Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Wednesday, 13 February 2013

Dedicated to Maisarah Mustapha and You

 Sabtu,19 Jan 2013 jam: Petang
Fuhh...fuhhhhh...(buang habuk) Walaupun nak dekat sebulan berlalu, tetapi ianya masih segar diingatan ini (awal sangat kott nak lupa Syuhada wehh..) Sue dan dua orang kawan buat Parti Bujang untuk si Brides To Be ni Maisarah namanya..(tapi dia yang belanjakan kami..kihkihkih) Saja teman dia cari kasut tumit paling tinggi dan paaalingggggg seksssiiii....pewitt! Katanya baju sanding nanti kainnya labuh ala-ala dress so, taknak pada rokok. Eh, tidak.. Taknak nampak rendah nanti. Lagipun, kasut dari butik tu terlalu familiar sangat. "Amboi, Sarah..masa bila makin cerewet ni?" kata aku dalam hati. Saja tokok tambah. Kami berempat pun pergi ke Sunway Carnival, Seberang Jaya untuk berparti..hehehehe
 Sebenarnya ada banyak dugaan juga sebelum Sue nak keluar bersuka ria ni. Pertama, sibuk dengan tugasan rumah sebagai Part Time MerMAID. Kesian mak dah makin tua tak larat dah nak kemas rumah. Haa..rajin tak, rajin tak.. Kedua, nak buat kek Chocolate Cake Moist yang nak hantar keesokkan harinya. Ketiga, motor ayah pakai sat p mana ntah. Aduhh, letihnya tak sempat nak bernafas nasib baik masih hidup lagi dan sedang mengarang cerita ni. (^_^) Target Sue nak keluar ambil Azah di Jeti, Penang pukul 2.00 petang. Nampak gaya jenuh juga Joyah tu kena tunggu kami. Selepas selesai solat Zohor Sue pun bergegas ke rumah Sarah (nama manja, nama sayang aku taktau) untuk ambil kereta kakak dia Ayu. Malangnya, kereta tersebut terlalu canggih dan hebat (orang Korea kata " Daebak!!") sangat untuk Sue pandu laju. Jadi, Sue ambil keputusan untuk menggunakan Toyota Rush bos sahaja selepas ambil Diela di rumah dia. Bos, saya bawa kawan-kawan saya jalan-jalan sat ye, terima kasih. Perghh!!. Kalut siut kott.. Tak pernah lagila aku naik/pandu kereta Mazda dan aku memang salute dengan kakak dan adik Sarah (kakchik) boleh pandu kereta tuh! Kenapa?? Dengan tingkap rosak, nak bayar tol kena buka tingkap. Sue nak pergi Seberang Jaya bukan Pekan Kulim setidaknya 3-4 tol juga la buka tutup, buka tutup. Owhh, menn.. Gear 'R' pulak susah nak masuk, setiap kali nak masuk gear 'D' kena tekan punat yang jauh kedalam, deruman enjin yang mengerikan, tempat duduk yang semput.. Ohhh, tidakk.. Mazda, kau memang banyak berjasa pada tuan kau tapi tidak padaku Mazda.. Maafkan sayeee.. Jenuhla mendengar leteran si Azah mak andam kami tu. Dahla kurus sangat tunggu pulak berjam-jam. Sory nek lory k! (^_*) Dipendekkan cerita, akhirnya setelah 10-15 lot kedai kami terjah jumpa juga kasut untuk si Sarah. Diela dan Azah mengesyorkan elok beli kasut yang boleh dipakai lama dan selesa. Yup, betul tu Sue agree dengan kalian.. Dari membazir beli kasut tumit tinggi 4" yang sama kurus dengan Sarah jalan pulak sampai terketar-ketar tulang lutut baik beli jenis tapak rata tak sakit sangat kaki nak berdiri lama. Kannnn...

Okay, ini kek kahwin Sarah yang I.. buat.. Red Velvet Cake. First wedding cake I made. Alhamdulillah, ada Azah sebagai peneman dan pemegang kek tersebut sewaktu penghantaran ke rumah pengantin. Thanks a lot dear..
Kek Red Velvet 2 tingkat
<3 SELAMAT PENGANTIN BARU Maisarah & djAzril <3

Jangan lupa kenangan kita semasa kecik-kecik..hehe Aku menghitung hari...

#p/s: Mengapa hari itu aku terharu bangat..hahaha Azah saksi. Rugi Diela takda sekali. Huwaa...

No comments:

Post a Comment