Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Thursday, 30 May 2013

Penghijrahanku Bermula~~

Assalamualaikum semua...selamat petang..Alhamdulillah syukur, dah selamat majlis akad nikah n kenduri seblah ciksue. Selesai je majlis kahwin ciksue, malam tu prepare barang-barang untuk outstation ke kL.. Kecian mr.jat ye kena tinggal 3 ari.. Hihihi ciksue ada job di kL, rezeki orang baru kahwin. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah Job apa tu?? Steven Job ke?.. Hehe.. Ciksue adalah Assistant Trainer utk kursus usahawan. Doakan saya ye kawan-kawan..

Sempat juga snap gambar dalam bas ( dah lama tak naik bas), pudu raya pun dah berubah sangat-sangat punya lama tak datang Pudu Raya kann.. Bukan lama tak datang kL.. Hahaa

Ciksue daň dila check in Hotel Yija di Jalan Raja Laut. Dekat je dengan Hotel Putry Park. Hotel Yija macam Hotel Tune, tecik!!.. Ciksue ngan Dila besaww.. Hahahahahaha

Sempat juga snap pic dengan peserta kursus. Korang semua memey bestt! Windu pulak kat diorang.. Sunyi je hotel ni.. ( masa tulis entri ni ciksue di Lobby Hotel) tengah tunggu masa nk bertolak ke Putrajaya naik bas balik ke Kulim.

p/s: doktor,kalau ada job lagi jangan lupa calling2 saya =)

Wednesday, 22 May 2013

D.I.Y Cara Pakai Skarf Kepala sambungan....

Assalamualaikum..
Perasan tak tajuk entri kali ni? 'sambungan'.. Sambungan kepada entri Selesai Sudah Debaran Yang Pertama! Ni nak bayar hutang ciksue janji aritu nak buat tutorial cara pakai skarf masa majlis pertunangan ciksue dulu..

Ciksue dapat idea untuk buat skarf kepala bila mak suruh pakai tudung..Hihihi Bukan taknak pakai..Kalau nak pakai better pakai terus. Ni sat pakai sat buang, apa pulak kata orang sekeliling kann. Bila sampai hidayahNya saya akan berhijrah.. Tak lama dah nak hidup.

Skarf kepala ni sebenarnya sejenis selendang yang memang khas untuk dipakai bila ada function yang sesuai dengannya =) First beli blur juga nak buat apa dengan selendang ni? Ciksue pun belek-belek la majalah Pengantin tapi tak ada yang mengikut selera ciksue. Godek pulak you tube, naaa... keluar merapu kauU! Godekla lagi ciksue ni sampai la jumpa sorang kakak mat salleh (bkn nama pak dia) ni buat tutorial untuk Head Scarves. Memang best video-video dia. Macam-macam gaya rambut dia boleh buat taw.. Kalah kau Mak Jemah!.

Ini la video tutorial yang ciksue follow tu : Four Ways To Wear Head Scarves by LuxyHair

Dibawah ni gambar-gambar ciksue bergaya santai dengan skarf kepala masa majlis pertunangan. Kalau nak tambah kerongsang besoO pun sangatlah sesuai. Ciksue tak letak sebab tak sempat nak keluar beli. Sibuk dengan hal di rumah.. Huuu.....




Okay, jumpa lagi di lain entri.. Mudah-mudahan dapat membantu korang yang baru nak bertunang mendapatkan idea untuk lain dari orang lain buat k! Yang dah pakai tudung tu janganlah p galak pulak nak tangge kan tudung tu nak buat skarf kepala ni.. Cepuk kanggg..hehehe

p/s: sekarang dah memacam fesyen tudungkan.. Tapi yang penting nak pakai tudung kena ikhlas kerana Allah Taala.... (^_^)

Tuesday, 21 May 2013

D.I.Y My Big Day! Part 2

Assalammualaikum dan salam 2 Malaysia.. Heheheee... gurau jer.. 1 Malaysia je k.. Ada ke 2 Malaysia?? Pernah dengar Amerika ada Amerika 1 dan Amerika 2? Tak dek kan.. Jadi, sekarang ciksue bukan nak discuss pasal PRU13 yang masih tak berkesudahan lagi tu. Tapi nak share something dengan uollsS.. Hihi

Ciksue reveal sikit gambar prop,bj nikah n gubahan yang ciksue buat sendiri. Yang gambar hantaran banyak-banyak tu kawan ciksue punya..dia kembar bongsu nak kenduri pun sama tarikh dengan ciksue. Aduyaiii... Bukan apa, tapi mestila tak dapat tengok dia bersanding. Nasib baik majlis dia buat malam. Fuhh... Hilang kempunan nak makan nasi minyak. Dahlah banyak kenduri-kendara kawan-kawan ciksue terlepas (maaf ye Ija, Sue  tak hadir majlis korang =( ) demamlah sampai melarat kat mak ayah ciksue.. Cuaca panaih sungguh! Macam dok kat Afrika pulak. but now i'm fresh! Cewahh..speakanggg.. Hahaha Gelak-gelak juga, debaran ni kian terasa kott.. Sambung pasal hantaran ni yang ciksue punya tak siap lagi 4 dulang. Rasa malam ni boleh siap kot..alaa..cucuk-cucuk ja bunga tu jadila. Nak buat apa aihh banyak-banyak bunga ngan prop sana sini bagai kann.. Kita bukan retis k!.. (^_^)  First time dengar mak ciksue puji ciksue taw..Selama ni dia suka dok konnnndem ja hasil kerja ciksue. Lepas siap buat hantaran kawan ciksue tu " Amboi, cantiknya..Pandai adik buat.." Hihihihi..Kembang bermangkuk-mangkuk la ciksue!! Alhamdulillah.. Thanks mom <3 Mudah-mudahan nanti terima tempahan untuk gubahan hantaran pulak.

Masa lama dulu ciksue selak akhbar Berita Harian ternampak SALE IKEA jual black board yang selalu kita nampak kat restoran-restoran dok tulis menu kat black board tu. Memang ciksue lama dah cari.. Kebetulan akak ciksue dok dekat Shah Alam dekat juga dengan IKEA kalau kat Kulim ni mana nak cari IKEA kann..Akhrnya tercapailah hasrat nak memiliki Mala ni (nama black board tu..) Masa wedding nanti ingat nak lekat gambar ciksue n Mr Groom. Lepas tu nak deco cecantik!

2 in 1 Mala IKEA. Akak I beli taw <3 nak jdkan ia sbg prop di majlis I nanti
Baju Akad Nikah I nanti..Jenis buah 'Plum' hihihi
 Baju nikah 'peplum' idamanku akhirnya siap.. Tak sabar nak pakai nanti. Doakanlah semoga majlis akad nikah dan kenduri berjalan dengan lancar.. NerbezZ ni nerbezZ..!
Yayy..Dah boh manik..tinggal sikit jer lagi uolls

 Dah letakkan bunga yang cumel di pinggang..Nanti nak tabur manik pulak. Buat sendiri senang..Ikut citarasa kita nak buat macamana manik tu uolls..
Bunga telur dah siap..Hantaran ni kwn I nya, I punya tak ciap g..
Haa..sarang burung sapa ni??? Ni hantaran I (gedik..dok 'I,I..) tayang sikit je ye..

Ciksue revealkan sikit ja hantaran ciksue. Ciksue guna bunga paper crepe untuk sepkan bajet. Memang sep sangat-sangat. Tak sampai 20rit pun. Ciksue bajet untuk hantaran RM60 sahaja. Memang ngam-ngam RM60. Temanya warna purple untuk sebelah lelaki, jadi hantarannya kenala warna purple. Suka sangatlah abe ciksue dengan warna purple tu.. Okay, jam dah nak dekat pukul 6.00ptg. Nak balik dulu..Jumpa di lain entri.

p/s: Kenduri nanti tak ada pelamin, meja makan beradab jer. Simple but nice to remember (^_^)

Friday, 3 May 2013

Tips Coklat Ganache


Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada anda semua. Semoga anda bersiap sedia untuk menempuh 05 Mei 2013 nanti. Hehehe.. Maaf, saya katakan bahawa saya xdapet nak ngundi Ahad ini sebab nama xde dalam sistem. CisS! Tak apa, bukan cerita pasal PRU13 yang ciksue nak gembar gemburkan pagi ni. Ini tentang coklat ganache. Siap yang tak lalu nak makan coklat memang KESIANn... Ciksue dok godek-godek akak-akak, otai-otai blogger ni dan terjumpa satu blog akak ni PATY'S KITCHEN: HOW TO MAKE CHOCOLATE GANACHE. Hiiiii...apa lagi terus study la macamana nak dapatkan coklat ganache yang terbaik. Cara-caranya rupanya begini:

There are two ways of making the chocolate ganache. One involves melting the chocolate and then blending cream into it. The second technique involves heating the cream to a boil, removing it from the heat source and then blending in the chocolate. With this method, you need to make sure your chocolate has been grated or finely chopped so that the heat from the cream is ample to melt all of the chocolate.
If more chocolate than cream is used, the ganache will be quite thick and fudgy. This thick type of ganache is used to make truffles, which are then usually rolled in cocoa powder or powdered sugar.  If more cream than chocolate is used, the ganache will be on the thinner side. This type of thin ganache is often used to glaze cakes or tortes.  Experiment to find the perfect consistency for each of your desserts.
If a very shiny texture is desired on the ganache, sometimes a small amount of butter or vegetable oil is added to the mixture.

Translation: 

Terdapat dua cara untuk membuat Coklat Ganache. Satu cairkan coklat dan kemudian gabungkan krim ke dalamnya. Teknik yang kedua melibatkan pemanasan krim hingga mendidih dahulu dan kemudian campur ke dalam coklat. Dengan kaedah ini, anda perlu memastikan coklat anda telah diparut atau dicincang halus supaya haba dari krim mencukupi untuk mencairkan semua coklat.
Jika coklat lebih daripada krim yang digunakan, Ganache akan agak tebal dan fudgy. Jenis Ganache tebal ini digunakan untuk membuat truffles, yang kemudian biasanya dilancarkan dalam serbuk koko atau serbuk gula. Jika lebih krim dari coklat digunakan, Ganache akan lebih nipis. Jenis Ganache ini sering digunakan untuk dilapis atas kek atau tortes. Mencuba untuk mencari keselarasan yang sempurna untuk setiap pencuci mulut anda.
Jika tekstur yang sangat berkilat yang diingini pada Ganache, kadang-kadang letakkan sedikit mentega atau minyak sayuran ditambah kepada campuran Ganache.


Haaa...macam itulah gamaknya nak dapatkan Coklat Ganache yang sempurna. Ciksue selalu masukkan krim dulu panaskan ia baru masukkan coklat masakan. Selalunya ciksue buat banyak untuk topping Coklat Cake Moist dan Moist Cheese Moih. Sempat promot lagi tu.

Dibawah ini ialah link blog Paty's Kitchen. Kalau nak tengok video cara buat pun akak Fatimah Jasmin ni letakkan. Silalah kunjungi blog beliau. Terima kasih kepada akak Fatimah Jasmin kongsikan ilmu untuk buat Coklat Ganache. (^_^)
  
http://patyskitchen.blogspot.com/2012/08/how-to-make-chocolate-ganache-and-frost.html

p/s: B2B..2 weeks ajer lagi..Jaga kesihatan ye..