Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Wednesday, 13 June 2012

Syuhada Said Hello!: Debaran Menunggu Saat Ditunangkan

Syuhada Said Hello!: Debaran Menunggu Saat Ditunangkan: Assalammualaikum semua!. Hello! wahhh..berdebar-debar rasanya hati nie menunggu saat disarungnya jari manis ni untuk disarungkn cincin ol...

Syuhada Said Hello!: SeLesai SuDah dEbaRan yaNg PERTAMA!

Syuhada Said Hello!: SeLesai SuDah dEbaRan yaNg PERTAMA!:  Alhamdulillah.. Dengan izin Allah s.w.t Majlis Pertunangan sue berjalan dengan lancar (kalut2 tu..biasalaa..) Gambar tersebut sebelum mak...

Syuhada Said Hello!: Love At First Sight

Syuhada Said Hello!: Love At First Sight: Aku, dia dan lagu.... Cewahhh..(pengaruh radio klasik nasional ayah sue la nie..hihi) Tahun 2002, petang cuaca yang redup angin bertiup sl...

Love At First Sight

Aku, dia dan lagu....
Cewahhh..(pengaruh radio klasik nasional ayah sue la nie..hihi)
Tahun 2002, petang cuaca yang redup angin bertiup slow-slow..Aku dan jiranku ketawa girang sambil menepuk-nepuk tangan (ntahla..sue tak ingat sangat suasana time tuu..maklongla dah sedekad berlalu..) kerana lucu dengan gelagat adik jiranku bermain badminton. Kami bukanlah bermain untuk masuk bertanding di mana-mana peringkat, sekadar meluangkan masa lapang disamping mengakrabkan lagi hubungan kejiranan kami.

Sedang berseronok kami bermain badminton, ada sekumpulan remaja lelaki sedang berjalan melintasi kami. Salah seorang darinya asyik melihat aku. Aku?? Peduli hapee..Keesokan harinya, seperti biasa temujanji di perkarangan rumah untuk bermain badminton. Aku perasan lelaki yang sama sedang 'mengushar-ushar' aku. Kali ini tak jalan kaki tapi naik basikal BMX si dia berdiri di pedal belakang. Orangnya berkulit hitam manis. Jejaka idaman aku pulak berkulit cerah muka ala-ala hero Hollywood gitu.! Selang beberapa jam, kawannya datang minta nombor telefon. Katanya, si dia seorang yang saaangat pemalu untuk minta sendiri nombor telefon dari aku. Aku jual mahal. Aku cakap, " Kalau nak suh dia datang jumpa aku dulu ". Masa itu umur aku baru 14 tahun. Masih mentah lagi nak bercinta lainla zaman sekarang.. Budak umur 6 tahun pun dah ada 'girlfriend'! Dipendekkan cerita, si dia dapat tahu yang kawan sekolah aku kenal aku siapa. Jadi dia tanpa segan silu menyuruh kawan sekolah aku yang aku kenali sebagai Amin (bukan nama sebenar hero dan heroin sahaja namanya benar) untuk berikan aku nombor telefon rumahnya. Zaman tu kan tak canggih seperti sekarang. Semua layan 'Public Fon'..tak ada syiling sanggup tukar dekat apek kedai runcit takpun tak telefonla buah hati alamatnya tidur tak lenala si buah hati rindukan abangnya.

Masa zaman sekolah dulu, ramai kawan-kawan jadi ejen buat kad nama. Aku pun apa kurangnya, siap pening kepala nak pilih gambar artis kesayangan yang mana satu dan kata-kata hikmat yang nak diletakkan dalam kad nama tersebut. Lucu..lucu kalau diingatkan kembali. Tahu apa kata hikmat kad nama aku? 'I LOVE MY FRIEND'..'s' di belakang 'friend' hilang..Hahaha Aku balas kad namaku yang paling cantik untuk si dia. Artis kegemaran aku masa tu band Backstreet Boys sebagai gambar latar kad nama aku. Kad nama darinya masih aku simpan kemas dalam simpanan barang-baranag peribadi aku. Seingat aku kadnya berwarna oren dan kata hikmatnya lagi sedap dibaca dari aku punya. Malam itu dia hubungi aku dan kami berkenal-kenalan. Jadi, malam tersebut Mac, 2002 kami sah menjadi pasangan kekasih dengan bersaksikan malam dan bulan yang menyinar. Masa muda remaja biasala nakal. Jadi, macam-macam dugaan kami hadapi. Aku putus dengan 2,3 kali kerana pihak yang ketiga. Lagipun masa itu aku bukan serius pun bercinta. Orang tua-tua cakap Cinta Monyet. Ramai kawan-kawan aku cakap, " Kalau couple tu putus sampai 2,3 kali maknanya jodohnya panjang".. Aku senyum sebab tak percaya. Tak percaya sebab, dialah tunang aku sekarang ini. Ingat nakla dapat hero Hollywood..Tapi, dapat hero Bollywood pun jadilah..Asalkan hidungnya mancung.

Doakanlah hubungan kami kekal selamanya. Cinta hatiku kau punya ROHAIZAD ISMAIL.!




Thursday, 7 June 2012

SeLesai SuDah dEbaRan yaNg PERTAMA!

 Alhamdulillah..
Dengan izin Allah s.w.t Majlis Pertunangan sue berjalan dengan lancar (kalut2 tu..biasalaa..)
Gambar tersebut sebelum makeup..

 Semuanya home made by my family. Takde tempah sana tempah sini..hehehe save bajet i.. Nak tengok gambar after makeup??..Tadaaaaa..Ni kak ipar yang tolong makeupkan sue..Simple but nice tema hari itu. Hantaran sue buat sendiri, kalau perasan sue ada cerita sedikit dalam catatan pertama.

Ahhaaaa..maaflerrr..teman idak lew tahu gamba tak upload dari kamera tunang..(cewahh,dulu 'boyfriend' sekarang 'tunang'..kikiki..) Gambar pulut kuning je sempat tangkap gambar..sebab semua kalut di dapur, di depan sibuk dengan makeupnyer..Jadi, kepada yang baru nak bertunang tu elok minta cuti 2 hari awal dan buat preparation apa yang patut ye..Untuk hari ni, sue kongsikan gambar yang ni dahulu..Nanti sue ceritakan bagaimana sue dapat ilham nk gantikan selendang dengan skarf yang sue pakai untuk majlis tunang..

Thursday, 31 May 2012

Debaran Menunggu Saat Ditunangkan

Assalammualaikum semua!. Hello! wahhh..berdebar-debar rasanya hati nie menunggu saat disarungnya jari manis ni untuk disarungkn cincin oleh mak mentua..(gatai..) Malam tadi tidur pukul 2 pagi siapkan gubahan bunga untuk letakkan dalam bekas hantaran. Nasib malam tadi movie TV2 best! 3 IDIOT (dengan aku2 skali jadi bodoh) sambil layan movie hindustan tu sat2 gelak sat2 sedih sat2 meluat (menyanyi..nasib lagu xbyk tidak, jemu haku!) Yang sue nak tergelak ayah sue, bila sampai ja part diorang menyanyi 'hemhh..mula dh..mula dh..dok gelek sakan aih..meluat aih,tengok tv len..'Hadoi, ayah oii..dah pengarah suh dpa nyanyi nak buat macam mana..Walaupun mata ngantok tapi tak terasa nak tidur lagi..maklumla hati dah tak keruan..hehehe (gatai lagi..) Esok dah minta cuti, isnin cuti ganti birthday Agong. Sempatlah sue nak rehatkan badan. 

Majlis tersebut berlangsung hari Sabtu, cuba kira..lagi berapa hari?? Sehari setengah je lagi..Ahhh..Tatot...huhuhu (gatai..gatai..) Ni baru nak bertunang, sok nak akad nikah macam manala perasaan yang perasantan nie..Kakak selalu pesan, 'Dik,(sue anak bongsu dari 4 beradik) ingat ye..selalu doa Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami..Amin Bila buat kerja fokus dulu yang mana satu nak buat, tulis atas paper apa lagi yang perlu buat. Baru tak pening kepala..' Thanks kak! I love u.. Jadi, sue pun praktikkan apa yang kakak sue bagi..Alhamdulillah..rasa taklah kucar kacir sangat.. Oleh yang sedemikiannya, saya disini berharap dan berdoa majlis pertunangan saya akan berjalan/berlari dengan lancar.. Insya'allah..

# Nanti sue akan update gambar pertunangan dan ceritakan bagaimana sue boleh kenal tunang sue yang bucukK itu (^_*)