Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Tuesday 21 October 2014

#Throwback Wedding Sebelah Pihak Lelaki


Assalamualaikum uolls!
Hari ni nak #Throwback weddding sebelah hubby pulak. Kami pilih warna purple supaya bersesuaian dengan kulit hubby. Takkan la sue ketegaq nak pilih warna pinky kannn.. Warna kulit amat penting untuk matching dengan warna baju supaya nampak segak dan berseri. Hari-hari lain lantakla nak pakai baju warna apa pun. Cuma hari ni jer special lebih. Hubby jenis yang suka pakai baju warna gelap. Kalau dalam almari tu boleh dikatakan 90% warna hitam. Haishhh.. Baju sanding ni sue tempah jadi kalau orang yang seterusnya pakai dan chubby macam sue mesti terletak elok kat badan dia. Huhuhu...

Kenduri sebelah hubby amatlah meriah... Dengan adanya pelamin, DJ plus music siap ada orang bersilat lagi taw! Hubby nyaris-nyaris nak bawa keluar keris. Tapi sue sempat halang dia supaya bersabar. Wedding ni ada 2 pengantin. Hubby dan adik perempuan tunggalnya Rohayu. Bertambah meriahlah majlis dengan sanak saudara, jiran tetangga (taman jatikan besoO) kawan-kawan lagi.

Ada perkara yang sue dan hubby terkilan sangat-sangat. Iaitu family potrait semasa wedding sue dan hubby. Tak amik pun gambar pengantin dengan family. =((( Semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Kenduri Aqeqah Nurhan nanti nak pesan kat hubby suh pasang speaker ngan GPS senang nak panggil/jejak adik beradik nanti.



Semasa majlis bertandang

Pengapit suh abang ipar ngan wife dia jadi hehehe 

Inilah 2 pengantin tue...Yang baju biru tudung biru tu kakak saya =)

Make-up sue tak pergi butik sue minta GF(masa tu..) kawan hubby tolong touch upkan. Memang best Hana touch up, tak rasa gatal dan tak pecah-pecah walau pakai dari pagi sampai ke malam.Murah pun murah 80 hinggit uolls tapi dia bagi special % lagi sebab member. Alhamdulillah.. Murah rezeki Hana. Nak suh dia touch up uolls yang gediks nak kahwin? Nahh..999 col now! 

Pada mulanya nak pakai contact lens uolls.. Konon nak bagi nampak muka macam Dato Siti. Kihkihkih.. Tapi mata sue jenis cepat gatal plak tu tak pernah pakai. Sue pulak gedik p search keburukan pakai contact lens. Macam-macam benda tak elok pasal contact lens ni rupanya teruihh buang niat nak pakai.

Pendek kata untuk wedding sebelah pihak lelaki sue 90% siap sendiri. Dari inai tangan/kaki, sarung baju, pakai shawl, kasut sendiri, bunga tangan sendiri banyak yang sendirilah. Nasib ada Hana tolong pasangkan crown walhal dia kata tak reti tapi elok je dia letak crown tuh.. Hihihi Hubby pun pakai sendiri jer (lelaki memanglah pakai sendiri takkan nak suh mak andam tolong sarungkan kot..haishh)

Dengar taklimat sebelum masuk gelanggang


Diringi para pesilat ke khemah pertunjukkan..
Okay, tepi sikit tuan permaisuri nak lalu...

Raceee start!

Abang & adik bersanding sekali harung senang


Kawan hubby


waktu makan-makan sue makan sikit jer tak beselera




Kenduri sebelah hubby baru dapat snap pic dengan mak ayah

Aloloo my mom malu-malu plak

Nie kakak dengan abang ipar saya
Kawan SYM hubby sekarang hubby dah tukar tempat kerja dah..

Saya suka usik kawan saya ni sebab dia kecik dari saya..hihi

Dulu baby Firas sekarang abang Firas

Kawan hubby kawan saya juga
Saudara mara sebelah hubby
Ex bos hubby

Kenduri sebelah hubby tak ada bilik pengantin ye hihihi
Get ready nak photoshoot


Tangkap gambo tengah panas Beb!

Masa ni punya tahan mata xmau bagi mata tertutup  'spot lite' dia silau woO hehe

Sementara jurufoto xsnap bek aku ttup muka dgn bunga ni dulu..hihihi



Nie fotographer kami..ejoe kawan hubby garang woO dia suh kami selam dalam tasik nu..hehehe p/s: terima kasih ejoe sudi snap pic kami..


-Tamat-
Dah habis slide show gambar kahwin den.... Tunggu gambar kahwin anak-anak plak la. (mau lama gak nak tunggu..) Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah dan sentiasa tersenyum walau susah senang sebab... Allah kan ada =)


No comments:

Post a Comment