Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Monday, 30 May 2016

Pengalaman Hamil : Checkup 39 minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Genap 39 minggu 2 hari, hari nih.

Isnin, 30 Mei 2016 
Nampak gaya macam tak ada harapan nak keluar bulan Mei baby nih. Nak sama bulan dengan si kakak jugak si kecik nih. Hehehe.. Tadi pagi pergi klinik lengang je. Yang check Sue pun kak Khairul sebab Kak Ida E/L, Kak Ina yang selalu ganti bila kak Ida tak da tak sampai klinik lagi. Legaaa..tidak macam-macam kena soal. Kak Khairul check macam biasa urine, BP dan berat badan pastu check perut and jantung bb. Semua ok! Yang paling best berat badan statik 92kg! Dapat jugak capai target supaya tak lebih berat badan 100kg.. Masa Nurhan last checkup 101kg tau uols.... Naik pitam mak.. So, next pregnancy tak nak lebih 90kg, insya'allah.. Mungkin sebab kelmarin Sue aktif sangat dari pagi sampai ke petang buat kerja rumah tak berhenti. Mai ja malam paham-pahamla tak sedapla tido. Sakit pinggang ngan tulang paha,pinggul punyala perit. Nak bangun pergi toilet malam tu dekat 5 minit termenung. Hehehe..Nak bangun tak da sapa nak tolong angkat. Hubby syok berdengkur sebelah Captain Nurhan. Tak sampai hati nak gerak. Terpaksa jadi SUSTER NGESOT sat.. serramkan?? Pukul 1.30 pagi time tuh. Pukul 4 pagi terjaga lagi sebab tak selesa pinggang dengan pinggul sakit nyut nyut nyut. Pastu nak terkencing lagi.. Bangun pulak pelan-pelan.. Perit woO time hujung-hujung nih.
Masa kak Khairul check perut dia cakap bb dah masuk laluan dah ni tu sebab sakit sangat. BB dok tekan pembuluh darah katanya. Sue pun tak tanya banyak just ia kan jerlah. Kita nak cepat sebab sakit pinggang baring atas katil tu. Kak Khairul ada tanya turun tanda atau sakit perut mengeras ke. Tanda tak da cuma perut kerap mengeras tapi tak sakit, sat je dia sakit pastu hilang. Kalau tak turun tanda tapi sakit makin kerap terus ke hospital kak Khairul kata jangan tunggu tanda turun. Lain orang lain situasi dia katanya lagi. Ada patient dia kot beranak dalam kereta kat Petronas Taman Selasih sebab tak sempat sampai hospital dah rasa nak meneran. Padahal takda turun tanda pun cuma sakit ja. Tak pasal-pasal kena bayar RM100 brapa ntah sebab bersalin di luar hospital. So, pada mommy to be and yang dah ada title mommy tu beringat k.. rasa sakit makin kerap pergi jer terus ke hospital ( kalau duit banyak pergila swasta..) jangan tunggu lama-lama. Sekarang depa caj tau kalau bersalin kat luar hospital. Sambung balik checkup, jantung bb ok. Then, balik rumah jap tengok Captain Nurhan kat rumah mak. Sedap jer dia tido sejuk-sejuk nih. Pukul 12 sampai ofis siap tapau lagi nasi kandar beli kat Hussin. Huhuhu..
Agaknya bilalah bb nak keluar. Kalau boleh taknakla kena induce. Ramai yang kata sakit sangat sebab kena paksa kan. Ada yang kata biasa ja.. Hmmmm.. Psikologi sama kot. Kalau kita set minda kata normal sakit nak bersalin so sakit tak sakit tetap sakit. Huh..tak sabar nak rasa sakit tu. Nak tatap muka bb nih.. Baru-baru ni sayik mimpi turun darah ja tak lama dah kot noh. Mudah-mudahan cepatlah aku bersalin Ya Allah.. Due 4 Jun nih.. Kalau tak bersalin juga sebelum due kena masuk wad pukul 8 pagi. Tapi hari Sabtu tu kan cuti? Apa-apa pihak depa akan col bagitau balik macam mana sama ada admit ward 3 Jun tak pun kalau tak ada sapa-sapa col kena admit ward 4 Jun.

No comments:

Post a Comment