywood pun jadilah..Asalkan hidungnya mancung.
Doakanlah hubungan kami kekal selamanya. Cinta hatiku kau punya ROHAIZAD ISMAIL.!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sweet!! :)
ReplyDeleteHahahaha...kenangan zaman kanak2 rebina..
Delete