Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Friday, 22 April 2016

Barang Baby siap 90%

Assalamualaikum dan salam jumaat..
Alhamdulillah cuaca redup-redup manja hari ni..
Kelmarin Captain Nurhan genaplah 1tahun 10bulan. Buat perangai jer dia nak dapat adik dah macam-macam akai dia dapat. Hehehe.. Sue pulak dah masuk 33minggu 5hari. Baru jer balik dari holiday rumah abang di Nilai dan kakak di Shah Alam.Jumpa kawan hubby di Cheras. Condition badan usah tanyalah, opcoz sakit dan lenguh sana sini. Sepanjang bermalam di rumah abang dan kakak mana boleh tidur. Badan ni tak selesa, pusing kiri salah pusing kanan salah, bersandar salah. Solution.. tunggu sampai betul-betul ngantuk baru boleh tidur. Balik rumah kaki bengkak paling teruk sebelah kanan. Hubby tolong urutkan surutlah sikit. Malam lega boleh tidur nyenyak mungkin sebab letih sama kot.

Hari Rabu Hubby cuti lagi, jadi sue ajak Hubby ke Kapokdesign Maternity & Baby Product di Taman Lagenda, Padang Serai. Nasib jumpa kedai dia lepas col nombor yang ada di page dpa tu.Ikut Sue nak give up dah sian kat Hubby nampak letih. Cantik warna tema kedai dia warna purple gitewww..

Apa yang Sue grab masa di kedai Kapokdesign? Ni haa.. Memang dah lama ushar dalam page dpa klik sini..
Nursing Pillow, Sleeping Baby bag, bedung, nursing cover, comforter dan freegift Tuam Baby
 Berhabis RM270 selepas 5% diskaun uols.. Untung dapat freegift tuam baby. Dah settle satu bab. Baju baby pulakkk tak kan takde baju baru kan. Malam tu singgah di kedai Anakku grab 5-6 helai baju/seluar. Yang NB amik sehelai jer sebab yang kakak punya dulu elok lagi dan banyiakk.. Nak beli semua siap-siap sebab badan makin tak larat dah jalan jauh.



Selesai... cuma nak beli tuala dan tempat mandi bb jer. Tub bb dah ada nak beli yang tempat support bb masa mandi tu. Sebab masa pantang nanti berpantang sendiri. Contohnya macam gambar di bawah ni. Gambar ni amik kat google je uols..

Gambar ihsan Mr Google


Barang nak ke hospital belum masukkan dalam beg lagi. Baju bb pun belum basuh huhuhu..

Beg outing bb. Dapat diskaun cuma RM59.90 harga asal dah lupa berapa.


Ni kenangan gambar souvenir masa melawat Zoo Negara, KL 18 Apr hari tu. Seronok captain dapat tengok animal. Sue berpeluh usah cakaplah ate tengah mengandung peluhnye pun turun lain macam.

Tengok dpa boleh tidur dengan hebatnya. Syok jew tengok kita ni juga tak leh nak tidur. Hehehe.. Setakat ni perut kerap mengeras tapi belum keluar tanda nak bersalin lagi. Hope sangat bb keluar before 4 Jun 2016. Amin..

Tuesday, 5 April 2016

List Barang Baby - Second Child

Assalamualaikum & salam sejahtera,
5 hrbln 4 tahun 2016 baru update blog?! Nampak tak bz sy selama nie..haaaa sebenarnya bukan busy apa cuma laptop tak sihat. Mujur ada sahabat hubby pandai bab2 servis komputer dapatla percuma jer.. Kalau hantar ke kedai jenuh kena kapak. Huhuu Okay, masa tengah taip ni dah 31minggu dah uols. Tak sabar nak rasa constraction tau. Barang baby untuk bayi kedua kami simple jer, gegurl hari tu scan di Klinik Dr Marina (yang viral sebab murah dan kelembutan beliau melayani patient). Jadi, banyak jimat di situ haaa..nampak tak. Hehehe excited tetap ada ye macam anak sulung dulu. Cuma baju just beli sikit je, baju kakak Nurhan dah ada banyak and still in good condition lagi nau.

Listing yang nak dibeli nanti untuk second bb gegurl ni :

1. Baju/seluar tido NB - 2 helai
2. Baju/seluar siang NB - 2 helai
3. Jumpsuit 3-6m - 3 helai
4. Baju jenjalan 3-6m - 5 helai
5. Bedung/selimut - 3 helai
6. Baju raya (huhuhu) - 3 helai
7. Tuala mandi - 4 helai
8. Tuala kecil - 5 helai
9. Pampers Diapers NB yang pek kecil - 1 bungkus
10. Baby sleeping bag
11. Beg outing
12. Botol susu TT or Avent

**Ada keperluan bb yang dah ada so tak tulis dalam nih.  

Listing yang nak dibeli untuk mama pulak:

1. Autumnz Bliss Electric/manual Breastpump
2. Autumnz Steril/steamer home & car (aku bantai je nama dia sebenarnye)
3. 'U' Pillow
4. ST Ammy 60 Days
5. Tilam single untuk berpantang

Listing barang untuk ke hospital mama & bb (LR) :

1. Baju NB - 1 helai
2. Bedung - 1 helai
3. Diapers - 1 pcs
4. Kain napkin - 1 helai
5. Mitten & booties - sepasang
6. Pad maternity Madame - 2 pcs

Tadaaa... ini jer yang iols prepare uols. Simple jer takyah macam-macam bagai. Sekarang kena berjimat dan kena pandai berbelanja. Kita bukan retis nak beli banyak-banyak baju bagai.. Pakai yang boleh pakai je. Katil baby, stroller dah ada cuma baby carrier lepas pantang baru beli. Mesti ada yang pelik kenapa sue cuma perlukan diapers NB pek kecil? Nurhan kan pakai pampers Drypers.. Sue join Club Drypers dan setiap kali beli pampers sue akan simpan kod unik yang ada disebalik plastik bungkusan tersebut. Kod unik  tersebut sue akan key in dalam akaun Club Drypers sue dan kumpul sehingga dapat tebus hadiah. Maksimun 850mata. Simpan punya simpan bolehla dapat pek kecik NB 16pcs kalau tak silap. Sue tebus lebih kurang 3 pek NB dan 2 pek saiz S. Hehehe.. Jimat disitu uols. Rata-rata kawan sue yang anak mereka pakai pampers Drypers tak tahu cara nak tebus. Ruginyaaa alahai...

Cara nak tebus kod unik tersebut sign up je di web https://www.drypers.com.my/Drypers-Baby-Club/

Okay, dah panjang melalut kita jumpa di next entry ye!
Kali ni nak mind set fully BF. Doakan saya sayam2 sekalian..