Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tinggalkan kita. Sayu hati nie.. Tahun nie kami tiga beranak bergaya dengan Gene Martino.. hohoho simple jer.. Always simple. Sue rasa membazir pulak kalau beli barang mahal harga ratuih-ratuih ni. Lagipun dah kawin kann.. Macam-macam nak pakai duit tu. So, Sue dan hubby amalkan cara yang bersederhana sahaja. Janji cantik, menawan dan selesa.. Ni intro jer yee... Sekarang baru den nak cito pasal kuih Batang Burok dengan Basikal anak den.
Dari minggu lepas lagi dok tertanya-tanya ke mana hala tuju kuih Batang Burokku.. Kawan aku ni buat ke idak? Senyap jer, tak suruh transfer payment pun. Tup,tup.. hari Ahad mak col, PosLaju pelekat kad suh amik barang. '' Barang apa adik beli?'' Terpinga sat ceq. Barang apa pulak dah? Kalau basikal Nurhan bukan ke ABX Express yang akan deliver?? Oooo..(panjang sungguh) Baru hingat..Bell cakap nak poslajulaju kuih Batang Burok. Hari Isnin kerja, hantar Nurhan ke rumah mak then amik kad PosLaju tu. Tersentap pulak dah... Sila ambil barang anda (cop) Pejabat Pos Kuala Ketil. Biar betikkkk.. Nasiblah pejabat Pos Laju bawah ofis Sue. Pergi tanya di kaunter katanya abang posmen silap cop leteww. Hishhh.. Anjat hakak.. Katanya kak mai amik satg depa dok cari barang. Ok! Masuk jer ofis trus col ABX kata barang still tak dapat. So, the gurls suh Sue col nombor bacha yang col Sue hari tu. Katanya area Kulim dia tak pernah masuk jadi dia minta map macam mana nak ke rumah Sue. Dalam hati Sue ''Waze kan adoO?'' Tapi mungkin HP dia bukan smartphone.
Pukul 12.55 t/ari Sue turun bawah ke Pos Laju nak tuntut barang. Ramai jugak yang dok hantar barang/amik barang. Letak kad dalam bakul yang disediakan dan tunggu nama dipanggil. Lebih kurang 20minit juga tunggu nama Sue pun dipanggil. Dapat ko sekotak! Excited sangat! Tertera nama pengirim Nabila Ostman. Dia dah la Kui Batang Burok haku! Tak sabaq nak ngappp!!
Ada 3 balang, jadi bagi mak sebalang tinggal 2. Tadi waktu sahur ingat nak makan tapi perut full dengan Spaghetti Carbonara. Nanti Sue bagi resepi Spaghetti Carbonara tu.. Lepas balik kerja sampai rumah mak duduk relax sat main-main dengan Nurhan. Tetiba lori ABX Express berhenti depan rumah. Alangkah seronoknyeee.. Beronok ronok rasa! Basikal Nurhan dah sampai. Thank you bacha! You keeps your word. And also thanks a lot to Cute Baby Momma Boutique. Kata seminggu untuk order warna basikal warna Purple. Ni rasa 2,3 hari jer dah sampai. Hehehee.. Yang lambatnya sebab ABX Express dok col Sue tapi Sue tak jawab fon. Alhamdulillah.. kedua-dua barang dah selamat sampai. Next entry nak talks pasal basikal Nurhan. Wassalam.. Selamat Hari Raya.. Hari untuk bersuka ria.. Lalalalaaaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment