Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Tuesday, 21 October 2014

#Throwback Wedding Sebelah Pihak Lelaki


Assalamualaikum uolls!
Hari ni nak #Throwback weddding sebelah hubby pulak. Kami pilih warna purple supaya bersesuaian dengan kulit hubby. Takkan la sue ketegaq nak pilih warna pinky kannn.. Warna kulit amat penting untuk matching dengan warna baju supaya nampak segak dan berseri. Hari-hari lain lantakla nak pakai baju warna apa pun. Cuma hari ni jer special lebih. Hubby jenis yang suka pakai baju warna gelap. Kalau dalam almari tu boleh dikatakan 90% warna hitam. Haishhh.. Baju sanding ni sue tempah jadi kalau orang yang seterusnya pakai dan chubby macam sue mesti terletak elok kat badan dia. Huhuhu...

Kenduri sebelah hubby amatlah meriah... Dengan adanya pelamin, DJ plus music siap ada orang bersilat lagi taw! Hubby nyaris-nyaris nak bawa keluar keris. Tapi sue sempat halang dia supaya bersabar. Wedding ni ada 2 pengantin. Hubby dan adik perempuan tunggalnya Rohayu. Bertambah meriahlah majlis dengan sanak saudara, jiran tetangga (taman jatikan besoO) kawan-kawan lagi.

Ada perkara yang sue dan hubby terkilan sangat-sangat. Iaitu family potrait semasa wedding sue dan hubby. Tak amik pun gambar pengantin dengan family. =((( Semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Kenduri Aqeqah Nurhan nanti nak pesan kat hubby suh pasang speaker ngan GPS senang nak panggil/jejak adik beradik nanti.



Semasa majlis bertandang

Pengapit suh abang ipar ngan wife dia jadi hehehe 

Inilah 2 pengantin tue...Yang baju biru tudung biru tu kakak saya =)

Make-up sue tak pergi butik sue minta GF(masa tu..) kawan hubby tolong touch upkan. Memang best Hana touch up, tak rasa gatal dan tak pecah-pecah walau pakai dari pagi sampai ke malam.Murah pun murah 80 hinggit uolls tapi dia bagi special % lagi sebab member. Alhamdulillah.. Murah rezeki Hana. Nak suh dia touch up uolls yang gediks nak kahwin? Nahh..999 col now! 

Pada mulanya nak pakai contact lens uolls.. Konon nak bagi nampak muka macam Dato Siti. Kihkihkih.. Tapi mata sue jenis cepat gatal plak tu tak pernah pakai. Sue pulak gedik p search keburukan pakai contact lens. Macam-macam benda tak elok pasal contact lens ni rupanya teruihh buang niat nak pakai.

Pendek kata untuk wedding sebelah pihak lelaki sue 90% siap sendiri. Dari inai tangan/kaki, sarung baju, pakai shawl, kasut sendiri, bunga tangan sendiri banyak yang sendirilah. Nasib ada Hana tolong pasangkan crown walhal dia kata tak reti tapi elok je dia letak crown tuh.. Hihihi Hubby pun pakai sendiri jer (lelaki memanglah pakai sendiri takkan nak suh mak andam tolong sarungkan kot..haishh)

Dengar taklimat sebelum masuk gelanggang


Diringi para pesilat ke khemah pertunjukkan..
Okay, tepi sikit tuan permaisuri nak lalu...

Raceee start!

Abang & adik bersanding sekali harung senang


Kawan hubby


waktu makan-makan sue makan sikit jer tak beselera




Kenduri sebelah hubby baru dapat snap pic dengan mak ayah

Aloloo my mom malu-malu plak

Nie kakak dengan abang ipar saya
Kawan SYM hubby sekarang hubby dah tukar tempat kerja dah..

Saya suka usik kawan saya ni sebab dia kecik dari saya..hihi

Dulu baby Firas sekarang abang Firas

Kawan hubby kawan saya juga
Saudara mara sebelah hubby
Ex bos hubby

Kenduri sebelah hubby tak ada bilik pengantin ye hihihi
Get ready nak photoshoot


Tangkap gambo tengah panas Beb!

Masa ni punya tahan mata xmau bagi mata tertutup  'spot lite' dia silau woO hehe

Sementara jurufoto xsnap bek aku ttup muka dgn bunga ni dulu..hihihi



Nie fotographer kami..ejoe kawan hubby garang woO dia suh kami selam dalam tasik nu..hehehe p/s: terima kasih ejoe sudi snap pic kami..


-Tamat-
Dah habis slide show gambar kahwin den.... Tunggu gambar kahwin anak-anak plak la. (mau lama gak nak tunggu..) Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah dan sentiasa tersenyum walau susah senang sebab... Allah kan ada =)


Happy 4month old sayang!!

Assalamualaikum uolls..
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah Taala kerana Nurhan membesar dengan sihatnya (makin bambam) hingga ke hari ini. Nurhan dah masuk 4bulan dah.. Macam-macam ragam dia sekarang. Kalau tak puas hati mesti bebai buat keras badan dan kaki. Teringat pulak mak pernah cerita pasal sue masa kecik-kecik. Kalau bebai mesti buat kremm kaki.. Hehehe Nampaknya Nurhan ikut perangai saya. Huhuhuu.. Pastu suka main air liur, jelir-jelir lidah. Ada terbaca dalam satu artikel, kalau bayi nak masuk 4 bulan suka main lidah, nak menggigit, suka masuk jari dalam mulut, main air liur dan ada demam sikit maknanya gigi bayi tu nak tumbuh. Macam Nurhan ni suka masukkan jari jemari dia dalam mulut tapi tak delah demam. 24jam aktif je dia so boleh tahu dia demam atau tidak. 

Sekarang dah pandai ajar Tok dan Wan dia nak melompat. Jenuh lenguhla tangan Tok ngan Wan dia. Haishh.. Nurhan ooo Nurhan. Aritu bagi Nurhan sebiji epal (yang tak dikupas) bagi dia jilat. Saja nak Nurhan fikir dan rasa apa yang dia pegang dan jilat tu. Sekarangkan Nurhan dah nampak warna-warna terang dan ransangan otak dia kuat untuk belajar objek apa yang dia rasa dan capai apa yang matanya lihat. Nurhan nampak sangat teruja dengan buah epal tu. Kalau dulu bila bagi air zam zam Nurhan tolak mungkin rasa payau. Kelmarin bagi minum lajunya macam minum susu! Tapi sue bagi hanya 1oz sahaja walau usus perut untuk bayi 4 bulan dah matang. Nak tunggu Nurhan 6 bulan baru bagi dia makan sebab time tu usus memang sepenuhnya matang dah. Tak sabar nak tunggu lagi 2 bulan kannn..

Mama ngan abah tak celebrate la Nurhan punya 'besday' 4bulan arini.. Tunggu cek cukup setahun ye Nurhan. Kita buat party kecil-kecil macam kakak Keisha ngan Alisya ye... 

Oh ye! Nurhan dah pandai sebut mak! Bukan makla sayanggg.. Ma.. Ma.. Mama.... Agak-agak Nurhan sebut Abah dulu ke atau Mama dulu? Hmmm... '' Suprise!! '' Nurhan kata.


Besaq dak paha kami.. Wan selalu tanya betis beshaq Nurhan mana.





Friday, 17 October 2014

Nurhan dah pandai meniarap ~~


Tahniahhh! Anak mama dah boleh meniarap =)
Hari ini Nurhan dah 3 bulan 26 hari. Dah boleh meniarap tapi nak pusing balik tak reti lagi. Mungkin takot agaknya kan dunia baru bagi dia. Sekarang dah pandai cabut puting dan pegang pastu tayang kat orang. Comel jer mama tengok Nurhan. Kaki plak 24 jam kayuh basikal. Kita pulak yang rasa letih..

Bayi usia Nurhan ni dah pandai pilih orang yang dia suka. Kalau dia suka orang tu dia akan senyum dan gelak sesorang walhal orang tu tak buat apa juz tengok je. Dalam family sue Nurhan paling suka dekat Tok Wan dia selain mama ngan babah. Wan dia tak buat apa pun tapi Nurhan tengok Wan dia dah ketawa mengekek. Jealous mama ni Nurhan tak tau ka?! Mama ngan babah jenuh nak acan bagi Nurhan gelak mengekek. =)

Agaknya bila Nurhan nak boleh meniarap dan pandai pusingkan badan bila terasa letih ye? Harap-harap minggu depan. Anak mama kan heroin... Tapi yang sue kesian kan si Nurhan ni bila dia meniarap mesti dia termuak dengan banyak. Mak kata masa meniarap perut seperti ditekan sebab tu keluar susu yang Nurhan minum. Kadang-kadang tu bila Nurhan nak meniarap sue tak bagila takut termuak atas tilam (motif : malas basuh kain cadar. Sekian.) Sue terlupa yang kita tak sepatutnya menghalang anak-anak terutama bawah 2 tahun dari melakukan pergerakan dan aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak. Kita sepatutnya biarkan dia explore dunia dia selagi dibawah pemantauan kita. Kes ni yang banyak makan luar. Tak sempat bini nak masak. Hihi.. Ada banyak kesan negatif if kita asyik kata '' Jangan buat tu, jangan buat ini ''. Nanti bila dah besar anak akan jadi seorang yang tak kreatif atau kurang bersosial. Biarkan je dia main selagi benda tu tak merbahaya.

Si Nurhan ni pantang letak atas tilam. Dia mesti nak meniarap terus takdaknye nak bagi hint kat mama dia ni. Pastu selang 5-6 saat merengek. Sue tolak dia pelan-pelan konon nak dia taw macam mana nak kalihkan balik badan dia tu.

Lagi beberapa hari Nurhan dah nak masuk 4 bulan. Alhamdulillah.. Allah biar Nurhan tinggal dengan kami nak dekat 4 bulan dah. Ya Allah panjangkanlah umur anak-anakku....




Thursday, 16 October 2014

#Throwback My Simple Dimple Wedding

Assalamualaikum,
Hari ni rasa macam nak #throwback sat time wedding tahun lepas. Sekarang dah ada anak sorang dah tapi tak pernah sambut lagi wedding anniversary..huhuhu Maklumlah tengah stabilkan kewangan. Ok, takmo sedih-sedih ni cek nak crita mai kt hgpa apa jadi masa majlis kawin cek!

Ini hantaran untuk diberikan pada pihak lelaki
Tadaa.. Kek Foundant Coklat Moist yang kakak saya buat khas untuk wedding saya! Cantik sangat-sangat.. Thanks akak Salina.. Mmuahh!
Semasa rombongan pihak lelaki sampai.
Entah apa yang kelakar sangat time ni.. =)))

Majlis perkahwinan sebelah sue amatlah simple. No music, no DJ, no marhaban and no pelamin..  Mak ayah sue kureng sikit bab-bab tu. Kata mereka membazir jer buat lebih baik fokus kat makanan dan cenderahati untuk tetamu. Hokeyyy.. Memula sue tak setuju tapi nak kan restu mak ayah kan sue terima je dan memang sep duit simpanan. So, nak buat kenduri yang hebat-hebat untuk anak-anak sue nanti. Yelah, sue kan perempuan, mesti nak majlis tu nampak glamorius gitew! Tapi taklah sampai ada orang mai nyanyi-nyanyi.. Hehehe... Kahwinkan sekali seumur hidup mesti kita nak majlis tu menjadi kenangan paling indah untuk kita dan pasangan. Takkan uolls nak kawin tiap-tiap tahun plak! Durjana sungguhla.. Hahahaa..

Majlis Tahlil start pukul 11pagi jadi lepas habis majlis akad nikah ayah terus balik rumah nak sambut tetamu.

Nie goodies bag untuk tetamu VIP hehehe

Mak andam ni kawan bek saya..sep uit lagi =)
Dari kiri : Kak Zah (kak ipaq), Piqah (anak buah) & Kak Ina (kakak sulung) orang kuat majlis saya.. Sayanggg uolls sesangat!

Board tu sue minta kakak beli kat IKEA huhuu nanti boleh buat papan hitam untuk ajar anak ABC katako!
Jenuh kakak sue melayan kerenah kerabat diraja nie
Oklah, hgpa tengok sendiri la gambar-gambar kawin sue ni malaih haihh den nak taip caption. Hehehe... Selamat menjamu mata jangan dok kutuk belakang plak tawla wedding kami simple dimple janji kami bahagia hingga ke Jannah. Amin.
Oh ye, dikesempatan ini sue nak ucap berbanyak terima kasih pada adik beradik sue if they reading my blog laa.. Jasa adik beradik sue ni tak taula macam mana nak balaskan



. Banyak sangat yang mereka tolong adik dpa nak kawin baqhanggg! Allah Maha Mengetahui dan hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka yang tolong sue. I love my sister n brothers a lot!



























Terima kasih adik beradik dan kawan2 yang datang dari jauh masa majlis ni.. Maaflah sebab tak dan nak melayan kamu semua ye.. Next kenduri insya'allah (kenduri Qeqah bukan kenduri kawin!) kami akan p'baiki services kami pada tetamu. Cewahhh! Macam nak buka restoran...
Belanja sekeping gambar indoor dannn...

Sekeping gambar outdoor kat uolls
p/s: Thanks Ihsan coz sudi jd photographer kami =))) jasamu dikenang 7 keturunan kami..mueheheheee