Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Friday, 22 April 2016

Barang Baby siap 90%

Assalamualaikum dan salam jumaat..
Alhamdulillah cuaca redup-redup manja hari ni..
Kelmarin Captain Nurhan genaplah 1tahun 10bulan. Buat perangai jer dia nak dapat adik dah macam-macam akai dia dapat. Hehehe.. Sue pulak dah masuk 33minggu 5hari. Baru jer balik dari holiday rumah abang di Nilai dan kakak di Shah Alam.Jumpa kawan hubby di Cheras. Condition badan usah tanyalah, opcoz sakit dan lenguh sana sini. Sepanjang bermalam di rumah abang dan kakak mana boleh tidur. Badan ni tak selesa, pusing kiri salah pusing kanan salah, bersandar salah. Solution.. tunggu sampai betul-betul ngantuk baru boleh tidur. Balik rumah kaki bengkak paling teruk sebelah kanan. Hubby tolong urutkan surutlah sikit. Malam lega boleh tidur nyenyak mungkin sebab letih sama kot.

Hari Rabu Hubby cuti lagi, jadi sue ajak Hubby ke Kapokdesign Maternity & Baby Product di Taman Lagenda, Padang Serai. Nasib jumpa kedai dia lepas col nombor yang ada di page dpa tu.Ikut Sue nak give up dah sian kat Hubby nampak letih. Cantik warna tema kedai dia warna purple gitewww..

Apa yang Sue grab masa di kedai Kapokdesign? Ni haa.. Memang dah lama ushar dalam page dpa klik sini..
Nursing Pillow, Sleeping Baby bag, bedung, nursing cover, comforter dan freegift Tuam Baby
 Berhabis RM270 selepas 5% diskaun uols.. Untung dapat freegift tuam baby. Dah settle satu bab. Baju baby pulakkk tak kan takde baju baru kan. Malam tu singgah di kedai Anakku grab 5-6 helai baju/seluar. Yang NB amik sehelai jer sebab yang kakak punya dulu elok lagi dan banyiakk.. Nak beli semua siap-siap sebab badan makin tak larat dah jalan jauh.



Selesai... cuma nak beli tuala dan tempat mandi bb jer. Tub bb dah ada nak beli yang tempat support bb masa mandi tu. Sebab masa pantang nanti berpantang sendiri. Contohnya macam gambar di bawah ni. Gambar ni amik kat google je uols..

Gambar ihsan Mr Google


Barang nak ke hospital belum masukkan dalam beg lagi. Baju bb pun belum basuh huhuhu..

Beg outing bb. Dapat diskaun cuma RM59.90 harga asal dah lupa berapa.


Ni kenangan gambar souvenir masa melawat Zoo Negara, KL 18 Apr hari tu. Seronok captain dapat tengok animal. Sue berpeluh usah cakaplah ate tengah mengandung peluhnye pun turun lain macam.

Tengok dpa boleh tidur dengan hebatnya. Syok jew tengok kita ni juga tak leh nak tidur. Hehehe.. Setakat ni perut kerap mengeras tapi belum keluar tanda nak bersalin lagi. Hope sangat bb keluar before 4 Jun 2016. Amin..

No comments:

Post a Comment