Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Saturday, 14 September 2013

Akhirnya.. Manik baju kurungku cantik!

Assalammualaikum..berseri-seri wajah uolss.. Apa rahsianya?? Aura White kah? Uolls, baru-baru ni rezeki I melimpah ruah! Alhamdulillah.. Dia memang Maha Mendengar, Maha Melihat. Alhamdulillah.. Tiba-tiba je dapat baju kurung 3 pasang free. Baru jer berimpian nak beli baju kurung. Baju kurung yang lama-lama 2 'lamaa' sangat. Hehehe.. Hubby la yang secara tak sengaja terrrselongkar bawah katil rumah mak mertua terrrjumpala dia baju-baju yang tak terusik lagi ni.

Jadi, hubby suruh ciksue try baju-baju tersebut. Kebanyakannya mestilah tak muat. Hehehe..

Ciksue tengok baju kurung ni semua kosong je. Kosonggg..kosong..koOsong..~~~ Dekat rumah ciksue kebetulan ada manik lebih. Jadi, bermulala kreativiti separa kera ni muncul. Maka, yang lama nampak baru.

Dulu jahit manik tak reti, lepas tu tetiba je tangan tu macam ada org pegang " Macam ni Syuhada nak pemati manik kemudian masuk lagi manik kemudian pemati manik tu sampai habis nak jahit manik tu". Owhh, macam ni rupanya. Mungkin Malaikat kot ataupun wali Allah. Eeeeeee.. Terima kasihla Ya Allah kerana menggerakkan naluri saya ni.

So, inilah hasilnya. Saya boh manik tang tangan ja. Kemudian, tabur manik berkilat kat serata baju kurung. Sekian..

p/s : Tak sempat nak upload gambar kahwin dalam blog ke ciksue.. 

Sunday, 30 June 2013

Sweet Honey Cornflakes

Assalammualaikum semua..
Hari Raya tahun nie ciksue digesa buat biskut Cornflakes madu oleh hubby.. Aiyaa..knapa talak bagitau hujung tahun sajaaa laling..

Nasib baik biskut ni senang buat kann.. Ciksue tukar nama biskut ni sikit sebab nama kedai ciksue Syuhaizad Sweet Enterprise. Jadi, ciksue letakkan namanya Biskut Sweet Honey Cornflakes. Ok ke x?! Cakap jujur! Hehehee..

Kepada kawan-kawan ciksue dan hubby yang gila Cornflakes tu nanti raya maila serbu ye.. Kalau sempat ciksue nak buat jual juga biskut ni. Nak letak dalam balang. Nak buat untuk hantaran pun boleh tauU. Letak dalam balang yang comel-comel tu.. Nampak la lain dari yang lain sikit. Ni asyik-asyik coklat je.

Okla, jumpa lagi di lain entry.

Ciksue: 014-2474788 untuk urusan business shj!

p/s: Ya Allah, permudahkan urusan ku minggu depan. Amin..(kenapa tu??)jeng,jengg..

Saturday, 29 June 2013

Jom,HIDUP LUAR BIASA

Assalammualaikum, selamat malam semua.. Its to blog!.hehehe ciksue baru ja balik seminar Hidup Luar Biasa di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya.

Wahh..syukurnya banyak sangt ilmu yang ciksue dapat harinie..

Syukur juga sebab ada partner yang minat meniaga dan baik hati share ilmu. Allah s.w.t makbulkan doa ciksue. Setiap kali lepas solat ciksue selalu berdoa agar dipertemukan, didekatkan dengan orang yang beriman, dikurniakan sahabat yang mulia, orang yang berjaya. Alhamdulillah.. Ciksue jumpa seorang dah.. Seolah-olah dia 'penjaga' yang diutus Allah s.w.t untuk tunjukkan jalan pada ciksue.. Syukur, syukur, syukur..

Macam-macam ragam manusia ada. Ada yang tak ada ilmu langsung, tak ada businesslah dan yang dah hampir dengan targetnya. Seminar kali ini rasa macam sat sangat.. Rasa macam tak puas dengar ilmu dari Dr. Azizan Osman (DAO) tauU..

Part yang paling ciksue naik semangat time nak mula seminar. Lagunye lagu macam dekat disko pun ada! Hahahahahaha.. Ciksue ngan bestpren ciksue suka dengan instruc. yang muka macam Ferhad gitu. Happening! ( memang pening sangt,sbb ngantok) Lepas tu DAO pun keluar dengan semburan apinya.. First time pergi seminar DAO memey kawe t'kejut la kann.. Pergi cantik balik Ugly Betty kau..haha

Okla, hubby pun dok ulang alik ulang alik depan ciksue ni nak ajak tidur dah la tue.. Gambar ciksue tak dapat share bebanyak sebab waktu terhad.. Kalau nak tau suasana macamana daftar sendiri dan,rasai sendiri bagaimana anda dapat mengubah sikap anda nanti.

p/s: Doakan ciksue agar dapat pergi IMP kali ini.. Mudah mudahan Allah permudahkan urusan ku. Amin..

Thursday, 30 May 2013

Penghijrahanku Bermula~~

Assalamualaikum semua...selamat petang..Alhamdulillah syukur, dah selamat majlis akad nikah n kenduri seblah ciksue. Selesai je majlis kahwin ciksue, malam tu prepare barang-barang untuk outstation ke kL.. Kecian mr.jat ye kena tinggal 3 ari.. Hihihi ciksue ada job di kL, rezeki orang baru kahwin. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah Job apa tu?? Steven Job ke?.. Hehe.. Ciksue adalah Assistant Trainer utk kursus usahawan. Doakan saya ye kawan-kawan..

Sempat juga snap gambar dalam bas ( dah lama tak naik bas), pudu raya pun dah berubah sangat-sangat punya lama tak datang Pudu Raya kann.. Bukan lama tak datang kL.. Hahaa

Ciksue daň dila check in Hotel Yija di Jalan Raja Laut. Dekat je dengan Hotel Putry Park. Hotel Yija macam Hotel Tune, tecik!!.. Ciksue ngan Dila besaww.. Hahahahahaha

Sempat juga snap pic dengan peserta kursus. Korang semua memey bestt! Windu pulak kat diorang.. Sunyi je hotel ni.. ( masa tulis entri ni ciksue di Lobby Hotel) tengah tunggu masa nk bertolak ke Putrajaya naik bas balik ke Kulim.

p/s: doktor,kalau ada job lagi jangan lupa calling2 saya =)

Wednesday, 22 May 2013

D.I.Y Cara Pakai Skarf Kepala sambungan....

Assalamualaikum..
Perasan tak tajuk entri kali ni? 'sambungan'.. Sambungan kepada entri Selesai Sudah Debaran Yang Pertama! Ni nak bayar hutang ciksue janji aritu nak buat tutorial cara pakai skarf masa majlis pertunangan ciksue dulu..

Ciksue dapat idea untuk buat skarf kepala bila mak suruh pakai tudung..Hihihi Bukan taknak pakai..Kalau nak pakai better pakai terus. Ni sat pakai sat buang, apa pulak kata orang sekeliling kann. Bila sampai hidayahNya saya akan berhijrah.. Tak lama dah nak hidup.

Skarf kepala ni sebenarnya sejenis selendang yang memang khas untuk dipakai bila ada function yang sesuai dengannya =) First beli blur juga nak buat apa dengan selendang ni? Ciksue pun belek-belek la majalah Pengantin tapi tak ada yang mengikut selera ciksue. Godek pulak you tube, naaa... keluar merapu kauU! Godekla lagi ciksue ni sampai la jumpa sorang kakak mat salleh (bkn nama pak dia) ni buat tutorial untuk Head Scarves. Memang best video-video dia. Macam-macam gaya rambut dia boleh buat taw.. Kalah kau Mak Jemah!.

Ini la video tutorial yang ciksue follow tu : Four Ways To Wear Head Scarves by LuxyHair

Dibawah ni gambar-gambar ciksue bergaya santai dengan skarf kepala masa majlis pertunangan. Kalau nak tambah kerongsang besoO pun sangatlah sesuai. Ciksue tak letak sebab tak sempat nak keluar beli. Sibuk dengan hal di rumah.. Huuu.....




Okay, jumpa lagi di lain entri.. Mudah-mudahan dapat membantu korang yang baru nak bertunang mendapatkan idea untuk lain dari orang lain buat k! Yang dah pakai tudung tu janganlah p galak pulak nak tangge kan tudung tu nak buat skarf kepala ni.. Cepuk kanggg..hehehe

p/s: sekarang dah memacam fesyen tudungkan.. Tapi yang penting nak pakai tudung kena ikhlas kerana Allah Taala.... (^_^)

Tuesday, 21 May 2013

D.I.Y My Big Day! Part 2

Assalammualaikum dan salam 2 Malaysia.. Heheheee... gurau jer.. 1 Malaysia je k.. Ada ke 2 Malaysia?? Pernah dengar Amerika ada Amerika 1 dan Amerika 2? Tak dek kan.. Jadi, sekarang ciksue bukan nak discuss pasal PRU13 yang masih tak berkesudahan lagi tu. Tapi nak share something dengan uollsS.. Hihi

Ciksue reveal sikit gambar prop,bj nikah n gubahan yang ciksue buat sendiri. Yang gambar hantaran banyak-banyak tu kawan ciksue punya..dia kembar bongsu nak kenduri pun sama tarikh dengan ciksue. Aduyaiii... Bukan apa, tapi mestila tak dapat tengok dia bersanding. Nasib baik majlis dia buat malam. Fuhh... Hilang kempunan nak makan nasi minyak. Dahlah banyak kenduri-kendara kawan-kawan ciksue terlepas (maaf ye Ija, Sue  tak hadir majlis korang =( ) demamlah sampai melarat kat mak ayah ciksue.. Cuaca panaih sungguh! Macam dok kat Afrika pulak. but now i'm fresh! Cewahh..speakanggg.. Hahaha Gelak-gelak juga, debaran ni kian terasa kott.. Sambung pasal hantaran ni yang ciksue punya tak siap lagi 4 dulang. Rasa malam ni boleh siap kot..alaa..cucuk-cucuk ja bunga tu jadila. Nak buat apa aihh banyak-banyak bunga ngan prop sana sini bagai kann.. Kita bukan retis k!.. (^_^)  First time dengar mak ciksue puji ciksue taw..Selama ni dia suka dok konnnndem ja hasil kerja ciksue. Lepas siap buat hantaran kawan ciksue tu " Amboi, cantiknya..Pandai adik buat.." Hihihihi..Kembang bermangkuk-mangkuk la ciksue!! Alhamdulillah.. Thanks mom <3 Mudah-mudahan nanti terima tempahan untuk gubahan hantaran pulak.

Masa lama dulu ciksue selak akhbar Berita Harian ternampak SALE IKEA jual black board yang selalu kita nampak kat restoran-restoran dok tulis menu kat black board tu. Memang ciksue lama dah cari.. Kebetulan akak ciksue dok dekat Shah Alam dekat juga dengan IKEA kalau kat Kulim ni mana nak cari IKEA kann..Akhrnya tercapailah hasrat nak memiliki Mala ni (nama black board tu..) Masa wedding nanti ingat nak lekat gambar ciksue n Mr Groom. Lepas tu nak deco cecantik!

2 in 1 Mala IKEA. Akak I beli taw <3 nak jdkan ia sbg prop di majlis I nanti
Baju Akad Nikah I nanti..Jenis buah 'Plum' hihihi
 Baju nikah 'peplum' idamanku akhirnya siap.. Tak sabar nak pakai nanti. Doakanlah semoga majlis akad nikah dan kenduri berjalan dengan lancar.. NerbezZ ni nerbezZ..!
Yayy..Dah boh manik..tinggal sikit jer lagi uolls

 Dah letakkan bunga yang cumel di pinggang..Nanti nak tabur manik pulak. Buat sendiri senang..Ikut citarasa kita nak buat macamana manik tu uolls..
Bunga telur dah siap..Hantaran ni kwn I nya, I punya tak ciap g..
Haa..sarang burung sapa ni??? Ni hantaran I (gedik..dok 'I,I..) tayang sikit je ye..

Ciksue revealkan sikit ja hantaran ciksue. Ciksue guna bunga paper crepe untuk sepkan bajet. Memang sep sangat-sangat. Tak sampai 20rit pun. Ciksue bajet untuk hantaran RM60 sahaja. Memang ngam-ngam RM60. Temanya warna purple untuk sebelah lelaki, jadi hantarannya kenala warna purple. Suka sangatlah abe ciksue dengan warna purple tu.. Okay, jam dah nak dekat pukul 6.00ptg. Nak balik dulu..Jumpa di lain entri.

p/s: Kenduri nanti tak ada pelamin, meja makan beradab jer. Simple but nice to remember (^_^)

Friday, 3 May 2013

Tips Coklat Ganache


Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada anda semua. Semoga anda bersiap sedia untuk menempuh 05 Mei 2013 nanti. Hehehe.. Maaf, saya katakan bahawa saya xdapet nak ngundi Ahad ini sebab nama xde dalam sistem. CisS! Tak apa, bukan cerita pasal PRU13 yang ciksue nak gembar gemburkan pagi ni. Ini tentang coklat ganache. Siap yang tak lalu nak makan coklat memang KESIANn... Ciksue dok godek-godek akak-akak, otai-otai blogger ni dan terjumpa satu blog akak ni PATY'S KITCHEN: HOW TO MAKE CHOCOLATE GANACHE. Hiiiii...apa lagi terus study la macamana nak dapatkan coklat ganache yang terbaik. Cara-caranya rupanya begini:

There are two ways of making the chocolate ganache. One involves melting the chocolate and then blending cream into it. The second technique involves heating the cream to a boil, removing it from the heat source and then blending in the chocolate. With this method, you need to make sure your chocolate has been grated or finely chopped so that the heat from the cream is ample to melt all of the chocolate.
If more chocolate than cream is used, the ganache will be quite thick and fudgy. This thick type of ganache is used to make truffles, which are then usually rolled in cocoa powder or powdered sugar.  If more cream than chocolate is used, the ganache will be on the thinner side. This type of thin ganache is often used to glaze cakes or tortes.  Experiment to find the perfect consistency for each of your desserts.
If a very shiny texture is desired on the ganache, sometimes a small amount of butter or vegetable oil is added to the mixture.

Translation: 

Terdapat dua cara untuk membuat Coklat Ganache. Satu cairkan coklat dan kemudian gabungkan krim ke dalamnya. Teknik yang kedua melibatkan pemanasan krim hingga mendidih dahulu dan kemudian campur ke dalam coklat. Dengan kaedah ini, anda perlu memastikan coklat anda telah diparut atau dicincang halus supaya haba dari krim mencukupi untuk mencairkan semua coklat.
Jika coklat lebih daripada krim yang digunakan, Ganache akan agak tebal dan fudgy. Jenis Ganache tebal ini digunakan untuk membuat truffles, yang kemudian biasanya dilancarkan dalam serbuk koko atau serbuk gula. Jika lebih krim dari coklat digunakan, Ganache akan lebih nipis. Jenis Ganache ini sering digunakan untuk dilapis atas kek atau tortes. Mencuba untuk mencari keselarasan yang sempurna untuk setiap pencuci mulut anda.
Jika tekstur yang sangat berkilat yang diingini pada Ganache, kadang-kadang letakkan sedikit mentega atau minyak sayuran ditambah kepada campuran Ganache.


Haaa...macam itulah gamaknya nak dapatkan Coklat Ganache yang sempurna. Ciksue selalu masukkan krim dulu panaskan ia baru masukkan coklat masakan. Selalunya ciksue buat banyak untuk topping Coklat Cake Moist dan Moist Cheese Moih. Sempat promot lagi tu.

Dibawah ini ialah link blog Paty's Kitchen. Kalau nak tengok video cara buat pun akak Fatimah Jasmin ni letakkan. Silalah kunjungi blog beliau. Terima kasih kepada akak Fatimah Jasmin kongsikan ilmu untuk buat Coklat Ganache. (^_^)
  
http://patyskitchen.blogspot.com/2012/08/how-to-make-chocolate-ganache-and-frost.html

p/s: B2B..2 weeks ajer lagi..Jaga kesihatan ye..



Thursday, 18 April 2013

Cara Nak Buat Reben Untuk Bunga Telur MUDAH!

Assalamualaikum, entry kali ni DIY untuk reben bunga telur paper crepe ciksue buat sendiri. Nak save bajet katakoO..huhuhu tema ciksue buat RedGoldenwarrior gtewww! (ahhaa...nak melalut dah la tuh..) emas merah orang Melayu kita kata. Jadi, reben ciksue pilih yang paling halus. 1 roll tu RM1. Banyak jugala reben ciksue dapat. Di Kulim nin ada banyak kedai jual reben, kebanyakkannya Cina. Kena pandai carila, ada kedai yang jual mahal 20sen ada yang murah 20sen. Selalu Ciksue p kat Taman Selasih tu ja.. Sebab dekat dengan kedai jual bahan mentah buat kek/biskut. Alang-alang nak beli Butter, singgah sat kat YUYA. Alang-alang p YUYA singgah sat APPLE. Hehehe..
            Oklah, taknak jual mahal..Meh usha reben RedGoldenworrior ciksue..Ikut je step yang ciksue bagi. Tak paham tanya! Satg sesat p Danok plak!!.

 Cara-caranya:

1. Potong reben dengan gunting (Pisau namau! Nanti t'tikam orang sebelah k..) ukurannya 28cm @ 30cm terpulang ye..Ciksue buat 30cm.
2. Dah potong reben tu, ambil 2warna pilihan hati gabungkan rapatkan silaturrahim antara mereka. Bagi sama elok-elok ye.
3. Kemudian, silang macam kat dalam gambar tu. Kedudukan jari jemari anda pun kena sama macam yang kat dalam gambar tu. Kalau tidak tak jadik reben tu nanti..Hehehe gurau je.Semasa nak buat silang tu makesue reben sebelah kanan @ kiri panjang sebelah ye. Sebab kita nak dapat lekukan yang kedua nanti.
4. Tolak sebelah kanan ke arah jam 10 bagi serong sikit. Nampak tak dah jadi lekuk yang cumel???? Apa??TakK? LanTakK engkau..haha..Mesti dapat punyalah..
5. Pusing yang berlekuk tu ke kiri. Sekarang reben yang paling atas pendek dan yang panjang dibawahkan. Pusingkan ia bagi yang panjang dibahagian atas.
6. Bawa reben yang panjang tu ke kiri, bagi berlekuk macam yang first tadi. Jadi dah nampak bentuk reben bukan?
7. Ambil dawai halus no.30 atau no.26, no.20 pun bolehh.. Center to Center. Lilit agak-agak kejap (bukan sebentar ye) lebih kurang 2x pusing je. Dawai bagi lebih sikit untuk kita lilit di lidi nanti.

Kalau jadi macam ni salah. Please try again, NOW!

Tadaa...Yang dah siap RedGoldenwarrior tami (^_^)

Alhamdulillah...Dah siap pun 2roll x 2roll reben ni. Ada lagi 1roll x 1roll lagi di rumah, malam ni nak siapkan. Nerbous! Makin hari makin suntuk..Memacam tak siap lagi nieh. Si Berusaha Keras! ChaiyokK!

p/s: Thanks to Pn Rohana for capture my both hand..hiiiiiii

Tuesday, 2 April 2013

D.I.Y For My Big Day STARTED!!! Part 1

Knock! Knock! Knock!
Assalammualaikum, ada orang tak dak orang nak masuk juga..! Uih, bersawang sungguh 'rumah' ni.. Okehlah, ciksue nak share DIY balang comey ciksue ni je sebenarnya..

Tadaaa....ok ke x??
Yang balang2 comey ni untuk VVIP dan VIP (laaa sangatt..) je..untuk panggilan yang selebihnya kami bagi kotak dalam tu boh biskut/kuih. Aipppp!! bukan kotak besar wana cekelat tuh.. Ni yang cun munyala..hahaha Bunga telur pun ciksue DIY sendiri juga. Ciksue buat Bunga Telur Paper Crepe yang ciksue telah jatuh cinta dengan kesep bajetkannya.. Mudah dan senang! Nanti Ciksue update dalam blog k.. Tag 'Thank You' tu ciksue lupa ciksue amik kat blog sapa. By the way, thank you very much! Because its beautiful... Tak sia-sia bersengkang mata menggoogle nak cari tag yang cantik-cantik..
Tag tu nak buat lain..Beso gedabak plak akak I kata. Aiyaa..

p/s: Hmmmm..selendang yang buat turban sekerat tu pun tak update2 lagi dalam blog

Thursday, 14 March 2013

Tips Didapur Bersama Ciksue

Assalammualaikum, hari ini ciksue nak share beberapa tips antaranya bagaimana nak memilih ikan bilis yang elok dan cara mengelakkan rasa pedih ketika menumis sambal. Tips nak mengelakkan pedih ketika menumis sambal tersebut ciksue dapat dari Majalah Wanita yang latest. Resipi bln nie pun agak menarik..hehee Nanti ciksue dah try boleh kongsi dengan sekalian semua. Okay, berbalik kepada tips yang ciksue nak kongsikan:-

Pastikan ikan bilis patah macam tu. Baru rangup, beb!!
1.  Memilih Ikan Bilis Mentah

Semasa membeli ikan bilis pastikan ikan bilis tersebut masih dalam keadaan baik. Maksudnya bukan stok tahun lepas. Haaaa.... Ada ke?? Tak pastilah ciksue kann.. Apa-apa pun kalau ikan bilis tersebut senang dipatahkan dan tidak liat maknanya ianya masih elok. Yang pasti bila kita goreng atau buat sambal tumis nak makan dengan nasi lemak rasa rangupnya masih wujud. Tudiaaa..! TAPI.!!! Semasa beli ikan bilis mentah di kedai runcit janganla kome semua patah-patahkan kesemua ikan bilis tuh.. Jenuhhhh... ''Sapa ajar U??" tanya toke kedai. "Saya tengok kat blog Syuhada Said Hello!". Biasanya ikan bilis mentah yang dijual kita pasti boleh agak elok atau tidak. Setengah orang tak kisah, cekau dengan tangan bagi dekat peniaga suruh timbang. "Brapa toke?" "Dua linggit". Balik rumah baru pilih yang mana elok dan tak elok. Ciksue tengok style mak ciksue, mak simpan dalam peti ais bawah (peti ais kami pesyen lama). Bila nak guna mak buka plastik yang diikat kejap tu ambil banyak mana yang nak diguna dan mulalah mak menggunakan tangan sakti dia tu pegang-pegang ikan bilis dan kepak di bahagian tengah ikan bilis. " Em, senang dia patah..elok lagi walau 2 minggu dalam plastik" huhuhu....

2. Elak Rasa Pedih Semasa Menumis Sambal

Ciksue beli majalah Wanita edisi Mac 2013 kelmarin nak baca kisah Dr. Azizan Osman sebenarnya. Sambil dok baca terpandang ruangan tips dapur. Yang menarik perhatian ciksue mestilah cara nak elak kita rasa pedih akibat cili yang kita tumis. Sebelum ni kalau ciksue tumis sambal mesti satu rumah berasap dan pakat lawan batuk. Nak bernafas pun rasa pedih tekak. Jadi, semasa kita memanaskan minyak masukkan secamca gula kemudian barulah masukkan sambal. Wah, macam tu rupanya. Insya'allah kita tak batuk dan rasa pedih lagi.

SELAMAT MENCUBA! (^_^)

p/s: Kalau potong bawang merah nak kurangkan pedih mata pula kunyah chewing gum atau buat-buat kunyah something. Rasa nak 'menangis' tu kuranglah sikit..
 


Friday, 1 March 2013

AYAM GORENG BEREMPAH STYLE CIKSUE

Halu,halu,haluuuu...kopi ka miluuu..hehehe
Harini ciksue kongsi resepi Ayam Goreng Berempah style ciksue buat semalam. Mudah dan cepat. Bahan-bahannya pun tak banyak yang diperlukan. Basic sahaja bahannya. Okay, taknak berceloteh banyak harini.. resepinya ada di bawah..Tadaaa



Bahan-bahan:

200g ayam (dipotong kecil)
1 pcs daging burger ayam (optional)
Sebiji bawang merah (dipotong)
Sebiji limau nipis
2sk lada hitam
Sedikit garam
1sk serbuk perencah (ciksue guna perencah Hilal)
1sdb serbuk daging (ciksue guna serbuk BABAS)
1sk serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Letak ayam yang dah dipotong kecik-kecil dalam bekas. Begitu juga dengan daging burger ayam, potong kecil-kecil. Daging burger ayam tu tak letakkan pun tak apa, ikut selera masing-masing.
2. Masukkan garam,lada,serbuk perencah,serbuk daging,serbuk kunyit dan perahan limau nipis.
3. Gaul sebati. Biarkan didalam bekas tersebut tutup dengan tudung atau kertas aluminium supaya bahan-bahan tadi dapat diserap dengan elok selama beberapa minit.
4. Sediakan kuali dan masukkan minyak. Anggaran minyak macam nak goreng lauk.
5. Bila dah minyak dah panas masukkan hirisan bawang merah. Goreng hingga keperangan kaut dan letak asing.
6. Ambil ayam yang diperap tadi, goreng hingga garing dan betul-betul masak.
7. Bila dah agak nk masak dah ayam tadi masukkan kembali bawang merah yang digoreng tadi. Tujuannya untuk mewangi dan memaniskan gorengan ayam tadi.
8. Kaut ayam masuk dalm pinggan nk boh dalam besen mandi pun takpa tak kisah..hahaha bolehla hias dengan daun sup (bahasa orang kampung).

*Ayam goreng berempah boleh dimakan dengan Nasi Beriani, Nasi Tomato dan macam-macam jenis nasi goreng. Nak makan saja pun boleh cicah dengan mayonis/sos cili.

SELAMAT MENCUBA!!


Ayam Goreng Berempah saya (^_^)





Tuesday, 26 February 2013

Nasi Sayur Campur Bersama Homemade Burger

Assalammualaikum, kepada akak Pn. Salina yang tengah baca entri ciksue ni jangan jealous..Homemade Burger by adiknda mu..hihihihi
Ciksue sebenarnya puasa kelmarin. Jadi, bila tengah dok posa ni mulala mulut ni dok cupcapcupcap memacam kan... Ciksue pun tergooglelah macamana cara nak buat daging burger tu sendiri. Mulanya saja-saja jer konon standby untuk buka restoran satu hari nanti..hahaa berangan! Mungkin akan jadi kenyataan.. Tengah dok robek sana robek sini automatik je " Balik satg nak makan burgerlah!" aisehhh...macamana nak diet nieh!!. Dah suruh mak buat sayur campur goreng dah. Balik je keja lepas hantar partner ke rumah dia terus ciksue memecut laju ke Pasaraya Poh Lye nak beli barang buat burger.
1. Mayonis
2. Roti burger
3. Daging/Ayam burger Ramly
4. Maggi Cintan Oops!
5. Roti Gardenia Oops!
6. Susu Omega Oops!

# Beli siap-siap bulan depan stok yang dok Oops! Oops! tuh tak payah beli dahh..apalaaa...heishh....

Sampai ja di rumah rupanya mak ciksue tak buat lagi sayur goreng campur untuk ciksue buka puasa. Tapi sayur dah siap diperisi kata koo.. Okay, tak pe mak..adik buat sendiri..
Dengan tak mandi petang ciksue sediakan barang-barang untuk menggoreng sayur campur tersebut:-

Bahan-bahannya:
(seorang makan)

Nasi sesenduk
2 senduk air
1 senduk Minyak
1biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
Sedikit Cabai Merah
2 keping Fish Cake
3 inci Lobak Merah
Semangkuk kecil Kobis
Semangkuk kecil Kacang peas
Garam
Gula 
1sb kicap manis/masin
1sk Serbuk Kunyit
1sk Serbuk jintan
1sk udang kering

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah. Bila dah nampak nak keperangan masukkan bawang putih. Amik bau dulu..aaaa..
2. Masukkan Fish Cake. Gaulkan bagi garing cikit.
3. Masukkan garam, gula, serbuk jintan, udang kering, kunyit dan gula. Gaul bagi rata. Ketuk kuali sekali dua. Heheee..
4. Masukkan air sedikit. Jangan banyak! Cukup! Dah..Dahh! Kita tak moo air bertakung nanti tak sedap.
5. Lepas tu, masukkan sayur-sayur tadi bersama cabai merah.
6. Goreng sampai sayur sebati ye. Bagi betul-betul masak kalau tak kena berleter dengan mak kamu! (^_^)
7. Masukkan ke dalam pinggan. Curah nasi diatas sayur. Dah siaap..Tak perlu letak perencah biarkan ia asli ajer..

Ciksue suka sayur campur goreng yang simple jer. Sihat pun sihat. Baiklah, seterusnya ciksue nak kongsi resepi Homemade Burger. Biasa je resepi nie nak cuba bolehlah. Tapi rasanya idea kamu lebih better kot! Hihihi..


Bahan-bahannya:

3 keping Roti Burger (dipotong dua)
3 keping Burger Daging pakcik Ramly
2 biji Telur (pukul sampai berbuih)
Sedikit mentega untuk sapu diroti
1/2 biji Bawang Merah (cincang jangan halus sangat)
2 inci Lobak Merah (cincang jangan halus sangat)
Sedikit sayur Kobis (cincang jangan halus sangat)
2 1/2sk Lada Hitam/Putih
2 paket kecik Mayonis (optional nak boh banyak mana)
Sok Cili
1sk Serbuk Jintan
1/2 biji Perahan limau

Cara-caranya:

1. Untuk buat burger semua tahu nak buat macamana..ye dakk.. Masak daging burger dalam kuali dulu baru masak roti. Supaya jus dari minyak daging burger diserap kedalam roti. Tapi buang dulu lebihan minyak yang dikeluarkan oleh daging burger tu.. Guna hanya yang sisa kat kuali tu jer.. Tak elok untuk kesihatan uolls!
2. Part penting! Nak buat ala-ala coleslaw gitew! First, bahan yang dah dicincang masuk kedalam bekas kecik.
3. Masuk mayonis.
4. Lada Hitam/Putih gaul bersama-sama bagi rata.
5. Masukkan serbuk jintan.
6. Perah limau dalam bekas tu. Gaul. Siap.
Roti dah siap daging burger dah siap. Telur???

7. Bahagikan telur kepada dua sebabnya nak buat untuk 2 biji jer. Mak tak mau telur.
8. Tuang telur dalam bentuk bulat. Kalau kau kreatif sangat bolehla buat bentuk LOVE ke PETAK ke..kann.. Nipiskan telur tu, api jangan kuat sangat nanti hangit pulak. 
9. Ambil daging burger yang dh masak tadi letak atas telur yang tengah dok masak ni. Tutupkan daging dengan lebihan telur. Sebelum tu, letakkan sedikit mayonis dalam tu.
10. Hiaslah burger dengan coleslaw mudah, sos, daging burger tadi.. Jadilah Burger Daging Special. Tak payah ciksue menunggu kat gerai burger lelama.. 

SELAMAT MENCUBA!

Ciksue tak buat  daging burger sendiri lagi sebab tak cukup bahan. Next entri okay!.
Apa??? Gelas ayaq wana coklat?? Oh, Milo tu..yang tu buatlah sendiri takkan kena bagi resipi cara nak buat..komeeee.... Melalut!!. Yang kotak tisu belakang tu taknak tanya ke nak buat macamana..hahaha gurau ajer.. Jumpa lagi di entri akan datang. Semoga hari-hari anda berlalu dengan cerianye.. =)))