Majlis Akad Nikah
25 Mei 2013
Pejam celik susah senang sudah 3 tahun menjadi isteri kepada Rohaizad Bin Ismail, hampir sedekad berkenalan tahun 2013 sah bergelar isteri kepada beliau my FIRST LOVE!. Start bercintan cintun dengan hubby masa Sue umur 14 tahun uols!! Hikhikhik.. Gatai adik Salina nih.. Hubby masa tu masih berhingus jugak baru 16 tahun hahahaa.. Orang kata kanak-kanak ribena. Sat bercinta sat putus sat sambung balik cinta pastu putus pulak sambung balik bercinta kaawinnnnnn teruihla senang. Dah jodoh tak ke mana. Bercinta la dengan orang lain tetap rasa tak sama dengan yang first love. Asyik teringat kat si dia dan selalu compare ex bf dan bf baru. Huhuhu.. At last continue balik dengan ex bf, kawin anak nak masuk dua dah tahun ni. Alhamdulillah....
Syuhaizad Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce |
Tengah-tengah sarat ni pun gigih kat dapur buat Chicken Chop Mushroom Black Pepper Sauce uols.. Nak amik hati suami mestila dengan air tangan kitakan.. Baru dpa rasa dihargai. Hat ni semalam punya cerita.. Ingat nak celebrate awal seharila tapi hubby tak mau tak gempak katanya. Pandaila dia.. Buat hakak yang memboyot ni terberanak malam tu tak makanla kek dengan spaghetti anniversary. Huhuhu.. I'm happy momma 38 weeks y'all.! ( adeh..sakit gilarrr tulang pinggul eden rasa macam orang dok toreh-toreh taw dak..kawan-kawan hat mana xpenah rasa nanti hangpa rasa na.. jangan dok sronok sangat bila dah tau kata mengandung..hehee u will know what I means dear <3 )
Dalam dok tahan sakit lenguh badan siap jugak Cheese Baked Spaghetti Bolognese . Abang Sue dari Selayang dah nak balik Selayang dengan anak menakan kak ipar, jadi rezeki dpa la.. Sue tapau kan untuk dpa dua buat makan kat perhentian. Kek Anniversary tidak nak buat sendiri ( aku kalau boleh semuanya nak DIY taw dak ) nak buat kek Chocolate Moist Ganache tapi tak sempat jadi beli jela kat kedai kek Rashidah Taman Selasih. Suka kek dia tak manis sangat dan tak tawar sangat. Masa Birthday Captain Nurhan dulu beli kat kedai kek Cekta area Bank Islam nu, tapi tak boleh in la.. Manis Ya Rabbi..! Kalau yang layan manis tu mungkin sukala..
Tak snap pun pic kami bertiga, sebab anak dengan babah tak berbaju satu hal.. Mamanya pulak dahla tak mandi dari balik kerja tadi dengan baju lencun peluh. So, kenangan anniversary yang ke 3 tahun ni gambar makanan jerla. Hehehee.. Dok berdoa agar baby keluar 25 Mei ni tak juga mahu keluarnya lagi. Huhuhu.. Baby.. Mama tak larat la malam tidur pun asyik mengeluh sengal tulang paha sakit pinggang. Mengiring kiri salah mengiring kanan salah. Ngantok punya pasal tertidur jugak.
Hmmmm... Perasan tak dah 2 hari makan western. Apakah?? Hehehe.. Suka tengok Captain Nurhan makan spaghetti. Ooo..anak mama suka makan western ye. Okla, makanla juga dia sebab hari ni Tok Noriah cakap dia tak mau makan nasi. Hubby pulak asyik tanya spaghetti nak bagi sapa lagi? Mungkin dia tengok banyak bekas sangat kot. Takkan nak paksa awak makan semua spaghetti tu..... Ishhhh.. Lega buka peti ais tengok stok makanan dah kurang sikit. Yelah, nanti pantang 44 hari mana boleh makan ayam, hot dog bagai. Hari seterusnya nak pencen sat dari masuk dapur. Hubby beli jerla makan kat luar ye. Dah rasa macam nak dekat dah nih.. Due 4 Jun ni kot..lagi berapa hari je.
Kepada suamiku Rohaizad Bin Ismail..
Doakanlah mama mudah bersalin, anak sihat cergas, mama pun sihat sepanjang berpantang dan lepas pantang. Dah minta maaf dahkan pagi hari anniversary tu.. Tapi, nak minta maaf lagi sebab selalu cakap macam nak marah-marah..Hmmmm Bukan niat pun, condition badan and mental dah makin lemah sebab makin hari makin sakit cayang.. Minta maaf ye.. Pastu tolong ajar Nurhan alif ba ta ye sebab tengok dia suka sangat ikut apa yang abah dia buat huhuhu... Nanti time mama pantang tolong jaga rumah and Nurhan elok-elok k. Abah seorang sahabat, suami dan ayah yang hebat dan penyayang mama sayang abah sangat-sangat dan terima kasih untuk segala-galanya. Selebihnya, rahsia hanya mama dan Allah Taala sahaja yang tahu betapa mama hargai pengorbanan Rohaizad Bin Ismail. Tak ada hadiah tak pe.. Hadiahnya dah ada dalam perut ni..Selamanya.. Always.. Love u till Jannah.. My First Love..
Semoga kekal till jannah amin
ReplyDeleteAmin..terima kasih ya sahabat <3
DeleteSemoga kekal till jannah amin
ReplyDelete