Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Friday, 14 November 2014

Bahaya Madu Kepada Bayi Bawah 1tahun

Assalamualaikum uolls...
Sembang malam tadi dengan kawan study tentang pemakanan anak-anak kami yang under 6m. Konon tak sabar nak suap anak memasing makan. Hehehe.. Termasuklah saya.. Anak kawan saya yang sorang tu beza sehari dengan Nurhan. Dia dah suapkan anak dia makan dah. Katanya anak sedara dia yang lain 3-4 bulan dah disuap bubur nasi. Sue nak tunggu Nurhan cukup 6 bulan dulu baru bagi makan. Time tu usus bayi dah makin matang dan boleh terima makanan selain susu.

Tapikan, kalau zaman tok nenek kita dulu baby boleh jer bagi makan kannn.. Siap suap pengat pisang lagi u.. Dulu lain sekarang lain. Zaman sekarang makin canggih makin banyak penyakit.

Ok, pertanyaan kawan-kawan saya tentang madu. Madu kalau ikut sunnah Nabi s.a.w sangat-sangat berkhasiat. Ia antara 1001 penawar bagi menyembuhkan penyakit tertentu. Tapi tidak untuk bayi bawah 12 bulan. Kerana ia mengandungi bakteria "clostiridium botulinum" yang menyebabkan bayi boleh terkena penyakit sistem saraf atau dikenali sebagai "Botulism".

Sila rujuk blog akak ni : http://tipsjagaanak.blogspot.com/2011/08/madu-bahaya-untuk-kanak-kanak.html

Masa Nurhan 3bulan dia batuk dan selesema selepas berjangkit dengan Tok dan Wan. Sue tak bawa Nurhan ke hospital atau klinik sebab Nurhan tak teruk dan masih boleh ketawa,senyum manis dan bergurau. Lagipun sue taknak ajar dan kenalkan Nurhan kepada ubat-ubatan lagi. Biar Nurhan sendiri merawat sakitnya. Untuk legakan kahak Nurhan sue ambil madu setitik dua ke dalam susu Nurhan. Alhamdulillah selepas 3 hari Nurhan sembuh. Bila baca tentang penyakit "Botulism" ni terkejut sue!

Nasib Nurhan sihat sampai sekarang dan tiada tanda-tanda sakit semasa bernafas atau mata layu. So, sekarang sue hindarkan madu dari Nurhan sehingga Nurhan cukup setahun. Sekian..





Friday, 7 November 2014

Kisah Nurhan dan Tokwannya

Assalamualaikum wbth..

Entri hari ini nak cerita pasal Nurhan dan Tokwannya. Hehehe..
Nurhan sekarang pandai..asyik nak kat Tok tak pun Wan dia ja. Kat mama kadang-kadang tak pandang langsung. Huh! Rasa kecewa jugak bila Nurhan pilih kasih.. Hurmmm.. Uuuwaaaaa..... 

Kalau Wan dia acan mesti gelak mengekek-ngekek padahal mama yang dari pagi sampai ke petang dok men dengan Nurhan tak pula nak gelak sampai mengekek. Lagi satu, kalau Wan tengok TV dan membebel sesorang (ayah saya suka beletiaq kalau tengok TV tak kirala cerita apa pun kalau cerita tu tak kena kat mata dia siaplah dia bebel sesorang..hehehe) jadi, si Nurhan ingat Wan dia tengah acan dia dan dia pun gelak lasampai nampak gusi..Huhuhu

Nurhan kesayangan Tok dan Wan sebab Nurhan bambam. Ayah sue cukup suka baby yang berbadan boOlat tak buat perangai nak menangis sampai 24 jam. Tambah pulak si Nurhan jenis senang dijaga lagi Wan dia sayangla.

Nurhan bila dah besar mama harap sangat Nurhan jangan lupa jasa Tok ngan Wan ye sayang. Nyamuk ketik kat pipi Nurhan aritu pun Wan nyaris-nyaris panggil bomba nak suh sembur ayaq! Mama pun marah juga kat nyamuk tu tapi nak buat macam mana dah darah kita makanan nyamuk... Dah sembur Shieldtox nyamuk tak mau lari nak buat macam mana. Kalau ada jual penyembur yang orang dok sembur nyamuk Aedes tu mama pasti babah dah belikan dah..Hahaha Rumah mesti clear tak de nyamuk. 

Ada satu haritu, Nurhan sat-sat nangis ingat nak susu ke apa. Mama dukung bawa jalan dalam rumah tengok tu tengok ni. Dok merengek jugak.. Wan masa tu nak tido sat sementara masuk waktu maghrib, jadi mama letak Nurhan bawah ketiak Wan. Amboiii.... Sampai tertido dia. Nurhan.. Nurhan...


Muka nak com... Dah ngantuk ler tuh

Seronok ye dok ngan Wan

Wan dok berzanji kat Nurhan. Nampaknya Nurhan dah nak kuyu

Nurhan dah makin kuyu

Lepas suap puting terus pejam mata comey dia


GudnitezZ

#Nurhan dah 4 bulan 17 hari lagi 14 hari cukup 5 bulan. Lepas tu masuk 6 bulan dah boleh makan nasi kanji. Yayyy... Tak sabar nak suap Nurhan makan. Uuummuahhh!
# Abah pulak asyik dok tanya mama ni '' Kawan-kawan ayg ada yang jual walker tak? '' Cyg.. Nurhan duduk pun tak boleh lagi dah nak beli walker??? Heheeheee.. Abah always funny.. sometimes mama naik hantu jugak dengan joke dia. =))) Geram mannnjaaa..

Wednesday, 5 November 2014

Botol Susu Pigeon Peristaltic PLUS untuk Nurhan

Assalamualaikum wbth,
Hari ni nak citer pasal botol susu baru Nurhan. Nurhan dah masuk 4 bulan lebih sekarang, jadi kena tukar puting baru. Tapikann.. Geram pulak tengok botol susu yang comey-comey (harga pun cemey) nampak unik. Tapi kena amik tau juga latarbelakang botol susu ni silap beli baby tak mau hisap. Rugi jer beli.




Sue selalu nampak ibu-ibu susukan bayi dengan botol susu Avent kat shopping mall ngan masa di klinik (termasukla biras saya si sarah..hehe). Bukan apa..motif disini taknak tertukar botol susu jer..Hihihi Lagi satu design yang sue berkenan ialah Tommee Tippee. Nama pun dah unik mestilah rekabentuknya pun menarik. Ingat nak beli Tommee Tippee tapi bila review blog ibu-ibu kebanyakkan bayi reject sebab puting tak menepati citarasa bayi mereka..huhuhu Oleh kerana itu, sue search botol susu yang best! Keluarlah jenama Pigeon. Botolnya simple bangat.. Memula tengok borrringgggggggg...... Bila baca reviewnya '' hebat jugak '' mula hati ni berkenan nak beli sebiji kat Nurhan. Kenapa sue kata botol susu Pigeon hebat?! Antara sebab-sebabnya ialah :-



Pigeon Polyphenylsulfone  (PPSU) Yang ni 240ml dah jadi hak milik Nurhan Bambam

Ini 160ml. Kalau bayi 0-3 bulan bolehla beli yang ni
Botol susu Pigeon nie ada 2 jenis tau iaitu Polyphenylsulfone (PPSU) dengan Polypropylene (PP). Kalau botol yang PP ni selalu digunakan dalam produk seharian warnanya lutsinar orang putih panggil Crystal Clear. PPSU pula gred lebih tinggi dan tahan lama warna seakan-akan madu lebah agak yellowish gitew. Bila bancuh susu nampak macam Nurhan minum MILO.

Saiznya macam biasa 160ml dan 240ml. Nak yang 1000ml beli jag air ye tak pun p tempah. Heeheee


Pigeon Polypropylene (PP) Ada bezanya ye botol warna yellow honey dengan botol lutsinar ni

ini 160ml
Sue dok cari botol susu yang anti-colic (tak kembung perut) walaupun Nurhan jarang sangat nak kembung kempis perut. Syukur Nurhan anak yang paling mudah jaga dan tak merap tok & tokwan bila mama babah p keja. Botol Pigeon nie memang terbaik! Sebab bersifat anti-colic macam yang sue nak.

Ada apa dengan Peristaltic PLUS???
- Sangat Stretchable. Putingnya dicipta untuk disesuaikan dengan pergerakan lidah bayi semasa menyusu.
- Ultra-Soft Silicone. Ianya hampir menyerupai puting ibu.
- Air Ventilation System. Susu hanya keluar semasa bayi menghisap. Ada lubang kecik dekat puting tu tau bila bayi hisap susu buih-buih cinta pun bergelora maknanya bayi hisap dengan betul. Ianya juga untuk memastikan bayi senang menyusu dan amat kurang peratusannya untuk bayi tersedak susu. Kalau nak bagi bayi minum sambil tidur pun tak pe.


Dibawah ni ialah jenis puting. Ada 2 jenis :-

Peristaltic Wide Neck Nipple
Peristaltic PLUS Wide Neck Nipple

Dari segi saiz pulak ada 2 jenis jugak Standard dan Wide Neck.
Peristaltic PLUS wide neck nipple
Saiz Standard nipple
Peristaltic wide neck nipple
The day mama beli Nurhan botol susu baru sample pampers Drypers pun sampai..
Alhamdulillah.. Nurhan suka botol susu baru dia. Bancuh 4oz dah tak cukup sekarang nak sampai 5oz. Pastu satg dia muak balik. Haishhh... Nak membesar lagi si bambam mama ni.



Rumah Sewa Dulu Sebelum Rumah Baru

Assalammualaikum uolls..
Yahoo!!.. Start sabtu ni barulah rasa berdikari kan.. Selama 26 tahun ni asyik dok bawah ketiak mak ayah ja sekarang dah tiba masa nak duduk jauh sikitt (rumah selang 6 bijik ja..huhuhu).

Jadual untuk sabtu ni sangat padat.. penattt! Tapi takpe semangat masuk rumah 'baru' mau ada. Hehehe.. Balik dari kerja solat, makan tengah hari kat rumah mak terus bergegas balik rumah untuk kemas-kemas bersih-bersih apa yang patut. Banyak sangat barang yang harusss disusun aturkan.

Sue search tadi adab masuk rumah baru. Nahh..terjumpa la nasihat dari seorang hamba Allah nie katanya sebelum masuk rumah tu mestilah kena dibersihkan dahulu rumah tersebut dan buat kenduri kesyukuran dan tahlil (kalau rumah baru) atau baca Al-Fatihah, Surah 3 Qul, Surah Kursi dan Surah Al-baqarah ayat 1-286 untuk mengelakkan dari gangguan makhluk halus. Bukan boleh main terjah ja nak masuk rumah ye.. Menangis tak berhenti kang budak Nurhan mama ni.

Nak pindah barang-barang yang ada di rumah mak banyak juga walaupun rasa macam sikit. Sapa nak tolong angkut nie?? Hihihi.. Dahlah rumah sewa owner bagi dua bilik jer.. Sewa bulanan tetap RM300 jugak. Aiyaa..luit zaman sekarang manyak liat woO..

Bila dah duduk asing ni niat nak dekorasi rumah bagai mulalah menjelma. Lepas ni gila beli perabot pulakla jawabnya. Pening pala hubby dengan wife dia ni..Hehehe Tapi hubby tak akan bagi beli banyak selagi tak ada rumah sendiri. Bila dah ada rumah sendiri baru beli perabot yang moden-moden. Kau nak dapur segi tiga ka segi empat tepat ka yang lipat ka, kabinet enam penjuru ka, nak roboh rumah buat design sendiri ka buatlah sebab dah nama pun rumah sendiri. Kalau rumah sewa ni buat owner kata adik dia nak mai balik kulim nak dok umah tu jenuhhh nak angkut barang. Sue pun '' Baiklahhh pok encik ''.

Teringin nak buat deko macam di bawah ni bila berumah sendiri nanti. Impian nakkan rumah yang ada lot tepi luas kat porch.. Selalau bagitau hubby yang sue suka rumah macam tu. hihihi





Ni kalau ruang dapur besoO..

Kalau ruang kecik jadi macam ni pun alhamdulillah =)