|
Chocolate Cake Moist 1.5kg medium saiz |
|
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..
Harini Sue nak kongsikan sedikit kek yang telah Sue buat dan jual. Sue mendapat
Hidayah untuk memulakan bussiness kecil ni sewaktu dalam 'dilemma' bekerja dengan orang. Maklumlah, sekarang zaman maju dan pantas bergerak. Alhamdulillah, dengan bakat yang ada dan kemudahan sedia ada Sue cuba pelan-pelan slow-slow untuk berniaga. Wish me the best!!.
|
Chocolate Cake Moist Large saiz |
|
Terima kasih kerana memilih SSB |
|
Birthday kek Red Velvet |
|
Putar whipping cream sampai bertanduk ye adik-adik.. |
Syuhaizad Sweet Bake akan berusaha lebih keras untuk menghasilkan kek, biskut dan Maruku Ibu yang berkualiti. Sebenarnya kesemua kek dan biskut serta maruku kebanyakkan resepinya adalah dari ibu tercinta dan hasil pencarian dalam internet. Teknik-teknik deco kek dan tips-tips pun banyak Sue dapat dari Youtube dan blog-blog mereka yang sudah berjaya. Terima kasih kepada anda yang tidak lokek dan tidak kedekut ilmu dengan berkongsi secara percuma dalam laman sosial dan Mr.Google ini. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki anda dengan keikhlasan membantu manusia yang baru hendak bertatih dalam dunia keusahawanan ini. Sue sedang mencari masa untuk turun ke kelas membuat kek dan biskut supaya lebih sodapp! Semoga dipermudahkanlah urusanku.. Sue amatlah menitikberatkan kualiti makanan supaya tidak cepat rosak atau tidak menyelerakan. Terutama sekali rambut. Kerap juga dapat biskut dan kuih yang ada rambut. Jadi, Sue amat berhati-hati dengan itu supaya Sue tidak menjadi lalai dengan kebersihan. Kalau buat kek Sue mesti pakai skarf supaya peluh dan rambut tidak jatuh ke dalam adunan. Telur pun Sue basuh elok-elok macam buat untuk Family Sue sendiri yang nak makan. Haaa.. Baru orang akan yakin dengan produk kita. Bab hiasan memang Sue tak ada masalah cuma teknik tu sahaja yang kurang betul lagi. Nak kena cari guru juga ni tunjuk macam mana nak gunakan nozle yang betul.
p/s: sedih sangat dengan sikap segelintir..segelintir ke??! kebanyakkan orang Melayu yang suka menjatuhkan perniagaan jiran sebelah dengan menyihir/menyantau mereka kerana cemburu sehinggakan ada yang maut. Nauzubillah.. Itulah orang Melayu banyak sangat PHD. I don't want to be like them!! Nak ikut cara Nabi Muhammad s.a.w...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete