Assalamualaikum, salam sejahtera.. Wah, lamanya tak berblog sampaikan ada rakan tegur kalini cerita pregnant takde dah la ye.. Huhuhu Ni tetiba rajin pulak Sue nak menaip. Masa ni tengah tunggu hari ikut due edd
29 Dec 2018. So, lagi 5 hari jer wehh! Incase tak bersalin jugak sila bersedia untuk diinduce
6 Januari 2019 nanti.
Checkup Klinik Desa 24 Dec
Pukul 4 pergi check perot. Berat dah 98kg omaigod! Semua ok je, kak Thila kata ni tak lama dah ni semua dah bengkak bengkak dah ni. Lepas check jantung bb kak Thila check kepala bb dah turun ke belom. Uish.. Dah bawah dah nih berapa ari lagi hang bersalinla ni. Hahaa.. Harap macam tula kak Thila oii tak sabaq nak gomoi bb.
Tadi hubby whatsapp bagitau nak amik dokumen kat lawyer di SP hari Khamis ni. Saja cakap kat hubby "Ingt bersalin esok.. Sm besday ngan a. Pijan huhuhu tp xda tanda apa pun.." esoknya Krismas kan senang nak ingat besday bb ni. Hehehe ngadaa.. Tapi, takde rasa nak beranak lagi pun. Cuma sakit manja je boleh gelak gelak lagi lari lari manja lagi.
Sakit hilang 25 Dec 2018
Pagi tu t k tido langsung sebab Hani meragam tiap jam nangis suh garu belakang. Haiiyaaa.. Pagi lepas Subuh baru lena sampai hubby p keja pun tak mampu nak bangun dah dengan sakit pinggang macam period pain. Harap dia pahamla huhuhu sian plok nasib baju keja dah siap iron. Tak rasa akan bersalin lagi ni sebab sakit main main pastu hilang..
Banyakkan berjalan 26 Dec 2018
Lagi 3 hari nak due dah tapi baby syok lagi godek godek dalam peyot. Takda sebarang tanda macam keluar lendir sekali darah ke, lendir coklat ke pun takda. Setiap hari makan buah kurma sehari 7 biji, pagi minum susu kambing banyak berjalan keliling rumah, buat squat, ketuk ketampi dan mencangkung. Tak sabarnya nak tengok baby. Kadang stress rasa dok tunggu tanda tak keluar keluar hahaha ampa pun samakann muhonglah tak stress..
So, sekarang ni relaxkan minda dan badan supaya bersedia dan banyakkan baca surah Yaasin. Doa Nabi Yunus memang selalu Sue amalkan. Doakan Sue cepat bersalin ye dan tak kena induce 6 Jan nanti.
Jumpa next entry ye.. Wassalam.