Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Tuesday 21 May 2013

D.I.Y My Big Day! Part 2

Assalammualaikum dan salam 2 Malaysia.. Heheheee... gurau jer.. 1 Malaysia je k.. Ada ke 2 Malaysia?? Pernah dengar Amerika ada Amerika 1 dan Amerika 2? Tak dek kan.. Jadi, sekarang ciksue bukan nak discuss pasal PRU13 yang masih tak berkesudahan lagi tu. Tapi nak share something dengan uollsS.. Hihi

Ciksue reveal sikit gambar prop,bj nikah n gubahan yang ciksue buat sendiri. Yang gambar hantaran banyak-banyak tu kawan ciksue punya..dia kembar bongsu nak kenduri pun sama tarikh dengan ciksue. Aduyaiii... Bukan apa, tapi mestila tak dapat tengok dia bersanding. Nasib baik majlis dia buat malam. Fuhh... Hilang kempunan nak makan nasi minyak. Dahlah banyak kenduri-kendara kawan-kawan ciksue terlepas (maaf ye Ija, Sue  tak hadir majlis korang =( ) demamlah sampai melarat kat mak ayah ciksue.. Cuaca panaih sungguh! Macam dok kat Afrika pulak. but now i'm fresh! Cewahh..speakanggg.. Hahaha Gelak-gelak juga, debaran ni kian terasa kott.. Sambung pasal hantaran ni yang ciksue punya tak siap lagi 4 dulang. Rasa malam ni boleh siap kot..alaa..cucuk-cucuk ja bunga tu jadila. Nak buat apa aihh banyak-banyak bunga ngan prop sana sini bagai kann.. Kita bukan retis k!.. (^_^)  First time dengar mak ciksue puji ciksue taw..Selama ni dia suka dok konnnndem ja hasil kerja ciksue. Lepas siap buat hantaran kawan ciksue tu " Amboi, cantiknya..Pandai adik buat.." Hihihihi..Kembang bermangkuk-mangkuk la ciksue!! Alhamdulillah.. Thanks mom <3 Mudah-mudahan nanti terima tempahan untuk gubahan hantaran pulak.

Masa lama dulu ciksue selak akhbar Berita Harian ternampak SALE IKEA jual black board yang selalu kita nampak kat restoran-restoran dok tulis menu kat black board tu. Memang ciksue lama dah cari.. Kebetulan akak ciksue dok dekat Shah Alam dekat juga dengan IKEA kalau kat Kulim ni mana nak cari IKEA kann..Akhrnya tercapailah hasrat nak memiliki Mala ni (nama black board tu..) Masa wedding nanti ingat nak lekat gambar ciksue n Mr Groom. Lepas tu nak deco cecantik!

2 in 1 Mala IKEA. Akak I beli taw <3 nak jdkan ia sbg prop di majlis I nanti
Baju Akad Nikah I nanti..Jenis buah 'Plum' hihihi
 Baju nikah 'peplum' idamanku akhirnya siap.. Tak sabar nak pakai nanti. Doakanlah semoga majlis akad nikah dan kenduri berjalan dengan lancar.. NerbezZ ni nerbezZ..!
Yayy..Dah boh manik..tinggal sikit jer lagi uolls

 Dah letakkan bunga yang cumel di pinggang..Nanti nak tabur manik pulak. Buat sendiri senang..Ikut citarasa kita nak buat macamana manik tu uolls..
Bunga telur dah siap..Hantaran ni kwn I nya, I punya tak ciap g..
Haa..sarang burung sapa ni??? Ni hantaran I (gedik..dok 'I,I..) tayang sikit je ye..

Ciksue revealkan sikit ja hantaran ciksue. Ciksue guna bunga paper crepe untuk sepkan bajet. Memang sep sangat-sangat. Tak sampai 20rit pun. Ciksue bajet untuk hantaran RM60 sahaja. Memang ngam-ngam RM60. Temanya warna purple untuk sebelah lelaki, jadi hantarannya kenala warna purple. Suka sangatlah abe ciksue dengan warna purple tu.. Okay, jam dah nak dekat pukul 6.00ptg. Nak balik dulu..Jumpa di lain entri.

p/s: Kenduri nanti tak ada pelamin, meja makan beradab jer. Simple but nice to remember (^_^)

2 comments:

  1. Menyampah pulak I baca.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik pelangi senja.skarang ni dok pagi lagi nie..xde pelangi..syuhh..syuhh..hahahaha jealousla tu..nk jgakla tu bj buah plum I...nnti u......jgn lupa pkai bj buah durian taw..yg zara jue hadiah ms befday u yg ke 46 tu..hihihi

      Delete