Assalamualaikum w.b.t.h.,
Syukur alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini. Syukur kerana dikurniakan insan-insan yang penyayang untuk menjadi teman disaat duka dan suka. Syukur dengan rezeki yang Allah beri untuk kami sekeluarga. Salam tahun baru 2015 dari kami sekeluarga dan ini adalah entri yang pertama untuk tahun 2015!
Syukur Nurhan dah 7.8kg sekarang dan sangat aktif serta peramah (suka aah.. orang disekelilingnya). Hari ni Nurhan genap 6 bulan 16 hari. Of course dah boleh makan dah. Best tau dapat suap Nurhan.. Seronok bila tengok dia nganga mulut dia minta disuapkan lagi. Untuk hari pertama Nurhan boleh makan sue bagi nasi kanji. Lama juga tunggu nasi betul-betul lembut siap guna penapis nak bagi lembut uols. But... Nurhan tak gemar makan kanjila. Nurhan lebih suka makan roti yang Tok buat. Hurmmm.. Berbunga mama buat taw dengan harapan anak mama suka dan makan sampai tak cukup. Nurhan makan sikit then dia buat dekk jer pastu nangis nak susu. Huhuhu... Rasanya kanji tawar jadi Nurhan cakap "It's not my taste momma!". Dengan bahasa diala aa..emm..ma..aa...aahh...
Inila cookies favourite Nurhan tu. Masa mula-mula nak bagi tu sue cakap kat mak bagi suku jer sebab nak ajar dia makan kanji. Tapi tak cukup uols.... Nurhan nangis so, mak sue kena bancuh lagi separuh roti tu. Sekarang dah makan sebiji tu pun nak lagi.
Ini lagi satu cookies yang sue bagi Nurhan mamam. Biskut beras of course sebab Nurhan tak berapa nak lalu makan kanji. Hihihi.. Roti ni kawan sue suggest. Bila makan baby takla comot macam makan cookies Milna tu katanya. So, sue pun try and Nurhan looks like fall in love with this cookies and I'm agree this cookies tak secomot masa makan cookies Milna (banyaknyaa mama taip cookies). So, boleh try ye mommy to be bila baby uols dah boleh mamam..
Ini jadual yang sue refer sebelum Nurhan menjangkau 6 bulan lagi untuk pembelajaran dan pemahaman. Kunon excited and I'm truly excited! Setiap ari cuti mesti semangat Red Indians mai.. Hahaha Nak masak kat Nurhan dan tak lupa juga pada hubby sue.
Macam nila hari-hari bila time makan.. Tok suapkan.. Manja dengan Tok dia Nurhan ni. Wan dia lagila sayang dia. Sampai nyamuk ketik kat Nurhan pun dicari nye nyamuk tuh sampai jumpe! Tak sabar nak tunggu Nurhan boleh berjalan pulak. Bila Nurhan boleh berjalan taklah lenguh tangan sangat nak dukung dia. Stroller pun tak payah bawa dah. Jadi senang bila nak bercuti nak ke overseas keww... Mama ngan babah nak shopping tak pening pala sangat. Hehehe...
Cik musang dah kenyangkan? |
Ramai cakap muka Nurhan iras babah. Ops! kalian tak berbaju.. Mama jer yang berbaju..Huhuhu |
Udah pandai berdiri si comey mama |
Tata... Jumpa lagi di next entry... |
No comments:
Post a Comment