Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Tuesday, 17 May 2016

Pengalaman Hamil : Checkup 37 minggu

NOT FOR POST DATE!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Haa..nampak dak 'NOT FOR POST DATE' tu.. Iols tak boleh lebih dari due date 04.06.2016 tauU. Gara-gara terkantoi air gula yang kali kedua tu mungkin yang lain tak ada masalah. Tekanan darah, urine, HB semua ok jer.

Kemungkinan 02.06.2016 Sue akan serah diri di Hospital Kulim if tak bersalin lagi. Sebab 04.06.2016 jatuh hari Sabtu. Hospital tak terima kes hari Jumaat dan Sabtu sebab ofis cuti. Kalau emergancy takpala, ni saja-saja nak p masuk wad tak bolehla. Oleh itu hari Khamis 02.06.2016 silalah mai kat wad 9 ye dik..Huhuhu

Checkup 16 Mei 2016
Temujanji pukul 10 pagi sampai Klinik Desa Air Merah pukul 10.30 pagi sebab Captain Nurhan tak ada sapa nak jaga Tok ngan Wan p Tabung Haji jap. Tapi kalau datang awal pun bukan sharp pukul 10 dapat jumpa nurse. Kena tunggu juga giliran dipanggil. Sesampai jer di KD terus amik cup (nak kencing dalam cup tuh hihi macam biadap plak ayat) masuk bilik air untuk check urine kemudian timbang berat badan. MAKKK!! turun?? Yeke?? Macam tak caya turun 400gm. Huhuhu.. Semalam iols makan beratla jugak makan kek birthday I lerrr.. Tapi 1 slice jer. Happy je rasa berat turun kikiki. Duduk termenung sat sementara tunggu nama dipanggil. Dalam 15minit ke 20minit JM Hazlida pun panggil.'' Syuhada deh, check air kencing '' pekat loghat ketimuran dia. Harini tengok Kak Ida macam tak berapa ada mood je. Ok, air kencing tak ada masalah. Duduk dalam bilik dia, dia bagitau leher dia sakit tidur silap bantal agaknya. Ooo..patutla nampak macam ada something wrong somewhere. Hehehe.. Nak cakap pun rasa sakit..parohhh gi ni! Harini dah 37 minggu 2 hari deh. Dok sat dia suh baring nak check perut, degup jantung baby kuat cantik. Baby siap tendang2 comel lagi masa check jantung dia.
Macam biasa Kak Ida mesti remind kalau turun tanda rasa sakit ke terus je ke hospital jangan tunggu lama-lama. Kali ni kejap sangat checkup around 20minit je sembang. Mungkin dia dok tahan sakit lehiaq dia sama tu buat keja nak cepat sokmo. Lepas checkup terusss datang keja.

Dah 37 minggu, still mild je bila rasa sakit dan tak ada turun tanda. Dua biras Sue dah selamat bersalinkan baby boy. Sorang caesar sorang normal tak kena jahit. Yang tak kena jahit tu bersalin kali yang ke-3. Sue pulak dok menunggu hari bila baby nak keluar kakak Nurhan tak sabar nak main dengan baby nih.

Semoga Allah mempermudahkan urusan persalinanku yang kedua ini. Amin..

No comments:

Post a Comment