Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Friday 1 March 2013

AYAM GORENG BEREMPAH STYLE CIKSUE

Halu,halu,haluuuu...kopi ka miluuu..hehehe
Harini ciksue kongsi resepi Ayam Goreng Berempah style ciksue buat semalam. Mudah dan cepat. Bahan-bahannya pun tak banyak yang diperlukan. Basic sahaja bahannya. Okay, taknak berceloteh banyak harini.. resepinya ada di bawah..Tadaaa



Bahan-bahan:

200g ayam (dipotong kecil)
1 pcs daging burger ayam (optional)
Sebiji bawang merah (dipotong)
Sebiji limau nipis
2sk lada hitam
Sedikit garam
1sk serbuk perencah (ciksue guna perencah Hilal)
1sdb serbuk daging (ciksue guna serbuk BABAS)
1sk serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Letak ayam yang dah dipotong kecik-kecil dalam bekas. Begitu juga dengan daging burger ayam, potong kecil-kecil. Daging burger ayam tu tak letakkan pun tak apa, ikut selera masing-masing.
2. Masukkan garam,lada,serbuk perencah,serbuk daging,serbuk kunyit dan perahan limau nipis.
3. Gaul sebati. Biarkan didalam bekas tersebut tutup dengan tudung atau kertas aluminium supaya bahan-bahan tadi dapat diserap dengan elok selama beberapa minit.
4. Sediakan kuali dan masukkan minyak. Anggaran minyak macam nak goreng lauk.
5. Bila dah minyak dah panas masukkan hirisan bawang merah. Goreng hingga keperangan kaut dan letak asing.
6. Ambil ayam yang diperap tadi, goreng hingga garing dan betul-betul masak.
7. Bila dah agak nk masak dah ayam tadi masukkan kembali bawang merah yang digoreng tadi. Tujuannya untuk mewangi dan memaniskan gorengan ayam tadi.
8. Kaut ayam masuk dalm pinggan nk boh dalam besen mandi pun takpa tak kisah..hahaha bolehla hias dengan daun sup (bahasa orang kampung).

*Ayam goreng berempah boleh dimakan dengan Nasi Beriani, Nasi Tomato dan macam-macam jenis nasi goreng. Nak makan saja pun boleh cicah dengan mayonis/sos cili.

SELAMAT MENCUBA!!


Ayam Goreng Berempah saya (^_^)





2 comments:

  1. Masya-Allah..mmg sedapp sesgt..kak suka buh bwg byk2,hmm mkn btambah2..

    ReplyDelete
  2. kannnn..boh bawang byk rs mnis ckit..tp yg kak bt lg sdap..Perghhh! memang kickla..nnti blik bt lg na...hehehe

    ReplyDelete