Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Monday, 16 March 2015

Zoo Taiping, Perak


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kelmarin ke Semanggol, Perak ate ada kenduri kawan tempat sekerja hubby kahwin. Semoga berbahgia sehingga ke Jannah. Amin.. Udahnye kenduri teman ajak hubby singgah Zoo Taiping.. Udah lama teman mengidam nak ke sana. Akhirnya dapatla jugak teman merasa ye macam mana Zoo Taiping tu. Hehehe..

Dah ke Perak biar sampai ke zoO Taiping.. Ye dak??

Lagipun nak bawa Nurhan jenjalan bagi dia happy banyakkkk.. Mama ngan babah kan kerja jadi waktu cutila nak luangkan masa dengan Nurhan Bambam.

Kami bertolak dari rumah pukul 11.30pagi. Janji dengan kawan hubby jumpa di R&R Juru pukul 11.45pagi. 12.05 t/hari baru sampai. Kami konvoi reramai dengan kereta memasing. Ingat kami paling last, rupanya lagi 2 bijik kereta tak sampai lagi. Huhuhuu.. Sampai di rumah kenduri pukul 2 petang. Panasnya usah dingadu laa Ya Allah. Rumah penganting tengah bendang yang koring kontang engkau! Tapi suasana kampungnya memang best dari dok di bandar.

Selesai jer makan (sentai gakla nasik kenduri uols..walaupun tengah diet) hubby tanya kawan dia macam mana nak ke Zoo Taiping kalau dari sini. Katanya ambil masa 30 minit ja. Betul, kawan Sue pun kata macam tu tak jauh pun dari Semanggol. Sue buka Waze tapi HP Xperia ni buat hal la plok. Asyik dok hang ja...... Sabar la sat, nanti hujung tahun baru nak tukar pakai HP lain. On/Off HP baru boleh Waze.. Yup, 30 minit dari Semanggol. Bukan tak percaya cakap kawan hubby tapi untuk mengelakkan kami dari termasuk jalan lain. Hahaha.. Mudah jer nak cari Zoo Taiping sebab sepanjang jalan mesti ada penunjuk arah ke sana.

Hari Ahad dan musim cuti sekolah. Memang ramai orang datang bawa anak-anak jenjalan. Nasib kami baik senang jumpa parking. Tapi jauh sikit dari Zoo Taiping. Berpeluh gakla berjalan.

Masa dalam kereta ondway nak ke kenduri di Semanggol Perak.



Sebelum ke kaunter tiket Sue cakap kat Hubby nak terkuncil. Cari toilet tak jumpa. Rupanya toilet ada dekat dengan pintu masuk jer..


Harga untuk dewasa RM16
Kanak-kanak bawah 3 tahun FREE!!

 
Sebelum masuk, kita tangkap gambar dengan replika binatang yang ada kat luar dulu ye. Macam di Bukit Bendera, Pulau Pinang ada sesi tangkap gambar keluarga. Kalau di Bukit Bendera RM35 di sini RM30 sahaja. Gambar mama ngan babah OK! Nurhan lagi OK!! Ambik jugak gambar tu buat kenangan datang sini.




















Muka babah letih joging dalam zoo.. Peluh usah dicakap lencun! Rasa nak pitam pun ada



Dapat jumpa Kwang Soo..Hahaha






Nurhan takmo tengok depan nak tengok encik kobau




Ada je train bawa pusing satu kawasan Zoo ni. Tapi Sue ngan Hubby saja nak jalan. Lagipun boleh buang peluh yang tak elok dalam badan.. Dahlah Sue pakai kasut 1 1/2 inci aduhai...melecet tang jari jemari I yang gebus nie. Hubby takpala pakai kasut sport.

Nurhan dah bosan + mengantuk. Jom balik Klim kita.. Cenderamata mesti beli punya. Beli 2 magnet fridge 2 bola lampu kecik kat Nurhan 1 kuda warna pink gantung kat cermin kereta. DONE cuti-cuti Malaysia kita di Perak. Tasik Taiping tak singgah pun, kami letih sangat uols! Berat I turun sekilo walau lepas balik dari Perak singgah rumah mak hubby pekena nasi goreng ayam sebungkuih dengan 2 cucuk sate (tak makan banyak sebab sayang diet). Sebelum p kerja tadi pagi timbang berat alhamdulillah 73kg. Target 60kg before raya nie. Doakan saya uols.... Wassalam..

Tuesday, 10 March 2015

Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum duniaaa.....(ala2 Faizal Tahir)
Hari Ahad, 8 Mac 2015.

Bangun pagi gosok gigi, basuh kain, jemur kain, sapu laman rumah, sediakan breakfast, prepare barang Nurhan dalam beg sakti dia, iron tudung, timbang berat badan (74kg), keluar ke laman rumah siram pokok bunga, cabut rumput 'nakal'yang dah mekar tumbuh masuk tengok jam dah nak pukul 10.00pg. "Pukul berapa nak p Penang nih?". Tengok hubby ngan Nurhan best punya dok landing lagi atas toto. Tetiba hubby terjaga, dia tengok jam dah pukul 10 pagi. "Jom, satg lambat-lambat jalan jem." Sue tengok Nurhan dan menguek nak terjaga dah. Biar Nurhan relax sat bawah kipas baru bawa dia mandi.

Dah siap semua, kami singgah rumah Tok n Wan Nurhan dulu. Pesan kat ayah tolong tengok-tengokkan kain yang Sue jemur tadi kot-kot hujan. Cium-cium pa semua singgah rumah Tok Nah Nurhan pulak.. Rumah dekat-dekat jadi cenggini laa.. Hehehe Sampai dekat depan Dataran Raudhah baru Sue teringat botol susu Nurhan tertinggal. Cepat-cepat hubby patah balik ambil. Nasib tak kena sembur.. Huhuhu Bersyukurlah dapat suami yang penyabar. Alhamdulillah..

Keadaan traffik macam hari-hari biasa je. Jadi taklah lama sangat nak sampai ke Bukit Bendera. Kami keluar dari rumah dekat pukul 11, lebih kurang pukul 12 dah sampai Bukit Bendera. Kami parking kat atas, ingat parking full. Rezeki kami tak payah pusing 24kali dah ada 1 parking kosong. Legaaa...

Kali terakhir datang Bukit Bendera Pulau Pinang tahun 2010/2011 itupun rombongan Kelab Bahasa Inggeris IKM, Sungai Petani yang anjurkan. Dah lupa macam mana rupa Bukit Bendera. Kali ni datang dengan hubby dan Nurhan. I'm excited!!! Yelah dulu kan single mingle.. Hubby tertanya-tanya stroller boleh bawa naik ke? Mestilah boleh takkan anak kecik nak kena gendong sampai ke atas. Jenuh mak pak! Lainlah kalau dah pandai berjalan.

Sebelum naik tren kena beli tiket dulu di kaunter. RM10 dewasa seorang (pergi dan balik) kanak-kanak besar Nurhan free jer. Kena beratur dulu tunggu tren datang. Dalam 15 minit ja tunggu dah boleh naik tren. Nurhan kan peramah semua suka acan dia. Hahahahaaa... Nasib Nurhan tak meragam masa dalam tren. Dia nampak enjoy and really happy. Mungkin dia tahu mama and babah bawa dia keluar jenjalan. Hehehe..



Masa pergi Dr.Nurhan Rayyani tido..

























Ada pompuan tayang unggung la abah..



Pekena ABC Special.. Mang special la makan sampai tak larat nak perabis.

BesoO peha mak kau..Baru 74kg.. Relax lu!!



Masa balik Dr.Nurhan Rayyani tido seround lagi..

Cuma Penang Hill je tak sampai. Tak larat nak naik tangga.. Tunggu Nurhan boleh berjalan baru nak datang lagi sekali ke Bukit Bendera. Gambar kami tiga beranak RM35 sekeping.. Sue ambil jugaklah sebagai kenang-kenangan lagipun Nurhan comey jer tengok kamera. Hahaha..

Jumpa di next enry pulak.. Wassalam..