Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Thursday, 18 April 2013

Cara Nak Buat Reben Untuk Bunga Telur MUDAH!

Assalamualaikum, entry kali ni DIY untuk reben bunga telur paper crepe ciksue buat sendiri. Nak save bajet katakoO..huhuhu tema ciksue buat RedGoldenwarrior gtewww! (ahhaa...nak melalut dah la tuh..) emas merah orang Melayu kita kata. Jadi, reben ciksue pilih yang paling halus. 1 roll tu RM1. Banyak jugala reben ciksue dapat. Di Kulim nin ada banyak kedai jual reben, kebanyakkannya Cina. Kena pandai carila, ada kedai yang jual mahal 20sen ada yang murah 20sen. Selalu Ciksue p kat Taman Selasih tu ja.. Sebab dekat dengan kedai jual bahan mentah buat kek/biskut. Alang-alang nak beli Butter, singgah sat kat YUYA. Alang-alang p YUYA singgah sat APPLE. Hehehe..
            Oklah, taknak jual mahal..Meh usha reben RedGoldenworrior ciksue..Ikut je step yang ciksue bagi. Tak paham tanya! Satg sesat p Danok plak!!.

 Cara-caranya:

1. Potong reben dengan gunting (Pisau namau! Nanti t'tikam orang sebelah k..) ukurannya 28cm @ 30cm terpulang ye..Ciksue buat 30cm.
2. Dah potong reben tu, ambil 2warna pilihan hati gabungkan rapatkan silaturrahim antara mereka. Bagi sama elok-elok ye.
3. Kemudian, silang macam kat dalam gambar tu. Kedudukan jari jemari anda pun kena sama macam yang kat dalam gambar tu. Kalau tidak tak jadik reben tu nanti..Hehehe gurau je.Semasa nak buat silang tu makesue reben sebelah kanan @ kiri panjang sebelah ye. Sebab kita nak dapat lekukan yang kedua nanti.
4. Tolak sebelah kanan ke arah jam 10 bagi serong sikit. Nampak tak dah jadi lekuk yang cumel???? Apa??TakK? LanTakK engkau..haha..Mesti dapat punyalah..
5. Pusing yang berlekuk tu ke kiri. Sekarang reben yang paling atas pendek dan yang panjang dibawahkan. Pusingkan ia bagi yang panjang dibahagian atas.
6. Bawa reben yang panjang tu ke kiri, bagi berlekuk macam yang first tadi. Jadi dah nampak bentuk reben bukan?
7. Ambil dawai halus no.30 atau no.26, no.20 pun bolehh.. Center to Center. Lilit agak-agak kejap (bukan sebentar ye) lebih kurang 2x pusing je. Dawai bagi lebih sikit untuk kita lilit di lidi nanti.

Kalau jadi macam ni salah. Please try again, NOW!

Tadaa...Yang dah siap RedGoldenwarrior tami (^_^)

Alhamdulillah...Dah siap pun 2roll x 2roll reben ni. Ada lagi 1roll x 1roll lagi di rumah, malam ni nak siapkan. Nerbous! Makin hari makin suntuk..Memacam tak siap lagi nieh. Si Berusaha Keras! ChaiyokK!

p/s: Thanks to Pn Rohana for capture my both hand..hiiiiiii

Tuesday, 2 April 2013

D.I.Y For My Big Day STARTED!!! Part 1

Knock! Knock! Knock!
Assalammualaikum, ada orang tak dak orang nak masuk juga..! Uih, bersawang sungguh 'rumah' ni.. Okehlah, ciksue nak share DIY balang comey ciksue ni je sebenarnya..

Tadaaa....ok ke x??
Yang balang2 comey ni untuk VVIP dan VIP (laaa sangatt..) je..untuk panggilan yang selebihnya kami bagi kotak dalam tu boh biskut/kuih. Aipppp!! bukan kotak besar wana cekelat tuh.. Ni yang cun munyala..hahaha Bunga telur pun ciksue DIY sendiri juga. Ciksue buat Bunga Telur Paper Crepe yang ciksue telah jatuh cinta dengan kesep bajetkannya.. Mudah dan senang! Nanti Ciksue update dalam blog k.. Tag 'Thank You' tu ciksue lupa ciksue amik kat blog sapa. By the way, thank you very much! Because its beautiful... Tak sia-sia bersengkang mata menggoogle nak cari tag yang cantik-cantik..
Tag tu nak buat lain..Beso gedabak plak akak I kata. Aiyaa..

p/s: Hmmmm..selendang yang buat turban sekerat tu pun tak update2 lagi dalam blog