Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Tuesday, 24 May 2016

Pengalaman Hamil : Checkup 38 minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hopefully semuanya baik-baik aja ya.!
Hari ni kandungan Sue dah pun 38 minggu 3 hari. Tapi still cargas uols. Tak ada tanda-tanda nak bersalin sekarang atau esok ( tu semua kuasa Tuhan..mana nak tau tetiba sakit lepas publish entry nih!oh.....). Alangkah bestnye kalau baby keluar 25 Mei 2016, anniversary kami yang ke 3 tahun. Kalau baby keluar 27 Mei 2016 same birthday dengan Tok Noriahnya lah pulak. Bulan Mei nie special sikit.. Birthday Sue 15 Mei, birthday ayah Sue 17 Mei.. Hari Ibu bulan Mei.. Puas celebrate! Heeheee.. Tarikh tak penting pun yang penting baby mama sihat dan jadi anak yang soleh, ok!




22 Mei 2016 : Checkup Perut di rumah
Nurse Ida mai rumah terkejut tergempaq hari Ahad pukul 5 petang. Heran hakak uols.. Sebab dia tak col kata nak datang. Nasiblah petang tu tergerak hati nak singgah rumah mak kejap niat nak amik Pemanggang Happy Call yang beli online tu. Kalau tak mesti mak col suruh datang rumah mesti iols pun kalut.. Even rumah dekat jer dengan rumah mak bukan jauh pun sebenarnya selang 6 bijik rumah ja.. Masuk kali ni 2 kali nurse datang check perut di rumah. Kak Ida tanya ada rasa nak kencing dak? Saya baru lepas buang tadi..Haha So, kak Ida check BP dan perut ja. Baby dah engaged ada kat bawah haa.. Tu yang dok rasa berat semacam kat bawah. Kak Ida kata dia tak ada esok ada kes kat hospital nak sambut baby. Jadi kak Ina yang ganti tempat dia. Halamak.. Kak Ina ni dia strait sikit means dia seorang yang detail dan bertanggungjawab. Tudiaaa.. Kita tengok Sue kena apa esok.

23 Mei 2016 : Checkup Perut & BSP 
Pagi pukul 8 dah sampai KD Air Merah. Macam biasa ambil nombor, timbang berat dan p kencing. Tunggu sat untuk buat BSP. Lega.. 3.9 mmol/l. Dia jangan lebih dari 6 mmol/l kalau tak dakwat merah la uols. Lepas tu letak buku merah dalam bakul tunggu pulak nurse panggil nama. Dok sat Kak Ina panggil.. Amik HB di jari 12.5 g/dl. Kat jari darah macam cair kalau di lengan pekat darah. Air kencing ok, tekanan darah memang tak ada masalah. Berat pulak 92 kg dah. Naik hanya 100gm ja. Naik 100gm ja?? Kak Ina tanya. Dia buat dah bisik hati aku. Oklah tu seminggu dia kata. Huhuhu.. Kak Ina suruh aku baring atas katil. Jalanlah aku macam penguin naik atas katil. Bila dah hujung-hujung ni nak panjat naik atas katil yang tinggi tu haduihaiii rasa macam nak terbeyak pun ada. Masa nak baring pastu nak bangun turun pun masalah juga. Hahaha.. Sengal woO.. Masa Kak Ina check perut katanya baby dah masuk laluan dah ni perut pun dah turun atas rasa kosong katanya. Tengok pulak kakiku ada bengkak sikit kat pergelangan tu dia advise masa tidur tinggikan kaki dengan bantal. Sebenarnya setiap kali jumpa dia memang dia selalu mention dah benda tu. Memandangkan Sue ada kencing manis semasa hamil (kantoi air gula kali kedua tu sebab p minum air manis sebelum amik darah) Kak Ina tanya dah discuss dengan suami nak ambil perancang yang mana. Seeloknya selepas dua tahun baru boleh mengandung lagi supaya antibodi kuat dan masalah kencing manis pun hilang. Katanyalah.. Sue dengan hubby tak pernah discuss pasal ni just cakap-cakap macam tu sebab dah tau hubby tak setuju guna perancang nih. Bukan apa kata Kak Ina, tak mau masa hamil nanti ada masalah kat baby dengan ibu ja. Dalam hati ni dok kata saya nak rancang sendiri ja tapi memang lepas 2 tahun la jarak.. Huhuhu Alhamdulillah BSP cantik! Tak ada langsung dakwat merah.

24 Mei 2016 : Jumpa Doktor BSP
Temujanji pukul 10 pagi, 10.30 iols sampai. Ramainya orang kat KKTS, amik nombor dan tunggu nama dipanggil. Check tekanan darah, timbang berat tunggu nurse mention nak ke mana lepas tu. "P kencing dulu kat makmal 17, jumpa doktor kat bilik 8 lepas tu masuk bilik 6 jumpa nurse". Dah pukul 11.30 masa tu rasa macam nak pitam. Time dok tunggu tu pun Miss Braxton dan mai acah-acah rasa mengeras sakit kat pinggang dan pinggul. Tapi still mild ja. Masa dalam tandas iols memang ambil masa yang lama. Orang mengandungkan..harap maklum. Jumpa doktor India perempuan Dr Vennila. Dia tak cakap banyak..just tanya "U control dietkan?" tu ja dia tanya. Then, she said "ok". Tunggu pulak nombor dipanggil nak masuk bilik 6 jumpa nurse. Hakak Rohaya rupanya. Kak Ya tergelak besar tengok buku merah aku. Pelik..dah kenapa? Rupanya Sue kena buat BSP lagik 3 Jun 2016 sehari sebelum due date.......haiya.. Hari tu Dr Mariam kata yang kelmarin last BSP pastu tak payah buat dah sebab dah nak bersalin. Hmmmm.. Nilah jadi bila ada banyak tangan buat keja. Kak Ya cakap kalau dah bersalin tak payah maila. Sue admit ward 4 Jun 2016 pukul 8 pagi, Hospital Kulim. Last checkup 30 Mei nih.. Kak Ya check sekali carta gerak anak dan cop pengesahan. Penting katanya untuk tahu gerakan anak cukup ke tak 10 kali. Ok, boleh balik. Penat sehh..penat menunggu. Captain pulak tak berapa sihat dia macam nak demam tapi tak jadi.Hehehe.. Dah 3 malam dok merengek. Sakit gigi katanya. Ingat nak balik ambil dia pergi klinik tapi mak cakap badan dia sejuk tak ada hingus plus aktif macam biasa. Tak jadi ambil Captain Nurhan terus beli nasi lauk datang ofis.

Bengkak kat pergelangan kaki dah surut sikit

Mak B boOlat


Tinggal lagi berapa hari jer nak habis bulan Mei. Tak sabarnya nak tengok baby dalam perut nih. Baby NR/RB cepatlah keluar ye sebelum due date mama taknak kena induce. Kita bersalin secara naturally ye. Ya Allah, Engkau permudahkanlah persalinanku sihatkanlah tubuh badan anakku.. Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment