Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Monday 16 June 2014

My Journey To Be A Mommy (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sume pembaca yang always sweet gitu.! Sue punya due 15/6/2014 hari Ahad jatuh pada Hari Bapa.. Tapi until now baby taknak kluar lagi. Sue pun still tak ada tanda-tanda macam nak bersalin lagi. Jadi, doc bagi masa seminggu sampai 22/6/2014. Kalau tak sakit kena induced. Huhuhu.. Kawan sue yang sama bulan dah selamat bersalin. Tinggal sue je belom. Redha... Kuasa Allah Taala nak bagi baby kluar bila. Pagi 14/6/2014 mak mertua dah call tanya dah ada tanda ke belom. Hehehe.. Belom lagila mak. Hari tu adalah hari lahir adik ipar sue si Fandi. Kalau tak si tecik ni ada gengla sambut birthday skali paksu dia. Takpe still same month kan. Hmmm.. Tertanya-tanya juga bila baby ni nak kluar jumpa mama ngan babah ni? Kadang-kadang hubby marah sebab sue asyik suh baby kluar cepat.. Yelah, dah lama dah kat dalam tu cepatla kluar. Tapi kekadang hubby yang nampak excited lebey nak suh si tecik ni kluar....helehhh!
After due date kena pergi Klinik Air Merah setiap pagi. Hari-hari ye uolls! Nak kena check heartbeat baby. Takut baby lemas atau denyut jantung lemah sebab dah lepas due. Ini kira sebagai langkah berjaga-jaga. Setiap hari sue mesti panik kalau tak rasa movement dari baby. Terutama waktu pagi dan tengah malam. Ada hari baby slow sangat. Puas usap perut, berbual dengan dia buat earthquake  baru ada movement. ( mama, cek tidoqla..ada hari macam mamala malas..) oOps!.

Harini dah 16/6/2014 (Isnin) gerakan baby ok! Pagi tadi jumpa Nurse Ain di klinik. Dia tegur " Tak bersalin lagi..?" Huhuhu.. Baby syok mai klinik nak tengok nurse Ain buat keja ka mengulat.. Denyut jantung normal. Perut memang dah turun giler takot I tengok! Esok pagi kena p lagi Klinik Desa Air Merah. Harini ayah bawa nek moto sakitnye masa nak kangkang naik. Hubby keja.. Esok kena drive sendiri p klinik. Nak drive pun dah tak larat. Termengah-mengah dah haa nak masuk duduk, nak tekan pedal minyak lagi. Maklumla kaki bengkak teruk. Hasil exercise hari Sabtu dan Ahad lepas. Sampai jadi lebam dan gatal-gatal. Tiap malam hubby jadi tukang urut/tukang gosok. Hiii.. Cari almari si tecik ni lah, jenjalan kat Tesco, jenjalan kat Pasar Pagi, p kenuri kat Dewan Putra.. Mau tak kembang kakikuni. Kononnya nak bagi buka laluan cepat. Malam tu bukan perut yang sakit tapi kakikuni. Tapi, ada rasa sakit pelikla di bahagian perut dan miss V rasa mencucuk-cucuk. Ingat dah nak kluar. Bagitau hubby dia tanya nak p hospital? Taknak lagi.. Sebab still boleh tahan dah plak tu lendir ke darah ke air ke tak turun pun. Nurse Ain ada pesan kalau rasa perut mengeras berpanjangan tapi tak sakit tetap harus ke hospital. Tapi perut sue mengeras tak kerap jadi sejam 2 kali then lamaaa tu mengeras lagi pastu hilang. Petang tadi suruh ayah buat air penawar bagi mudah bersalin. Dah minum.. Air Akar Fatimah pun dah minum. Kita tawakal dan ikhtiarla kan. Setiap lepas solat mesti baca ayat Kursi dengan doa Nabi Ibrahim sambil usap kat perut. Berserah pada Allah Taala jelah.. Janji anak dan mama selamat,sejahtera,sihattt.... Ok, jumpa di next entry. Ngantok, perut plak asyik mengeras.