Pastikan ikan bilis patah macam tu. Baru rangup, beb!! |
Semasa membeli ikan bilis pastikan ikan bilis tersebut masih dalam keadaan baik. Maksudnya bukan stok tahun lepas. Haaaa.... Ada ke?? Tak pastilah ciksue kann.. Apa-apa pun kalau ikan bilis tersebut senang dipatahkan dan tidak liat maknanya ianya masih elok. Yang pasti bila kita goreng atau buat sambal tumis nak makan dengan nasi lemak rasa rangupnya masih wujud. Tudiaaa..! TAPI.!!! Semasa beli ikan bilis mentah di kedai runcit janganla kome semua patah-patahkan kesemua ikan bilis tuh.. Jenuhhhh... ''Sapa ajar U??" tanya toke kedai. "Saya tengok kat blog Syuhada Said Hello!". Biasanya ikan bilis mentah yang dijual kita pasti boleh agak elok atau tidak. Setengah orang tak kisah, cekau dengan tangan bagi dekat peniaga suruh timbang. "Brapa toke?" "Dua linggit". Balik rumah baru pilih yang mana elok dan tak elok. Ciksue tengok style mak ciksue, mak simpan dalam peti ais bawah (peti ais kami pesyen lama). Bila nak guna mak buka plastik yang diikat kejap tu ambil banyak mana yang nak diguna dan mulalah mak menggunakan tangan sakti dia tu pegang-pegang ikan bilis dan kepak di bahagian tengah ikan bilis. " Em, senang dia patah..elok lagi walau 2 minggu dalam plastik" huhuhu....
2. Elak Rasa Pedih Semasa Menumis Sambal
Ciksue beli majalah Wanita edisi Mac 2013 kelmarin nak baca kisah Dr. Azizan Osman sebenarnya. Sambil dok baca terpandang ruangan tips dapur. Yang menarik perhatian ciksue mestilah cara nak elak kita rasa pedih akibat cili yang kita tumis. Sebelum ni kalau ciksue tumis sambal mesti satu rumah berasap dan pakat lawan batuk. Nak bernafas pun rasa pedih tekak. Jadi, semasa kita memanaskan minyak masukkan secamca gula kemudian barulah masukkan sambal. Wah, macam tu rupanya. Insya'allah kita tak batuk dan rasa pedih lagi.
SELAMAT MENCUBA! (^_^)
p/s: Kalau potong bawang merah nak kurangkan pedih mata pula kunyah chewing gum atau buat-buat kunyah something. Rasa nak 'menangis' tu kuranglah sikit..