Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Tuesday, 23 June 2015

Ceritera Nurhan 1st Year (21 June 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dah masuk hari yang ke-6 umat Islam menjalani ibadah puasa. Walau cuaca agak terik di sini (Kulim, Kedah) ingatlah kita pada saudara Islam kita (luar negara) yang menyambut bulan Ramadhan dalam serba kekurangan. Berbalik pada tajuk entry kali ni, sekali lagi sue ucapkan rasa syukur yang teramat hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa gembiranya anak yang dikandung 9 bulan genap setahun pada 21 JUNE 2015 lepas.

Syukur.. Nurhan mudah dijaga dan sentiasa cergas.. aktif sungguh! Gigi baru empat batang, atas dan bawah coming soon gigi kacip dua batang. Hehehe.. Dah pandai tepuk tangan, bye-bye, salam cium tangan, kuat bebel, panggil abah, panggil ma, pandai menari bila dengar muzik, suka dengar azan dan zikir, macam-macam la Nurhan dah pandai buat. Masak je belom sebab tak cukup tinggi. Hihi..

Pampers Nurhan dah saiz XL uols!. Dan dah tukar pakai jenis Dry Pants. Sebab Drypers Wee Wee Dry dah tak sesuai dengan Nurhan. Nurhan kerap tergaru-garu kat blakang celah unggong dia yang comelll tu. Mungkin berkuap, sebelum jadi ruam elok tukar pampers baru.


Nurhan dah tak sesuai dengan pampers ni, so tukar..

Mahal.. RM 32.90 di Poh Lye.. Saja try pampers ni pulak..

Keluar pulak cerita Huggies boh bahan yang boleh sebabkan alergik pada baby.. Tukar lagi..

Okla.. Not bad. Pampersnya agak nipis berbanding dengan Drypers dan Huggies. Baru 5-6 keping Nurhan pakai tak bocor. Kalau malam dari pukul 11 sampai ke pagi esok boleh tahan. Nurhan pun tak tergaru-garu sangat dah.

Ni nak cerita pasal besday gurl lagi, besday Nurhan jatuh pada bulan Ramadhan hari Ahad. Checkup 1st year Nurhan pun pada hari tersebut. Nyaris terlupa ada appointment pukul 8.30 pagi di Klinik Kesihatan Air Merah, Kulim uols. Lepas Subuh boleh terlelap sampai JB patah balik mai Kedah kona kot LoqStaq baru sampai Kulim. Cepat-cepat gerak hubby bersiap. Pukul 8.40 sampai klinik. Ramai jugakla, yang bestnya dah letak buku dalam bakul. Ingat lambatla, nak timbang berat Nurhan dulu nurse kerek panggil. " Sat nak timbang anak" kata Sue. "Aii, baru nak timbang" nurse kerek sound. Hahaha... saya baru sampai. Eee.. tak suka nurse perangai macam tu. Tak mesra Ehsan betoi..! Takpa, that day is your day and have a nice Ramadhan!

Nurhan Rayyani Binti Rohaizad




Balik dari klinik rehat sat, pukul 2.30 gerak ke Seberang Jaya. Cari makeup produk Sendayu Tinggi, kunonnn.. Tapi, barang yang dibeli tu stok tak adala.. 25 aribulan nie baru sampai stok.



Lepas tu, singgah kedai kek di sebelah Bank Islam. Kedai kek dan roti Cekta nak beli sebiji kek bufday untuk Nurhan.. sorry syggg.. Mama ngan babah beli kek jer dulu. Hadiah nanti ye syggg. Umur 2 tahun baru kita celebrate birthday Nurhan best-best tauU.. 


Tadaaa... Kek ni jer yang paling cute uols. Nurhan siap calit lagi nak tempek dekat muka.


Bawa Nurhan p padang mainan sebelum berbuka puasa dengan kek.

Sepupu Nurhan tak datang hari tu. Nurhan sambut dengan paksu dan makcik n pakcik ja. Cian Nurhan.. Hihihi.. HAPPY BIRTHDAY NURHAN RAYYANI 1st YEAR!!! wish u all the best in the world and of course akhirat toO.. UuuMmmuahhhhhhh!