Sebelum hamil yang kedua ni memang dah pasang niat awal-awal nak fully BF dan kurangkan trauma episiotomi (kalau boleh taknak dijahit). Jadi, diawal trimester pertama Sue amalkan minum VCO satu sudu besar (sudu plastik) setiap pagi sebelum ambil sarapan. Mula-mula minum tu memang rasa payau nak terkeluar balik. Yelah, alahan pening loya masa first trimester sangatlah terasa. Masa mengandungkan Nurhan dulu tak macam ni. Tapi Sue taklah sampai muntah-muntah just peninggg..looyaaaa..je. Bila dah dua tiga hari amalkan bolehla layan VCO walau rasa macam nak wekk. Hehehe Kalau kita dah biasa makan benda pahit ni bagi jelah makan apa pun tekak mesti boleh terima punya. Kecuali yang haram tak ambilla nok!
1. VCO D'aura
Tangan gebus sapa nih haa?! Dia pun nak nyibuk jugak..haippp |
VCO yang Sue ambil brand D'aura |
2. Qaseh Gold Adinda
google jer gambar |
So, kedua-dua masalah tersebut berjaya diselesaikan dengan jayanya hasil dari produk ni. Cewahhh! Semuanya dengan izin Allah Taala.
No more keputihan untuk yang kedua nih. Tekanan darah cantik, HB terlampaula cantik (paling tinggi 14.5 g/dl), tak ada masalah gigi, rambut kurang sangat gugur, alahan hilang. Sampaikan ada sorang Nurse nih (masa check gigi kandungan 28minggu) tegur dia kata HB cantik sangat makan apa? Nurse tu pun tengah pregnant agaknya sebab uniform dia lain sikit. So, Sue bagitaw yang Sue makan ubat klinik bagi dan ambil Qaseh Gold Adinda. Hmmm.. Agaknya dia ada problem dengan HB kot. Nak beli jugakla tuh Qaseh Gold..
Yang bestnya Qaseh Gold Adinda ada siap Delima, Kurma bla..bla..bla.. Baca sendirila kat bawah nih. Mak B malas nak taip.
google jer gambar |
Sue beli Qaseh Gold Adinda ni melalui biras Sue, bosnya jadi ejen jualan produk Qaseh. Setiap beli mesti dapat free gift. Besttt.. Tapi sejak biras Sue dah bersalin 28 April yang lalu makaku terpaksa beli je lah di kedai jamu. Harga Sue beli dekat bos biras Sue RM78. Alaaa.. Lupala no contact akak tu. Nantila Sue review lain.
3. Lotion Strech Marks
Palmer's Massage Lotion For Strech Marks ni hadiah dari kakakku Junaida Ahmad masa berpantangkan Captain Nurhan. Tapi sekarang baru pakai uols. Nanti lepas bersalin baru taw strech marks teruk ke tak. Masa nih tengok perut still putih berseri cuma nampak sikit je urat-urat kat perut warna cerah. Huihhh janganla kome gelap ye! Jenuh nak tonyoh bagi hilang.
Sue pakai setiap kali lepas mandi tanpa gagal. Maklumlah dapat free.. Jadi kita gunakan dia uli-uli kat perut tu. Baunya pun sedap bau koko.. dalam ingredients dia pun ada cocoa butter kan opcozla bau koko. Apalahhh.. Best pakai lotion ni dia tak melekit. Sekali pump je setiap kali selepas mandi then massage di bahagian pinggang and perut. Baby pun mesti suka mama dok gosok2 perutkan.
Harga tak tahu sebab dapat hadiahkan. Rasanya di Watsons or Guardians ada jual lotion nih. P dapatkan sekarang!
5. Ubat Klinik Kerajaan
google jer gambar |
- Vitamin C
- Folic Acid
- B Complex
- Iron Tablets
Dapat je ubat ni esoknya terus makan tanpa gagal. Cuma B Complex ja tak makan langsung sebab nak kawal berat badan. Masa kat Captain Nurhan dulu Sue obes. Akhir sekali timbang berat badan cecah 100kg! Masa mula2 dulu kan tak berapa tahu sangat tak banyak ilmu. Kali ni mang pantang and kawal pemakanan. Supaya tak menyusahkan kandungan dan diri sendiri. Doktor pun cakap tak perlu amik kerap B complex sebab badan Sue jenis cepat naik.
Ini sahajalah yang Sue amalkan sepanjang pregnant anak kedua nih. Kali ni tak makan pun Sengkuang Cina, hubby tak belikan pun..hmmmmmm Sengkuang Cina elok amalkan masa masuk kandungan 7 bulan sampaila bersalin untuk elakkan demam kuning tinggi selepas baby lahir. Sue dah minum VCO dan juga Qaseh Gold harap dapat kebaikan untuk elakkan anak dari jaundis dan juga masalah yang lain. Insya'allah.. Ikhtiar...
Masa kandungan Sue masuk 34minggu Sue baru start buat urutan Perineum guna VCO D'aura. Boleh google apa itu Perineum dan kebaikan mengamalkan urutan Perineum semasa trimester ketiga. Ada mommies dh start buat urutan Perineum semasa kandungan 28 minggu. Setakat ni Sue buat sekali setiap pagi selepas mandi.
Set bersalin pun dah beli.. Pakai hat abang Terlajak Larisss! D'Herbs. Rm199 after less dapat RM190 beli kat Tesco Kulim.
Tengok tu si tangan gebusss tu.. Suka sangat dengan baby |
Okaylah..nak settle kerja kat ofis plak nih. Hari ni still kerja sampai rasa sakit baru start bercuti. Doakan Sue dan baby selamat. Minta maaf kawan2 semua ye.. Halalkan makan minum. Wassalam.
No comments:
Post a Comment