Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Wednesday, 5 November 2014

Botol Susu Pigeon Peristaltic PLUS untuk Nurhan

Assalamualaikum wbth,
Hari ni nak citer pasal botol susu baru Nurhan. Nurhan dah masuk 4 bulan lebih sekarang, jadi kena tukar puting baru. Tapikann.. Geram pulak tengok botol susu yang comey-comey (harga pun cemey) nampak unik. Tapi kena amik tau juga latarbelakang botol susu ni silap beli baby tak mau hisap. Rugi jer beli.




Sue selalu nampak ibu-ibu susukan bayi dengan botol susu Avent kat shopping mall ngan masa di klinik (termasukla biras saya si sarah..hehe). Bukan apa..motif disini taknak tertukar botol susu jer..Hihihi Lagi satu design yang sue berkenan ialah Tommee Tippee. Nama pun dah unik mestilah rekabentuknya pun menarik. Ingat nak beli Tommee Tippee tapi bila review blog ibu-ibu kebanyakkan bayi reject sebab puting tak menepati citarasa bayi mereka..huhuhu Oleh kerana itu, sue search botol susu yang best! Keluarlah jenama Pigeon. Botolnya simple bangat.. Memula tengok borrringgggggggg...... Bila baca reviewnya '' hebat jugak '' mula hati ni berkenan nak beli sebiji kat Nurhan. Kenapa sue kata botol susu Pigeon hebat?! Antara sebab-sebabnya ialah :-



Pigeon Polyphenylsulfone  (PPSU) Yang ni 240ml dah jadi hak milik Nurhan Bambam

Ini 160ml. Kalau bayi 0-3 bulan bolehla beli yang ni
Botol susu Pigeon nie ada 2 jenis tau iaitu Polyphenylsulfone (PPSU) dengan Polypropylene (PP). Kalau botol yang PP ni selalu digunakan dalam produk seharian warnanya lutsinar orang putih panggil Crystal Clear. PPSU pula gred lebih tinggi dan tahan lama warna seakan-akan madu lebah agak yellowish gitew. Bila bancuh susu nampak macam Nurhan minum MILO.

Saiznya macam biasa 160ml dan 240ml. Nak yang 1000ml beli jag air ye tak pun p tempah. Heeheee


Pigeon Polypropylene (PP) Ada bezanya ye botol warna yellow honey dengan botol lutsinar ni

ini 160ml
Sue dok cari botol susu yang anti-colic (tak kembung perut) walaupun Nurhan jarang sangat nak kembung kempis perut. Syukur Nurhan anak yang paling mudah jaga dan tak merap tok & tokwan bila mama babah p keja. Botol Pigeon nie memang terbaik! Sebab bersifat anti-colic macam yang sue nak.

Ada apa dengan Peristaltic PLUS???
- Sangat Stretchable. Putingnya dicipta untuk disesuaikan dengan pergerakan lidah bayi semasa menyusu.
- Ultra-Soft Silicone. Ianya hampir menyerupai puting ibu.
- Air Ventilation System. Susu hanya keluar semasa bayi menghisap. Ada lubang kecik dekat puting tu tau bila bayi hisap susu buih-buih cinta pun bergelora maknanya bayi hisap dengan betul. Ianya juga untuk memastikan bayi senang menyusu dan amat kurang peratusannya untuk bayi tersedak susu. Kalau nak bagi bayi minum sambil tidur pun tak pe.


Dibawah ni ialah jenis puting. Ada 2 jenis :-

Peristaltic Wide Neck Nipple
Peristaltic PLUS Wide Neck Nipple

Dari segi saiz pulak ada 2 jenis jugak Standard dan Wide Neck.
Peristaltic PLUS wide neck nipple
Saiz Standard nipple
Peristaltic wide neck nipple
The day mama beli Nurhan botol susu baru sample pampers Drypers pun sampai..
Alhamdulillah.. Nurhan suka botol susu baru dia. Bancuh 4oz dah tak cukup sekarang nak sampai 5oz. Pastu satg dia muak balik. Haishhh... Nak membesar lagi si bambam mama ni.



13 comments:

  1. Syuhaida,mmg ok ye botol pigeon ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Memang ok sangat2 wawa nasir.. tak rugi beli..

      Delete
  2. Thanks for review botol susu pigeon ni..tgh survey botol susu sesuai untuk si kecik Akiko ni

    ReplyDelete
  3. botol n puting pigeon wide neck is the best.anak sy pki dri umur 6 bln smpi skrg 2thun 4bln...botol still in good condition.cuma puting wide neck ssh ckit nk beli klu kita stay kt kmpung2 or tmpt jauh dri bandar.

    ReplyDelete
  4. Sis2 sume yg nk beli botol pegion nie boleh whatsapp sy 019-2489284. Yanie.

    ReplyDelete
  5. Tq for infoo..tengah sevey botol utk baby 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya .kalo saya guna botol slim neck and nak masukkn puting wideneck bole x ..hubby salah beli putingla

    ReplyDelete
  7. saya nak tanya .kalo saya guna botol slim neck and nak masukkn puting wideneck bole x ..hubby salah beli putingla

    ReplyDelete
  8. Momies Ada masalah macam saya tak?
    .
    Bintk-bintik puteh pada puting susu.. Susah sangat nak tanggal..
    Rupanya ada cara nak cegahnya tanpa perlu kos tambahan..
    .
    Best sangat. Saya baca di blog ni:
    .
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    .

    ReplyDelete
  9. nk tnye.. botol susu pegion nie boleh rebus ke??mane sesuai rebus ke or pkai alat khas stetilizer tu erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya sy guna air panas didih taruk dalam periuk biar terendam botol sekali puting dalam 10 minit pastu biar kering..

      Delete
  10. salam..macam mana cara sukatan scoop susu untk botol pigeon ni

    ReplyDelete