Sue dah selamat lahirkan baby.. =) Lambat masukkan dalam entry coz tak ada masa sejak 2 menjak ni..hehe Ok, ni kisah pengalaman saya.
Setelah 4 hari 3 malam check in Hotel Hospital Kulim 5 star, 21 Jun 2014 tarikh indah, jadilah saya seorang ibu yang sangat bersyukur lahirkan anak yang sihat dan comel. Kenapa saya lama check in? Sebabnya laluan saya lambat buka. Dok 2cm ja dari 18 haribulan. Gelisah juga sue yelah anak sulong... Orang kata anak sulung lambat buka laluannya. Sue tengok orang lain senang ja tak dan nak naik dok atas katil kena tolak masuk Labour Room dah. Rezeki memasing.. Sue check laluan dekat 3 kali.. Pastu nekad selagi tak rasa sakit giler tak nak jumpa nurse.
Selalu dengar kawan-kawan yang dah kahwin dok cerita sakit bila check laluan. Masa first time check bagi sue biasa ja.. Tak sakit pun?? Tapi.... Masa kali kedua check laluan oleh Dr. Huda ke apa ntah nama dia perghhh! Rasa bergegaq otak haku! Dia dah cakap nak kacau sat laluan sue ni. Nah, amik kau Jah!! Rasakan! Tak sakit ye kau kata! Mungkin itulah sakit yg dimaksudkan kawan sue.
20 Jun 2014
Sakit semakin kerap dan perut mengeras. Mengiring tak boleh nak berbaring apatah la lagi. Mulut ni tak henti-henti mengucap berzikir. Nak makan pun dah tak lalu sebab dok tahan sakit. Anak mama dah nak keluar ke ni? Petang tu memang tak senang dudukla. 15minit sekali mesti rasa sakit. Mak ayah, hubby, abang ipar n bini dia datang melawat. Siap bawa macam-macam ikhtiar nak bagi cepat/mudah bersalin. Telur ayam kampung, air bacaan surah Yassin, air akar Fatimah dan air selusuh hubby bawa makcik Ti depan rumah mak mertua bagi. Semua sue minum. Yang telur ayam kampung tu biras sue si Sarah bancuh dengan tea, selawat, niat, minum. Emmm..sedap... Hehehe
Hubby cakap pukul 11malam satg dia mai balik bawa makan kot-kot bini dia lapaq. Sepanjang dok kat hospital hubby kerap datang jenguk. Kekadang rasa kesian dok ulang alik mai hospital pagi, tengah hari, petang, malam. Kalau swasta tak pelah boleh dok sekali dalam wad tu. Nasibla hospital pun taklah jauh sangat dari rumah.
Waktu melawat hampir habis. Mak ayah dan keluarga abang ipar minta diri dulu. Tinggalla eden sesorang kat katil dok tahan sakit. Sebelah sue ada kakak baru masuk check in. Kandungan dia baru 7 bulan sebab check in pergerakan baby dalam perut kurang. Jadi doc suh dia stay untuk pemantauan. Malam tu perut ni rasa sakit sangat macam nak teran tak teran. Baby...nak keluar dah ke? Mama takut nak check laluan ni risau dok 2cm lagi. Hurmm.. Kakak sebelah katil tu bagi tips, dia suh sue jalan dalam wad ni 2-3 round bagi laluan cepat buka. Jangan baring saja katanya. Sue pun bangun dan jalan dalam wad sampai pucat muka tahan sakit.
Kakak-kakak (kebanyakan dah berumur 30an ke atas) yang masih dok menunggu laluan buka macam sue sarankan p jumpa nurse suh nurse check laluan. Kang terberanak pulak atas katil tak pasal. Hahaha..
Alhamdulillah....... Lepas nurse cakap laluan dah buka 4cm happy tak tau nak katalah. Yelah, mama tak sabar nak jumpa anak mama ni. Nurse masukkan ubat berak dalam dubur. Dan din dun nak ter$#@!!! Macam Ferrari dah ha sue berlari (tak berlarila jalan laju jer..) masuk toilet. Nasib tak ada orang dalam toilet kalau tak mesti berterabur. Wakakaka
Nurse suh sue makan minum dan kemas barang-barang semua. Dah siap nurse nak check degup jantung baby dan tolak ke Labour Room. Lepas kemas barang Sue pesan kat kakak sebelah katil kalau hubby datang cakap sue mandi. Nak bagi badan cergas dan segar. Kita tak tau berapa lama nak dok dalam LR ada orang sat ja setengah orang sampai 6-7 jam tak keluar lagi dari LR (saya antara orangnya). Masa jumpa hubby muka dia nampak macam cuak. Mungkin tak percaya kot dah nak jadi abah. Hihihi.. Sue minta hubby sediakan telur ayam kampung dengan teh nak bagi bertenaga masa nak meneran nanti. Kakak tu cakap minum dengan milo lagi bagus. So, hubby buat dengan Milo pula. Memang nervous masa menuju ke LR. Sambil-sambil tu dok cakap kat baby '' Kejap lagi kita nak berjumpa dah..tolong mama masa mama teran tau..kita do it together mama push baby pun push keluar k '' Hubby isi borang untuk masuk dalam LR. Hospital kerajaan punya stail bila dah nampak kepala baby baru dpa panggil si suami mai tengok.
Jam dah nak masuk pukul 12 tengah malam...
21 Jun 2014
Constraction semakin perit sue rasa. Macam nak menjerit melalak bagai dengan alat CTG kat perut lagi. Alat CTG ni dpa nak tengok graf degup jantung baby. Tapi sue masih waras dan boleh berfikir hokehhh! Semasa mengandung banyak buka blog pengalaman orang mengandung ni jadi, semua tu jadi iktibar dan pengajaran untuk sue. Cara push pun sue dah praktik dari masa preggy lagi (kunonnnn). Tapi sampai masa macam ni habis semua tips meneran sue lupa.hahahaa..Doa nabi Yunus sue tak putus-putus baca. Ya Allah.. itu jer sue mampu ucap disaat sakit constraction datang. Dahlah dalam keadaan terlentang lagi terasa hanya Allah Taala ja yang tahu sakitnya masa tu. Laluan sue dah buka 6cm. Nurse cakap lambat lagi jadi sabar ye. Nurse tanya nak kencing tak? Mula-mula cakap tak pastu nak pulak. Hehe Nasib staff nurse ni baik taw. Dia suruh bukakan kaki dan rapatkan tumit ke punggung dia nak masukkan tiub ke dalam saluran air kencing. Rasa pedih sikit la. Lepas tu sue tak tau sue dah buang air kecil ke belum sampai nurse tu cakap '' Banyaknya..'' Lepas habis tu rasa legaaa sangat. Syukur dapat layanan yang baik. Sue tengok jam dah pukul 2pagi. Sekejapnya masa berlalu tapi kenapa laluan buka lammmbat..... Anak sulung kann..
Sue memang tak tahan dah nok.. sue panggil nurse yang ada kat situ '' saya sakit sangat nurse..'' Rasa macam nak nangis jer. Nurse yang jaga sue namanya Aishah. Dia suruh sue mengiring ke kiri rapatkan kaki dan bengkokkan sikit kaki. Bila rasa constraction datang teran pelan-pelan supaya baby dapat turun ke bawah. Time tu memang rasa macam nak buang air besar sangat! Kata nurse lagi jangan teran kuat sangat nanti tenaga habis. Jadi teran pelan-pelan ye sayang. Cewahh! Sue follow instruction dia. Tapi, sue teran kuat jugak. Hehe tak boleh nak tahan u....
Pukul 3.00 nurse Aishah datang lagi check bukaan dah 7cm. Dia check kepala baby. Belum lagi katanya. Dok sat dia mai lagi suruh sue buka kangkangan. Tetiba dia jadi kalut yang kalut sangat. Doktor dan pembantu dia bergegas datang. Sue dah tak ingat apa dah yang sue tau sue dah nak beranak! Ada sorang nurse pakai baju warna biru lagaknya seperti ketua nurse dia suruh anak buah dia panggil suami sue kat tempat menunggu. Masa tu sue dah hampir kehabisan tenaga. Disuruhnya sue tarik kaki rapat ke punggung dan bila rasa constraction tarik nafas dalam-dalam dan push sekuat hati. First buat tak boleh. Nurse yang baju biru tu mungkin pengalaman dia luas jadi dia tau orang tu mampu teran atau tidak. Dah masuk kali ketiga sue tak mampu meneran. Jadi mereka terpaksa gantung kaki. Masa tengah nak gantung kaki tu sue ternampak kelibat hubby. Rasa macam nak meraung panggil '' cayangggg..look what they did to me...'' hihihi gedik.
Selepas digantung kaki, barula sue boleh meneran. Hubby ampu belakang sue supaya sue tak teruk sangat nak pegang alat hujung kaki tu. Sekali lagi tak berjaya. Nurse cakap kepala baby keluar masuk semula. Doktor bagi penerangan lagi sekali. '' Follow instruction saya ye puan, puan boleh saya yakin puan pun kena yakin!'' katanya. Bersemangat sue dibuatnya. Kali kedua push dengan kekuatan yang Alllah bagi alhamdulillah sue berjaya. Bila dengar tangisan anak rasa sakit pun hilang yang datang tanggungjawab sebagai seorang ibu pula. Masa tengah push tu nurse-nurse semua pakat sorak '' Push puan, push!!'' "'Sikit je lagi, push..'' Rasa macam nak tergelak sebab tetiba sue boleh teringat kat kakak angkat sue cerita masa dia bersalin dulu semua nurse pakat sorak macam pasukan sorak sekolah rendah pulak. Siap tepuk tangan lagi.. Macam ni barula kita rasa bersemangat nak menerankan!. Hubby pun kalut juga '' Push ayg push, sikit lagi..'' Dalam hati, macam ni rupanya rasa bersalin normal. Syukur sebab dapat rasa sakit semulajadi yang bagi sue sangat indah dan sudah semestinya dirindui sepanjang hayat. Ketua nurse tadi tanya sue apa jantina baby. Perempuan..
Saat paling indah bila doktor letakkan baby atas dada. Tersenyum lebar hubby! Sue?? Apatah la lagi lebar senyum sengih.. Nurhan Rayyani binti Rohaizad sue bisik kat Hubby. Sebelum pregnant lagi kami dah cari nama anak uolls. Excited kan kau?!
Doktor dok proses apa lagi tak taula. Yang penting semua dah selamat. Nurse suruh hubby Iqamatkan baby di telinga sebelah kiri. Kemudian hubby disuruh tunggu diluar sementara mereka nak bersihkan baby dan selama sejam mereka biarkan sue dan baby. Selama sejam tulah si anak akan baring dalam dakapan ibu sambil hisap susu. Tujuannya ialah nak anak kenal bau badan ibu dan merapatkan lagi hubungan antara anak dan ibu. Baiknya anak mama tak merengek pun diam je hisap susu. Bab jahitan memang tak rasa sakit apa pun walau tak dibius. Mungkin sebab dah sakit sangat tadi kot. Sampai Doktor pun hairan sue sedikit pun tak menguek nak cakap sakit ke apa. Bukan nak cakap besar tapi itu pengalaman sue. Masa jahitan memang lama sampai naik kremm kaki. Adehhh.. Lepas habis episiotomy tu baru kaki diturunkan. Legaaaa...
Sue keluar wad 22 Jun 2014 petang. Nasib anak tak kena demam kuning masa di hospital. Kalau ada demam kuning ibu dan anak kena pindah wad dan duduklah situ sampai anak sihat. Baby sue ada pun sikit sangat dalam 30 sahaja. Doktor pesan jangan jemur baby bawah sinaran matahari dan jangan makan benda yang hangat. Maksudnya makanan yang bagi panas badan kita seperti halia, lada dan jamu. Seeloknya selepas baby disahkan tiada lagi kuning baru boleh makan tapi dalam kuantiti sedikit terutama kalau menyusu badan. Sian baby... Kita mana nak rasa apa yang baby rasa.
Inila Nurhan Rayyaniberusia 4jam Berat masa lahir 3.2kg |
Nurhan Rayyani berusia sehari Masa tengok Nurhan kali pertama terkejut sebab nampak hitam. Tapi sekarang dah cerah gebu. Pada bakal momies nanti awak pahamla apa maksud 'hitam' tu..hihihi |
Nurhan Rayyani berusia 3hari Ondway nak p klinik check demam kuning |
Baru umur 3hari dah pandai senyum lebar ye.. Pemurah Nurhan Rayyani nie.. =) |
Dah sebulan lebih... Nurhan dok get ready nak tarah rambut. |
Tadaaaa...dah botak budak montel nie.. Senyap je dia masa tarah rambut dia. |
Ok, jumpa lagi di next entry. Sekarang saya dah jadi mommies...! Nak beli mainan banyak-banyak kat Nurhan <3
No comments:
Post a Comment