Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Friday 14 November 2014

Bahaya Madu Kepada Bayi Bawah 1tahun

Assalamualaikum uolls...
Sembang malam tadi dengan kawan study tentang pemakanan anak-anak kami yang under 6m. Konon tak sabar nak suap anak memasing makan. Hehehe.. Termasuklah saya.. Anak kawan saya yang sorang tu beza sehari dengan Nurhan. Dia dah suapkan anak dia makan dah. Katanya anak sedara dia yang lain 3-4 bulan dah disuap bubur nasi. Sue nak tunggu Nurhan cukup 6 bulan dulu baru bagi makan. Time tu usus bayi dah makin matang dan boleh terima makanan selain susu.

Tapikan, kalau zaman tok nenek kita dulu baby boleh jer bagi makan kannn.. Siap suap pengat pisang lagi u.. Dulu lain sekarang lain. Zaman sekarang makin canggih makin banyak penyakit.

Ok, pertanyaan kawan-kawan saya tentang madu. Madu kalau ikut sunnah Nabi s.a.w sangat-sangat berkhasiat. Ia antara 1001 penawar bagi menyembuhkan penyakit tertentu. Tapi tidak untuk bayi bawah 12 bulan. Kerana ia mengandungi bakteria "clostiridium botulinum" yang menyebabkan bayi boleh terkena penyakit sistem saraf atau dikenali sebagai "Botulism".

Sila rujuk blog akak ni : http://tipsjagaanak.blogspot.com/2011/08/madu-bahaya-untuk-kanak-kanak.html

Masa Nurhan 3bulan dia batuk dan selesema selepas berjangkit dengan Tok dan Wan. Sue tak bawa Nurhan ke hospital atau klinik sebab Nurhan tak teruk dan masih boleh ketawa,senyum manis dan bergurau. Lagipun sue taknak ajar dan kenalkan Nurhan kepada ubat-ubatan lagi. Biar Nurhan sendiri merawat sakitnya. Untuk legakan kahak Nurhan sue ambil madu setitik dua ke dalam susu Nurhan. Alhamdulillah selepas 3 hari Nurhan sembuh. Bila baca tentang penyakit "Botulism" ni terkejut sue!

Nasib Nurhan sihat sampai sekarang dan tiada tanda-tanda sakit semasa bernafas atau mata layu. So, sekarang sue hindarkan madu dari Nurhan sehingga Nurhan cukup setahun. Sekian..





No comments:

Post a Comment