Oklah, taknak jual mahal..Meh usha reben RedGoldenworrior ciksue..Ikut je step yang ciksue bagi. Tak paham tanya! Satg sesat p Danok plak!!.
Cara-caranya:
1. Potong reben dengan gunting (Pisau namau! Nanti t'tikam orang sebelah k..) ukurannya 28cm @ 30cm terpulang ye..Ciksue buat 30cm.
2. Dah potong reben tu, ambil 2warna pilihan hati gabungkan rapatkan silaturrahim antara mereka. Bagi sama elok-elok ye.
3. Kemudian, silang macam kat dalam gambar tu. Kedudukan jari jemari anda pun kena sama macam yang kat dalam gambar tu. Kalau tidak tak jadik reben tu nanti..Hehehe gurau je.Semasa nak buat silang tu makesue reben sebelah kanan @ kiri panjang sebelah ye. Sebab kita nak dapat lekukan yang kedua nanti.
4. Tolak sebelah kanan ke arah jam 10 bagi serong sikit. Nampak tak dah jadi lekuk yang cumel???? Apa??TakK? LanTakK engkau..haha..Mesti dapat punyalah..
5. Pusing yang berlekuk tu ke kiri. Sekarang reben yang paling atas pendek dan yang panjang dibawahkan. Pusingkan ia bagi yang panjang dibahagian atas.
6. Bawa reben yang panjang tu ke kiri, bagi berlekuk macam yang first tadi. Jadi dah nampak bentuk reben bukan?
7. Ambil dawai halus no.30 atau no.26, no.20 pun bolehh.. Center to Center. Lilit agak-agak kejap (bukan sebentar ye) lebih kurang 2x pusing je. Dawai bagi lebih sikit untuk kita lilit di lidi nanti.
Kalau jadi macam ni salah. Please try again, NOW! |
Tadaa...Yang dah siap RedGoldenwarrior tami (^_^) |
Alhamdulillah...Dah siap pun 2roll x 2roll reben ni. Ada lagi 1roll x 1roll lagi di rumah, malam ni nak siapkan. Nerbous! Makin hari makin suntuk..Memacam tak siap lagi nieh. Si Berusaha Keras! ChaiyokK!
p/s: Thanks to Pn Rohana for capture my both hand..hiiiiiii
No comments:
Post a Comment