Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Friday, 17 October 2014

Nurhan dah pandai meniarap ~~


Tahniahhh! Anak mama dah boleh meniarap =)
Hari ini Nurhan dah 3 bulan 26 hari. Dah boleh meniarap tapi nak pusing balik tak reti lagi. Mungkin takot agaknya kan dunia baru bagi dia. Sekarang dah pandai cabut puting dan pegang pastu tayang kat orang. Comel jer mama tengok Nurhan. Kaki plak 24 jam kayuh basikal. Kita pulak yang rasa letih..

Bayi usia Nurhan ni dah pandai pilih orang yang dia suka. Kalau dia suka orang tu dia akan senyum dan gelak sesorang walhal orang tu tak buat apa juz tengok je. Dalam family sue Nurhan paling suka dekat Tok Wan dia selain mama ngan babah. Wan dia tak buat apa pun tapi Nurhan tengok Wan dia dah ketawa mengekek. Jealous mama ni Nurhan tak tau ka?! Mama ngan babah jenuh nak acan bagi Nurhan gelak mengekek. =)

Agaknya bila Nurhan nak boleh meniarap dan pandai pusingkan badan bila terasa letih ye? Harap-harap minggu depan. Anak mama kan heroin... Tapi yang sue kesian kan si Nurhan ni bila dia meniarap mesti dia termuak dengan banyak. Mak kata masa meniarap perut seperti ditekan sebab tu keluar susu yang Nurhan minum. Kadang-kadang tu bila Nurhan nak meniarap sue tak bagila takut termuak atas tilam (motif : malas basuh kain cadar. Sekian.) Sue terlupa yang kita tak sepatutnya menghalang anak-anak terutama bawah 2 tahun dari melakukan pergerakan dan aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak. Kita sepatutnya biarkan dia explore dunia dia selagi dibawah pemantauan kita. Kes ni yang banyak makan luar. Tak sempat bini nak masak. Hihi.. Ada banyak kesan negatif if kita asyik kata '' Jangan buat tu, jangan buat ini ''. Nanti bila dah besar anak akan jadi seorang yang tak kreatif atau kurang bersosial. Biarkan je dia main selagi benda tu tak merbahaya.

Si Nurhan ni pantang letak atas tilam. Dia mesti nak meniarap terus takdaknye nak bagi hint kat mama dia ni. Pastu selang 5-6 saat merengek. Sue tolak dia pelan-pelan konon nak dia taw macam mana nak kalihkan balik badan dia tu.

Lagi beberapa hari Nurhan dah nak masuk 4 bulan. Alhamdulillah.. Allah biar Nurhan tinggal dengan kami nak dekat 4 bulan dah. Ya Allah panjangkanlah umur anak-anakku....




No comments:

Post a Comment