Great Momma & Great Wife

Great Momma & Great Wife

Thursday, 23 June 2016

Pengalaman Bersalin : Induce Anak kedua

Selamat menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan juga selamat berpantang pada diri sendiri. Selamat menggantikan posa 30 hari.........huhuu
Hari ni ada masa nak taip entry yang sangat tak sabar Sue nak share dengan kawan-kawan alam maya semua. Pengalaman bersalin kali kedua dengan ilmu urutan perineum, teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi, cara meneran yang betul dan juga pengalaman di induce. Okay, ini kronologinya..:

05 Jun 2016, Ahad
Pukul 5 pagi dah bangun dengan perasaan berdebar atau tak sabar nak serah diri di wad 9. Bercampur baur jugak perasaan masa tu sebab rasa cergas macam tak percaya nak bersalin dah. Tarikh due sepatutnya kelmarin, oleh kerana cuti Yang Dipertuan Agong doktor suruh daftar masuk 5 haribulan.
Dah siap solat, sarapan, masuk beg semua dalam kereta pukul 7.45 pagi hantar Nurhan kat rumah mak. Boleh pulak dia terjaga.. Nangis jerit-jerit nak ikut. Hubby cakap kita bawa jelah dia bukan kacau pun. Sampai di Hospital Besar Kulim kami ke bahagian Kecemasan dulu nak tanya tempat untuk daftar masuk wad. Dah daftar masuk semua deposit RM30 pun dah bagi kami disuruh ke wad 9 dan serahkan buku merah. Staff nurse ramah, senyum jer.. Sejuk hati den. Isi borang, sign tu sign ni, tukar uniform kaler pink gittew jalanla Sue menuju ke katil no.19. Hubby cakap tengah hari nanti dia datang lagi dengan Nurhan. Dahlah beg baju, beg baby, bakul Hubby tak bawa naik. Haduiii.. Buetnye den terrrrbersalin awal haruuuu.. Lepas Sue masuk, ada lagi 2,3 orang baru masuk. Dengar perbualan depa macam satu geng ja dengan Sue nak kena Induce. Hehehe..
Pukul 9 pagi Doktor Kamal datang check, dia tanya ada sakit ke tak dan dia cakap sebentar lagi doktor akan check laluan dulu dan baru masuk ubat. If servik lembut dah opening 2cm or 3cm tak payah kena induce.
Pukul 10 pagi kami yang nak kena induce ni pakat duduk reramai di bangku luar bilik khas yang disediakan untuk buat pemeriksaan. Doktor perempuan alhamdulillah.. Comel.. Bila kena seluk tu tak rasa apa lembut jer.. Katanya baru 1cm servik tebal lagi. So, kena masuk ubat kot bawah. Then, kalau tak ada bukaan atau bukaan br 2cm pukul 4.30 pulak kena masuk ubat. Seriously, lepas masuk ubat dalam sejam dua macam tu dok tercari-cari jugak mana dia perasaan yang orang kata sakit bagai nak gila, nak rak tuh?! Pelik, sangat mild... Jam dah pun pukul 1 petang tak rasa hebat lagi sakit. Jemmm... Harini mesti tak bersalin lagi. Hmmm.. Mungkin nak tunggu masuk bulan Ramadhan kot. Tetiba jer dah start rindu Nurhan. Teringat pesan kakak jangan lupa zikir, doa Nabi Yusuf, istighfar..
Pukul 4.30petang kami beratur lagi tunggu giliran nak kena 'seluk' samada kena masuk ubat lagi atau tak. Time tu sempatla borak-borak tanya kenapa kena induce? Ada yang sebab darah tinggi, yang sorang tu sebab baby twin macam Sue sebab GDM kencing manis. Kali ni Doktor perempuan jugak, tapi rasanya macam kenal la doktor ni. Doktor ni yang kacau laluan Sue masa kat Nurhan duluuuu..Hah???!!!! OMG!!!!!. Sejarah mungkin berulangkah? Masa kat Nurhan dulu sebab bukaan lambat bukak dok 2cm sehari suntuk so dia nak kacau laluan sikit supaya lembut. Pastu sorang patient keluar dari bilik tu katanya sakitttt doktor ni 'seluk'. Tiba giliran Sue, ye.. Doktor (lupala nama dia..tapi muka dia nampak tegas) baca bismillah.. then dia seluk kasar giler mak kau! Anjat bb.. Katanya 2cm.. servik tebal lagi. Then dia cakap nak kacau sikit laluan ye bagi cepat bukak. Dia punya kocak macam rasa nak yakK woOO.. Lama tak feel macam tu. Sue control breathing supaya mudah dikerjakan dia. Huhuhu.. Janji cepat servik bukak.  Adik yang bb twin tu cakap bantal dia sampai terjatuhlah sebab terkejut sangat. Hahahaa.. Sayangnya Sue lupa nama doktor tu. Memang respectla cara dia buat kerja.. teliti.
Hubby datang dengan Nurhan time waktu melawat petang tu dengan beg dan bakul. Nurhan macam biasa je dia happy go lucky. Mak dan ayah dah datang tengah hari tadi bawa makanan macam-macam. Sue ni dahla tak lalu dah nak makan. Tapi makan jugakla untuk tenagakan. Suruh ayah buat air penawar sikit bagi jalan mudah terbuka masa bersalin. Masa petang tu dah rasa sikit kontraksi tiap 5 minit sekali. Masa Hubby nak balik Sue ikut belakang depa dua jalan pelan-pelan sebab dah rasa sakit, mungkin dos tinggi sikit kot dari yang ubat first tadi. Minta maaf lagi sekali dengan Hubby minta dia doakan esok Sue bersalin. Hurmmmm.. Terharu tau.. Bila tengok Nurhan lagi rasa sedih sebab tiap malam Sue yang dodoi dia tidur. Macam manala abah dodoikan Captain mama. Dengan lagu rock mungkin??.............
Malam tu Hubby col tanya macam mana dah rasa sakit ke? Agak bila bb nak keluar?rasa nak makan apa? Nanti nak bersalin dah satg teringin apa-apa tak leh makan dah. Katanya.. Lucu pulak. 44 hari jer cayangggg.. Sue request nasi goreng Pattaya nak order nasi goreng ikan masin kang bb keluar buat muka masin pulak. Lebih kurang pukul 10 malam macam tu Hubby datang. Hubby datang sorang jer Nurhan Paksu dia bawa ronda. Bagitau Hubby dah start rasa sakit dan tak selesa. Rasa macam takmau bagi Hubby balik kalau boleh nak suruh je dia duduk sebelah urut belakang. (ko ingat ni swasta ka hapa?) Check laluan yang seterusnya pukul 11 malam. Berdebar jugak rasa hati dah buka berapa cm agaknya. Bila rasa sakit tu datang automatik tangan ni dok cari benda nak genggam. Sakit dalam 10 ke 15 saat then hilang. 5 minit kemudian datang lagi kontraksi tapi tak rasa heavy lagi still leh tahan lagi sakit nih. Naluri ni asyik dok kata bukaan tak besaq mana. Check, check nah! 2cm nak ke 3cm tu pun bukaan macam mau tak mau. Huuuu...sedih.. Tapi doktor dah tak masukkan ubat. cuma tunggu progress sampai esok pagi pulak. Dalam pala otak ni terlintas czer, czer, czer... Minta simpangla Ya Allah. AKu nak nak bersalin normal..!!!!!!!! Tulah.. Banyak dosa sangat Sue kata kat Hubby bila banyak kali sangat Hubby tanya "agak-agak mama bila mama bersalin?", "Lambatnya ayanggg..Bila nak bersalin?". Jahat betul mulut haku dahla dok tunggu masa nak bersalin. Baru lepas minta maaf dengan Hubby pulak tu. Astaghfirrulahalazim......

06 Jun 2016, Isnin
Pagi pukul 1, tak senang duduk dah. Tadi takpala kakak Sue teman, even dalam perbualan fon rasa kurang sikit sakit. Kami sembang-sembang bila rasa sakit datang control breathing sambil selawat dalam hati. Tapi pagi tu memang keluar air mata rasa sakit sangat kat pinggang tau. Sister veteran yang baju biru tu... Tanya sakit kuat ke? Nak check tak laluan? Sue kata tak payah leh tahan lagi. Kunon nak bagi bukak sampai 5 ke 6 cm. Dia masukkan drip kat tangan Sue. Alahhh..punyala payah nak usung benda alah tu masuk toilet. Masa nak 'yak' leh lupa nak gantung benda alah tu boleh p pegang ja..Hahaa Punya seksa Sue nak buat 'hajat'.. Lepas sejam tak tahan sangat masuk bilik pemeriksaan tu, dia check baru 3cm uols...! Haduihhhhh... Rasa down and stress sangat-sangat bila dengar 3cm. Servik lembut dah katanya. Then, dia cakap dia nak bantu buka laluan lagi besar. Bila rasa kontraksi cuba teran kuat-kuat. Sue buat tapi buat tak sehabis daya sebab takde rasa nak meneran. Kepala bb makin turun dan ada kat hujung jari dia dah. dah opening 4 nak ke 5 cm katanya. Pukul 5 pagi dia akan hantar ke Labour Room. Apalagi teruja la. Dia bagi tips, masa dah 2cm dah rasa kontraksi teran pelan-pelan bagi kepala bb turun. Nanti bukaan akan jadi cepat. Okay, dapat lagi satu ilmu. Kalau dulu masa kat Nurhan, masa 6 ke 7 cm mak bidan yang jaga Sue tu suruh mengiring ke sebelah kiri bengkokkan sikit kedua-dua belah kaki bila rasa nak meneran teran pelan-pelan sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembus sambil meneran.
Pukul 4 pagi lepas kena ubat berak yang sister tu masukkan kot bawah(memang nak terberak dari malam tadi tapi tak terberak..hihi syyyy) punyala lega rasa kosong ja usus. Siap-siap barang nak mandi lepas col Hubby 4,5 kali tak dapat hantar mesej hope dia baca. Lepas mandi col lagi Hubby baru dia jawab. Sue makan apa yang ada untuk tenaga nak push sebab takot dok dalam Labour Room lama.
5.16 pagi.. Col Hubby tanya ada mana. Rupanya Hubby dah sampai hospital. Pukul 5.35 pagi ditolak masuk ke LR. Suruh Hubby isi form untuk masuk dalam dewan bersalin nanti. Masuk dalam satu bilik Sue sorang je. Ada satu katil, lampu besar yang selalu kita tengok dalam drama tv guna time buat pembedahan tu.. ada alat CTG untuk check jantung bb. Macam-macamla dalam bilik tu. Oh ye, masa dalam perjalanan ke LR kan rasa pelik sebab tak rasa kontraksi. Langsung tak sakit! Masa tukar baju (bogel uols) sarung baju yang tak rupa baju kaler biru ang ang siap terbuka kat belakang nampak buntot iols dengan jelasnye ada tali tapi depa kata, ''tak payah ikat diknon nah.." "okay, baring nak pasang ctg.." Lepas tu dia bagi oksigen suruh sedut untuk bagi bb moOre oksigen. Dalam 20 minit macam tu datang sorang akak ni badan besar rendang pakai spek orangnya (tak nampak tag nama dia coz terlindung dengan tudung) dan akak Hanim pakai baju biru. Dia tanya dahaga tak? Nak air? Boleh jugak Sue cakap. Then, dia datang check BP dan tengok keadaan Sue. Nak bantal lagi satu tak? Sue macammmm... arhhh,bleh gak. Jap dia p cari. Lepastu dia datang dengan sebijik bantal limited edition katanya. Hehehe.. Rasa selesa sangat dalam keadaan sakit pinggang macam kena langgar lori, dengan tak selesa perut ni ada akak dua orang ni yang sangat caring kan Sue. Cewahhh! Macam VVIP pulak rasa. Sepanjang dalam LR depa duala dok monitor Sue. Rasa terharu tauU.. Masa doktor perempuan India check laluan terkejut dia kata baru 2cm! Aikk? Takkan kot.. Jantung trus dupdapdupdapdup.. Rupanya closed balik servik. Takpa, Allah ada.. Allah sentiasa ada. Akak cumel rendang tu tanya nak ubat tahan sakit tak dan dia explain dengan detail effect ubat tu cuma rasa ngantuk sahaja kalau lawan rasa ngantuk pala akan jadi pening. So, baik tidur seblom betul-betul sakit nak teran. Kira boleh relax dulula. So, Sue decide ambil la ubat tahan sakit tu. Dia cucuk kat buntut rasa sakit gakla. Kontraksi masa tu 20 minit sekali. Jam atas kepala ja, bila sakit datang tengok jam. Rasanya Sue terlelap dalam 30 minit macam tu sebelum rasa sakit kuat. Tetiba rasa nak terkencing sangat dah masa tu 5 minit sekali rasa sakit kontraksi datang. Tetiba rasa air keluar tak henti, macam paip pecah. Tak perasan pulak bunyi 'pop' macam orang selalu dok cerita bila air ketuban pecah. Sue gtau akak Hanim tu tapi dia kata tak ada apa. Tapi still rasa air keluar lagi rasanya memang sah air ketuban. Lega air ketuban dah pecah harap cepatla bukaan. Teringat tips yang sister tu bagi, jadi Sue teran pelan-pelan bila kontraksi datang. Mulut, hati hanya ingat Allah dan bb.. Teringat Hubby dok tunggu kat luar betapa letih dia dok tunggu lama.. Bb cepatla keluar cepatla sakit ni sakit sangat-sangat kesian kakak dengan abah tunggu lama.
Pukul 11.00 pagi, check laluan tetap 3cm juga. Poor opening doktor cakap. Sedih sangat. Takkan nak kena czer kot?? Mula fikir yang bukan-bukan. Bila rasa kontraksi Sue baca " Summa sabila yas sarohh" maksudnya lebih kurang permudahkanlah jalannya kot kalau tak silap. Dah lupa ayat ke berapa. Ayat ni pun Sue jumpa dalam blog mommies yang share pengalaman depa bersalin. Katanya elok amal masa teran nak push anak keluar. Insyaallah.. satja bb keluar. Sue pun baca ayat tu masa sakit kontraksi dan teran bersungguh, rasa macam kepala bb dok turun. Bila teran tu rasa macam takla sakit sangat daripada dok layan sakit tu datang. Tapi tak berani teran macam teran kat Nurhan dulu. Masa kat Nurhan dah 6cm, Sue punya teran sampai lepas bersalin( dalam pantang ) still rasa sakit macam ada batu nak terkeluar kat punggung. Orang kata belajar dari pengalaman. Jadi, hat kedua ni teran pelan-pelan ja sammmpai kena teran betul baru teran sesungguh hati. Masa teran pelan-pelan tu pun still kena control breathing supaya bb senang turun. Servik jadi lembut tak keras. Sue tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepas perlahan sambil teran.
Pukul 1.00 petang, doktor India lelaki masuk keluar bilik. Haishhh.. takkan kot. Dia check ctg, then dia sembang dengan akak cumel rendang tu. Akak tu bagitau doktor apa masalah aku and dia suruh doktor tu check laluan sebab doktor pakar nak datang tengok keadaan aku pulak japg. Wahh, macam VVIP plak iols nih ada pakar nak melawat. Huhuhu...sedih. Yelah, sampai pakar datang nak tengok kes Sue. Apahal?! Jangan cakap czer sudah.... plak tu first time doktor laki nak check laluan Sue. Adoi, aluuuu... 3cm? Emm..rasa macam 4 nak ke 5cm.. I think its 5cm la. Katanya. Please la doktor, hat mana satu ni.? Akak tu cakap aku poor opening tadi check 3cm tak bergerak dari pagi. Cakap je kat doktor pakar tu 3 cm. Lebih baik takyah suruh doktor tu check kak oii. Muka Sue mang habis buruk dah dok tahan sakit siap meneran sekali. Jantung bb drop dari 80 ke 40! Depa jadi kalut sat. Rasa nak berak sangat dah. Tadi dok teran pelan-pelan tetiba rasa nak teran sesangat dah nih. Sampai nak mengelupur bagai atas katil tu. Mulut ni tak henti-henti zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Muttakabbir, baca La ila ha ila anta subha naka inni kuntum minal dzolimin, baca Summa sabila yas saroh..
1.30 petang, masuk seorang staff nurse tengok nama Shafidah. Dia nak check laluan and suruh buka kaki. Sue cakap dengan suara tersekat-sekat "sat sakit.." Sue angkat kaki pelan-pelan lawan sakit tu. Dia check, " rasa nak teran, teran ja" apa lagi.. Teranla Sue pun. Tetiba, " Dah full opening, full opening" Dia jerit. Dari dia sesorang tetiba jadi raaamai dalam bilik tuh. Dalam hati ni dok kata kalau nak czer czerla.. Tak tahan dah nih. Lagipun nampak kak tu buka macam-macam atas table. Sue dalam pala otak dok bayang alat bedah dah. Hahaha.. Dia suruh teran lagi jangan berhenti. Tahan nafas, curi nafas, teran. Bagusss. Jangan berhenti teran, curi nafas..teran lagi..lagi..lagiii... Jantung bb dah drop teruk katanya. Datang lagi sorang pakai baju biru NSM Latifah namanya. Depa suruh bangun pegang pergelangan kaki tapi Sue tak sampai. Kesudahannya, free style. " awak rasa selesa macam mana awak buat janji boleh teran " Sue cuma pegang paha dan tekan keluar. Punggung rasanya lebih melekat dan tak terangkat. Sambil baca "Summa sabila..." sambil tarik nafas tahan, angkat pala dekat dengan perut Sue terus teran dan teran dan teran sampai habis nafas curi nafas still teran tanpa henti sebab takot sangat doktor cakap "jantung bb drop jantung bb drop cepat keluarkan bb!". Apa depa ingat aku ni Avengers ke hapa?! Dah nampak kepala yang sorang tu cepat-cepat p panggil Hubby. Hubby dah masuk LR terus meluru ke arah Sue. Dia sempat bisikkan kat telinga " Summa sabila yass saroh " teran ayang teran.. Pastu sorang tu entah sapa suruh Hubby berdiri hujung Sue. Hubby nampakla kepala bb. Then, SNM Latifah suruh Hubby support belakang Sue. " Teran ayang sikit ja lagi dah nampak dah kepala bb" 2 hingga 3 kali push baru bb keluar. Doktor pakar tu nampak macam India or mamak masa dok tengah teran dia boleh tampar-tampar paha Sue kunon bagi semangat. Pala hotak betoi..hahahaa dia tekan perut untuk tolak bb keluar. SN Shafidah terpaksa gunting sikit nak bantu bb keluar cepat untuk elak kemungkinan tak elok berlaku kat bb. Alhamdulillah.. Tapi depa boleh tak tunjuk bb kat Sue. " bb??" Tanya Sue kat Hubby. " Ada.. depa bawa keluar dah" Pastu dengar staff tu kata tak tunjuk pun kat mak dia bb apa. Haduiiila.. Hubby depa suruh keluar untuk iqamat bb. Sepanjang kena jahit Sue curi masa untuk berehat. Sekali lagi, macam masa kat Nurhan depa heran Sue tak menguek langsung.. Yang SNM Latifah tu tanya tak sakit ka? Sue cakap rasa sakit tapi saya tak larat. Malas nak layan rasa sakit tu sebab letih sangat Ya Robbi. Yang bersalin normal taula sakit masa dipenghujung tu macam mana. Walau sekejap tapi Masyaallah.. Habis nafas teran. Letih woO.... Macam lari marathon panjang nu.. Sebab tu nak sangat bersalin normal. Indah tau perasaan sakit dan letih tu. Awal bulan Ramadhan lahirla seorang lagi puteri kami. Semoga menjadi anak yang mendengar kata, beriman pada yang satu dan cemerlang dunia akhirat.
07 Jun 2016, Selasa
Discharge.. Pukul 2 petang macam tu dah balik.

Kesimpulannya, sepatutnya Sue tak perlu pun dijahit. Oleh kerana bb melalui saat genting terpaksa digunting jugak sikit. Jahitannya pun kemas, tak rasa benang kasar masa berjalan atau duduk. Tipsnya, breathing. Ambil nafas dan hembus masa kena jahit tu. Jangan fikir sakit, fikir letih aku nak rehat sat. Urutan perineum pun sangat membantu, tak rasa sakit sangat masa teran bb keluar sebab semuanya berlaku dengan pantas sekelip mata. Dari 3cm trus ke 10cm!! Sue pun terkejut. Cepatnya. Sue bajet dalam pukul 4 petang bersalin sebab bukaan very slow. Sebab kena paksa kot. Masa di wad dah 4cm nak ke 5cm tapi bila sampai di LR closed 2cm. Induce?! Bagi Sue sakitnya macam biasa ja. Sakit lagi masa kat Nurhan rasanya. Mungkin Sue banyak bergerak, buat squat, urutan perineum, amal Qaseh Gold Adinda dan D'aura Kelapa Dara jadi kurang rasa sakit. Bukan kurang, tapi mampu tahan rasa sakit tu dengan izin Allah. So, mommies to be atau yang nak bersalin yang kedua yang ketiga banyakkanlah cari ilmu untuk meneran yang betul, berdoa. Even dah pro anak sepuluh ke macam mana pun still kena review balik apa yang perlu dan tak perlu. Oh ye, Sue tak ambil air or minyak selusuh dan tak minum air akar fatimah kali ni tau. The power of DOA.. The power of BREATHING.. insyaallah mudah bersalin.
Harini hari ke-18  berpantang. Alhamdulillah mampu bf bb dan harap sampaila bb 6 bulan atau terus sampai umur 2 tahun. Lepas ni pulun godek ilmu breastfeedingla pulak kita. Sue masa pantang hari ke 10,11 dah drive sendiri kereta pergi klinik.. Huhuhu tau kat akak Salina mau kena bebel! Hiiii.. Mujur jahit sikit tak rasa sakit dan badan pun cergas sebab jaga pantang betul-betul kali ni. Dannnn... Hari ke 16 dah keluar pergi Mydin Mall uols siap singgah Tesco Kulim lagi tengok baju raya. Huhuhu Please.. Jangan kecam iols ye. Mommies jangan tiru saya.. Takot bentan.. Mohon dijauhkan.. Syuhhsyuhhhsyuhhhh...
Sepanjang 3 hari 2 malam di Hospital Besar Kulim caj bayaran hanya RM30 lebih sahaja. Tapi layanan yang Sue dapat sangat baikkk. Semua staff nurse dan doktor baik-baik belaka, senyummm je depa.. Cakap pun nice. Terima kasih sangat pada mereka semua yang banyak membantu sepanjang di hospital. Baiklah, nak rest dulu.. Baby pun tengah tidur lagi. Wassalam..


Baru 'check in' hehehe
 
Bye kakak.. Malam ni mama tido sesorang
Orang nak makan dia pun kaluit nak makan sama
 
AikK?!! Baby satja dah besaq!
Baby Hani ngan mama Sue



Nurhani Rayhanah Rohaizad 060616





Monday, 30 May 2016

Pengalaman Hamil : Checkup 39 minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Genap 39 minggu 2 hari, hari nih.

Isnin, 30 Mei 2016 
Nampak gaya macam tak ada harapan nak keluar bulan Mei baby nih. Nak sama bulan dengan si kakak jugak si kecik nih. Hehehe.. Tadi pagi pergi klinik lengang je. Yang check Sue pun kak Khairul sebab Kak Ida E/L, Kak Ina yang selalu ganti bila kak Ida tak da tak sampai klinik lagi. Legaaa..tidak macam-macam kena soal. Kak Khairul check macam biasa urine, BP dan berat badan pastu check perut and jantung bb. Semua ok! Yang paling best berat badan statik 92kg! Dapat jugak capai target supaya tak lebih berat badan 100kg.. Masa Nurhan last checkup 101kg tau uols.... Naik pitam mak.. So, next pregnancy tak nak lebih 90kg, insya'allah.. Mungkin sebab kelmarin Sue aktif sangat dari pagi sampai ke petang buat kerja rumah tak berhenti. Mai ja malam paham-pahamla tak sedapla tido. Sakit pinggang ngan tulang paha,pinggul punyala perit. Nak bangun pergi toilet malam tu dekat 5 minit termenung. Hehehe..Nak bangun tak da sapa nak tolong angkat. Hubby syok berdengkur sebelah Captain Nurhan. Tak sampai hati nak gerak. Terpaksa jadi SUSTER NGESOT sat.. serramkan?? Pukul 1.30 pagi time tuh. Pukul 4 pagi terjaga lagi sebab tak selesa pinggang dengan pinggul sakit nyut nyut nyut. Pastu nak terkencing lagi.. Bangun pulak pelan-pelan.. Perit woO time hujung-hujung nih.
Masa kak Khairul check perut dia cakap bb dah masuk laluan dah ni tu sebab sakit sangat. BB dok tekan pembuluh darah katanya. Sue pun tak tanya banyak just ia kan jerlah. Kita nak cepat sebab sakit pinggang baring atas katil tu. Kak Khairul ada tanya turun tanda atau sakit perut mengeras ke. Tanda tak da cuma perut kerap mengeras tapi tak sakit, sat je dia sakit pastu hilang. Kalau tak turun tanda tapi sakit makin kerap terus ke hospital kak Khairul kata jangan tunggu tanda turun. Lain orang lain situasi dia katanya lagi. Ada patient dia kot beranak dalam kereta kat Petronas Taman Selasih sebab tak sempat sampai hospital dah rasa nak meneran. Padahal takda turun tanda pun cuma sakit ja. Tak pasal-pasal kena bayar RM100 brapa ntah sebab bersalin di luar hospital. So, pada mommy to be and yang dah ada title mommy tu beringat k.. rasa sakit makin kerap pergi jer terus ke hospital ( kalau duit banyak pergila swasta..) jangan tunggu lama-lama. Sekarang depa caj tau kalau bersalin kat luar hospital. Sambung balik checkup, jantung bb ok. Then, balik rumah jap tengok Captain Nurhan kat rumah mak. Sedap jer dia tido sejuk-sejuk nih. Pukul 12 sampai ofis siap tapau lagi nasi kandar beli kat Hussin. Huhuhu..
Agaknya bilalah bb nak keluar. Kalau boleh taknakla kena induce. Ramai yang kata sakit sangat sebab kena paksa kan. Ada yang kata biasa ja.. Hmmmm.. Psikologi sama kot. Kalau kita set minda kata normal sakit nak bersalin so sakit tak sakit tetap sakit. Huh..tak sabar nak rasa sakit tu. Nak tatap muka bb nih.. Baru-baru ni sayik mimpi turun darah ja tak lama dah kot noh. Mudah-mudahan cepatlah aku bersalin Ya Allah.. Due 4 Jun nih.. Kalau tak bersalin juga sebelum due kena masuk wad pukul 8 pagi. Tapi hari Sabtu tu kan cuti? Apa-apa pihak depa akan col bagitau balik macam mana sama ada admit ward 3 Jun tak pun kalau tak ada sapa-sapa col kena admit ward 4 Jun.

Thursday, 26 May 2016

My First Love : Syuhaizad Anniversary yang ke 3 tahun

Syukur. Alhamdulillah..







Majlis Akad Nikah 
25 Mei 2013

Pejam celik susah senang sudah 3 tahun menjadi isteri kepada Rohaizad Bin Ismail, hampir sedekad berkenalan tahun 2013 sah bergelar isteri kepada beliau my FIRST LOVE!. Start bercintan cintun dengan hubby masa Sue umur 14 tahun uols!! Hikhikhik.. Gatai adik Salina nih.. Hubby masa tu masih berhingus jugak baru 16 tahun hahahaa.. Orang kata kanak-kanak ribena. Sat bercinta sat putus sat sambung balik cinta pastu putus pulak sambung balik bercinta kaawinnnnnn teruihla senang. Dah jodoh tak ke mana. Bercinta la dengan orang lain tetap rasa tak sama dengan yang first love. Asyik teringat kat si dia dan selalu compare ex bf dan bf baru. Huhuhu.. At last continue balik dengan ex bf, kawin anak nak masuk dua dah tahun ni. Alhamdulillah....
Syuhaizad Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce
 Ok, ni nak cerita pasal ulangtahun anniversary plak..
Tengah-tengah sarat ni pun gigih kat dapur buat Chicken Chop Mushroom Black Pepper Sauce uols.. Nak amik hati suami mestila dengan air tangan kitakan.. Baru dpa rasa dihargai. Hat ni semalam punya cerita.. Ingat nak celebrate awal seharila tapi hubby tak mau tak gempak katanya. Pandaila dia.. Buat hakak yang memboyot ni terberanak malam tu tak makanla kek dengan spaghetti anniversary. Huhuhu.. I'm happy momma 38 weeks y'all.! ( adeh..sakit gilarrr tulang pinggul eden rasa macam orang dok toreh-toreh taw dak..kawan-kawan hat mana xpenah rasa nanti hangpa rasa na.. jangan dok sronok sangat bila dah tau kata mengandung..hehee u will know what I means dear <3 )

 Petang balik dari kerja terus balik rumah dulu. Tak tengok Captain Nurhan lagi kat rumah mak sebab nak prepare barang nak buat kuah spaghetti. Lencun baju bersilat kat dapur 30 minit. Kek dan bekas aluminium foil dah beli siap masa time rehat tengah hari tadi jadi taklahku kalut. Ingat nak buat makan-makan nak jemput kawan-kawan hubby and family skali tapi dah sarat ni uols.. uols rasa??? Mestila tak rasa apa-apakan.. Iols je yang taw macam mana rasa bila berdiri lama. Macam kena siat-siat kulit pinggang ni.



Dalam dok tahan sakit lenguh badan siap jugak Cheese Baked Spaghetti Bolognese . Abang Sue dari Selayang dah nak balik Selayang dengan anak menakan kak ipar, jadi rezeki dpa la.. Sue tapau kan untuk dpa dua buat makan kat perhentian. Kek Anniversary tidak nak buat sendiri ( aku kalau boleh semuanya nak DIY taw dak ) nak buat kek Chocolate Moist Ganache tapi tak sempat jadi beli jela kat kedai kek Rashidah Taman Selasih. Suka kek dia tak manis sangat dan tak tawar sangat. Masa Birthday Captain Nurhan dulu beli kat kedai kek Cekta area Bank Islam nu, tapi tak boleh in la.. Manis Ya Rabbi..! Kalau yang layan manis tu mungkin sukala.. 

Tak snap pun pic kami bertiga, sebab anak dengan babah tak berbaju satu hal.. Mamanya pulak dahla tak mandi dari balik kerja tadi dengan baju lencun peluh. So, kenangan anniversary yang ke 3 tahun ni gambar makanan jerla. Hehehee.. Dok berdoa agar baby keluar 25 Mei ni tak juga mahu keluarnya lagi. Huhuhu.. Baby.. Mama tak larat la malam tidur pun asyik mengeluh sengal tulang paha sakit pinggang. Mengiring kiri salah mengiring kanan salah. Ngantok punya pasal tertidur jugak. 

Hmmmm... Perasan tak dah 2 hari makan western. Apakah?? Hehehe.. Suka tengok Captain Nurhan makan spaghetti. Ooo..anak mama suka makan western ye. Okla, makanla juga dia sebab hari ni Tok Noriah cakap dia tak mau makan nasi. Hubby pulak asyik tanya spaghetti nak bagi sapa lagi? Mungkin dia tengok banyak bekas sangat kot. Takkan nak paksa awak makan semua spaghetti tu..... Ishhhh.. Lega buka peti ais tengok stok makanan dah kurang sikit. Yelah, nanti pantang 44 hari mana boleh makan ayam, hot dog bagai. Hari seterusnya nak pencen sat dari masuk dapur. Hubby beli jerla makan kat luar ye. Dah rasa macam nak dekat dah nih.. Due 4 Jun ni kot..lagi berapa hari je.

Kepada suamiku Rohaizad Bin Ismail..
Doakanlah mama mudah bersalin, anak sihat cergas, mama pun sihat sepanjang berpantang dan lepas pantang. Dah minta maaf dahkan pagi hari anniversary tu.. Tapi, nak minta maaf lagi sebab selalu cakap macam nak marah-marah..Hmmmm Bukan niat pun, condition badan and mental dah makin lemah sebab makin hari makin sakit cayang.. Minta maaf ye.. Pastu tolong ajar Nurhan alif ba ta ye sebab tengok dia suka sangat ikut apa yang abah dia buat huhuhu... Nanti time mama pantang tolong jaga rumah and Nurhan elok-elok k. Abah seorang sahabat, suami dan ayah yang hebat dan penyayang mama sayang abah sangat-sangat dan terima kasih untuk segala-galanya. Selebihnya, rahsia hanya mama dan Allah Taala sahaja yang tahu betapa mama hargai pengorbanan Rohaizad Bin Ismail. Tak ada hadiah tak pe.. Hadiahnya dah ada dalam perut ni..Selamanya.. Always.. Love u till Jannah.. My First Love..

 

Tuesday, 24 May 2016

Pengalaman Hamil : Checkup 38 minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hopefully semuanya baik-baik aja ya.!
Hari ni kandungan Sue dah pun 38 minggu 3 hari. Tapi still cargas uols. Tak ada tanda-tanda nak bersalin sekarang atau esok ( tu semua kuasa Tuhan..mana nak tau tetiba sakit lepas publish entry nih!oh.....). Alangkah bestnye kalau baby keluar 25 Mei 2016, anniversary kami yang ke 3 tahun. Kalau baby keluar 27 Mei 2016 same birthday dengan Tok Noriahnya lah pulak. Bulan Mei nie special sikit.. Birthday Sue 15 Mei, birthday ayah Sue 17 Mei.. Hari Ibu bulan Mei.. Puas celebrate! Heeheee.. Tarikh tak penting pun yang penting baby mama sihat dan jadi anak yang soleh, ok!




22 Mei 2016 : Checkup Perut di rumah
Nurse Ida mai rumah terkejut tergempaq hari Ahad pukul 5 petang. Heran hakak uols.. Sebab dia tak col kata nak datang. Nasiblah petang tu tergerak hati nak singgah rumah mak kejap niat nak amik Pemanggang Happy Call yang beli online tu. Kalau tak mesti mak col suruh datang rumah mesti iols pun kalut.. Even rumah dekat jer dengan rumah mak bukan jauh pun sebenarnya selang 6 bijik rumah ja.. Masuk kali ni 2 kali nurse datang check perut di rumah. Kak Ida tanya ada rasa nak kencing dak? Saya baru lepas buang tadi..Haha So, kak Ida check BP dan perut ja. Baby dah engaged ada kat bawah haa.. Tu yang dok rasa berat semacam kat bawah. Kak Ida kata dia tak ada esok ada kes kat hospital nak sambut baby. Jadi kak Ina yang ganti tempat dia. Halamak.. Kak Ina ni dia strait sikit means dia seorang yang detail dan bertanggungjawab. Tudiaaa.. Kita tengok Sue kena apa esok.

23 Mei 2016 : Checkup Perut & BSP 
Pagi pukul 8 dah sampai KD Air Merah. Macam biasa ambil nombor, timbang berat dan p kencing. Tunggu sat untuk buat BSP. Lega.. 3.9 mmol/l. Dia jangan lebih dari 6 mmol/l kalau tak dakwat merah la uols. Lepas tu letak buku merah dalam bakul tunggu pulak nurse panggil nama. Dok sat Kak Ina panggil.. Amik HB di jari 12.5 g/dl. Kat jari darah macam cair kalau di lengan pekat darah. Air kencing ok, tekanan darah memang tak ada masalah. Berat pulak 92 kg dah. Naik hanya 100gm ja. Naik 100gm ja?? Kak Ina tanya. Dia buat dah bisik hati aku. Oklah tu seminggu dia kata. Huhuhu.. Kak Ina suruh aku baring atas katil. Jalanlah aku macam penguin naik atas katil. Bila dah hujung-hujung ni nak panjat naik atas katil yang tinggi tu haduihaiii rasa macam nak terbeyak pun ada. Masa nak baring pastu nak bangun turun pun masalah juga. Hahaha.. Sengal woO.. Masa Kak Ina check perut katanya baby dah masuk laluan dah ni perut pun dah turun atas rasa kosong katanya. Tengok pulak kakiku ada bengkak sikit kat pergelangan tu dia advise masa tidur tinggikan kaki dengan bantal. Sebenarnya setiap kali jumpa dia memang dia selalu mention dah benda tu. Memandangkan Sue ada kencing manis semasa hamil (kantoi air gula kali kedua tu sebab p minum air manis sebelum amik darah) Kak Ina tanya dah discuss dengan suami nak ambil perancang yang mana. Seeloknya selepas dua tahun baru boleh mengandung lagi supaya antibodi kuat dan masalah kencing manis pun hilang. Katanyalah.. Sue dengan hubby tak pernah discuss pasal ni just cakap-cakap macam tu sebab dah tau hubby tak setuju guna perancang nih. Bukan apa kata Kak Ina, tak mau masa hamil nanti ada masalah kat baby dengan ibu ja. Dalam hati ni dok kata saya nak rancang sendiri ja tapi memang lepas 2 tahun la jarak.. Huhuhu Alhamdulillah BSP cantik! Tak ada langsung dakwat merah.

24 Mei 2016 : Jumpa Doktor BSP
Temujanji pukul 10 pagi, 10.30 iols sampai. Ramainya orang kat KKTS, amik nombor dan tunggu nama dipanggil. Check tekanan darah, timbang berat tunggu nurse mention nak ke mana lepas tu. "P kencing dulu kat makmal 17, jumpa doktor kat bilik 8 lepas tu masuk bilik 6 jumpa nurse". Dah pukul 11.30 masa tu rasa macam nak pitam. Time dok tunggu tu pun Miss Braxton dan mai acah-acah rasa mengeras sakit kat pinggang dan pinggul. Tapi still mild ja. Masa dalam tandas iols memang ambil masa yang lama. Orang mengandungkan..harap maklum. Jumpa doktor India perempuan Dr Vennila. Dia tak cakap banyak..just tanya "U control dietkan?" tu ja dia tanya. Then, she said "ok". Tunggu pulak nombor dipanggil nak masuk bilik 6 jumpa nurse. Hakak Rohaya rupanya. Kak Ya tergelak besar tengok buku merah aku. Pelik..dah kenapa? Rupanya Sue kena buat BSP lagik 3 Jun 2016 sehari sebelum due date.......haiya.. Hari tu Dr Mariam kata yang kelmarin last BSP pastu tak payah buat dah sebab dah nak bersalin. Hmmmm.. Nilah jadi bila ada banyak tangan buat keja. Kak Ya cakap kalau dah bersalin tak payah maila. Sue admit ward 4 Jun 2016 pukul 8 pagi, Hospital Kulim. Last checkup 30 Mei nih.. Kak Ya check sekali carta gerak anak dan cop pengesahan. Penting katanya untuk tahu gerakan anak cukup ke tak 10 kali. Ok, boleh balik. Penat sehh..penat menunggu. Captain pulak tak berapa sihat dia macam nak demam tapi tak jadi.Hehehe.. Dah 3 malam dok merengek. Sakit gigi katanya. Ingat nak balik ambil dia pergi klinik tapi mak cakap badan dia sejuk tak ada hingus plus aktif macam biasa. Tak jadi ambil Captain Nurhan terus beli nasi lauk datang ofis.

Bengkak kat pergelangan kaki dah surut sikit

Mak B boOlat


Tinggal lagi berapa hari jer nak habis bulan Mei. Tak sabarnya nak tengok baby dalam perut nih. Baby NR/RB cepatlah keluar ye sebelum due date mama taknak kena induce. Kita bersalin secara naturally ye. Ya Allah, Engkau permudahkanlah persalinanku sihatkanlah tubuh badan anakku.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, 17 May 2016

Pengalaman Hamil : Supplement Disepanjang Kehamilan Mama

Assalamualaikum dan selamat pagi uols.. Harini Sue rasa rajin sangat nak update blog, excited nak share supplement tambahan yang Sue ambil sepanjang kehamilan yang kedua nih. Sharing is caring betul tak mommies?

Sebelum hamil yang kedua ni memang dah pasang niat awal-awal nak fully BF dan kurangkan trauma episiotomi (kalau boleh taknak dijahit). Jadi, diawal trimester pertama Sue amalkan minum VCO satu sudu besar (sudu plastik) setiap pagi sebelum ambil sarapan. Mula-mula minum tu memang rasa payau nak terkeluar balik. Yelah, alahan pening loya masa first trimester sangatlah terasa. Masa mengandungkan Nurhan dulu tak macam ni. Tapi Sue taklah sampai muntah-muntah just peninggg..looyaaaa..je. Bila dah dua tiga hari amalkan bolehla layan VCO walau rasa macam nak wekk. Hehehe Kalau kita dah biasa makan benda pahit ni bagi jelah makan apa pun tekak mesti boleh terima punya. Kecuali yang haram tak ambilla nok!

1. VCO D'aura
Tangan gebus sapa nih haa?! Dia pun nak nyibuk jugak..haippp
VCO yang Sue ambil brand D'aura
Sue banyak cari info di google, blog-blog mommies dan terjumpa D'aura ni. Apa yang buat Sue tertarik ialah Minyak Kelapa Dara ni siap dibaca 30juzuk al-Quran dan sesuai untuk minum dan sesuai juga disapu di bahagian sulit (urutan perineum). Macam VCO brand Tanamera la jugak. Boleh whatsapp no. ni untuk mommies dapatkannya 012-6710172. Bukan Sue yang jual taw iols tolong promot jerr.. Harga sebotol Sue beli termasuk postage ialah RM85 sahaja. Satu set ada dua botol. Kalau nak yang softgel pun ada juga bagi yang tak boleh nak telan cecair. Sue amik yang jenis liquid nih sebab nak gunakan untuk urutan perineum. Jadi, sebotol untuk minum lagi sebotol untuk kegunaan sapu-sapu giteww. Boleh boh kat rambut juga uols. Sebotol untuk Sue tahanlah 15 hari.

2. Qaseh Gold Adinda

google jer gambar
Masa trimester yang kedua Sue tukar pulak ambil Qaseh Gold Adinda. Tukar bukan bermakna VCO D'aura tak sesuai ke apa saja-saja gediksss. Hihihi.. Banyak review yang positif tentang Qaseh Gold Adinda. Bila sendiri dah cuba memang sangat terasala kesan dia. Masa first pregnancy, masuk kandungan 4 bulan masalah keputihan sangatlah menakutkan sampai nak tidur tak lelap asyik gatal kat faraj then masalah kedua hubungan intim dengan hubby mestilah tak berapa best sebab masalah keputihan ni menganggu.
So, kedua-dua masalah tersebut berjaya diselesaikan dengan jayanya hasil dari produk ni. Cewahhh! Semuanya dengan izin Allah Taala.
No more keputihan untuk yang kedua nih. Tekanan darah cantik, HB terlampaula cantik (paling tinggi 14.5 g/dl), tak ada masalah gigi, rambut kurang sangat gugur, alahan hilang. Sampaikan ada sorang Nurse nih (masa check gigi kandungan 28minggu) tegur dia kata HB cantik sangat makan apa? Nurse tu pun tengah pregnant agaknya sebab uniform dia lain sikit. So, Sue bagitaw yang Sue makan ubat klinik bagi dan ambil Qaseh Gold Adinda. Hmmm.. Agaknya dia ada problem dengan HB kot. Nak beli jugakla tuh Qaseh Gold..
Yang bestnya Qaseh Gold Adinda ada siap Delima, Kurma bla..bla..bla.. Baca sendirila kat bawah nih. Mak B malas nak taip.

google jer gambar
Haa..giteww. Rasa bertenaga jer setiap hari walau kadang-kadang tu merap juga hubby buat tu buat ni. Hihihi.. Mama kan pregnant abah tolong sat na pakaikan Nurhan pampers.........Basuh yak, bagi mandi, jemur tilam bantal, sidai kain, basuh pinggan. Masak je tak payah.. Untung dapat hubby yang bertoleransi and penyayang. Sayammm Rohaizad Ismail.! Qaseh Gold Adinda ni juga mampu jadi milk booster taw. Lepas ni pun Sue akan setia dengan Qaseh Gold Adinda sebab dah serasi dengan badan.
Sue beli Qaseh Gold Adinda ni melalui biras Sue, bosnya jadi ejen jualan produk Qaseh. Setiap beli mesti dapat free gift. Besttt.. Tapi sejak biras Sue dah bersalin 28 April yang lalu makaku terpaksa beli je lah di kedai jamu. Harga Sue beli dekat bos biras Sue RM78. Alaaa.. Lupala no contact akak tu. Nantila Sue review lain.

3. Lotion Strech Marks

Palmer's Massage Lotion For Strech Marks ni hadiah dari kakakku Junaida Ahmad masa berpantangkan Captain Nurhan. Tapi sekarang baru pakai uols. Nanti lepas bersalin baru taw strech marks teruk ke tak. Masa nih tengok perut still putih berseri cuma nampak sikit je urat-urat kat perut warna cerah. Huihhh janganla kome gelap ye! Jenuh nak tonyoh bagi hilang.
Sue pakai setiap kali lepas mandi tanpa gagal. Maklumlah dapat free.. Jadi kita gunakan dia uli-uli kat perut tu. Baunya pun sedap bau koko.. dalam ingredients dia pun ada cocoa butter kan opcozla bau koko. Apalahhh.. Best pakai lotion ni dia tak melekit. Sekali pump je setiap kali selepas mandi then massage di bahagian pinggang and perut. Baby pun mesti suka mama dok gosok2 perutkan.
Harga tak tahu sebab dapat hadiahkan. Rasanya di Watsons or Guardians ada jual lotion nih. P dapatkan sekarang!

5. Ubat Klinik Kerajaan 

google jer gambar
Klinik Kerajaan akan bagi kat kita 4 jenis ubat :
- Vitamin C
- Folic Acid
- B Complex
- Iron Tablets

Dapat je ubat ni esoknya terus makan tanpa gagal. Cuma B Complex ja tak makan langsung sebab nak kawal berat badan. Masa kat Captain Nurhan dulu Sue obes. Akhir sekali timbang berat badan cecah 100kg! Masa mula2 dulu kan tak berapa tahu sangat tak banyak ilmu. Kali ni mang pantang and kawal pemakanan. Supaya tak menyusahkan kandungan dan diri sendiri. Doktor pun cakap tak perlu amik kerap B complex sebab badan Sue jenis cepat naik.

Ini sahajalah yang Sue amalkan sepanjang pregnant anak kedua nih. Kali ni tak makan pun Sengkuang Cina, hubby tak belikan pun..hmmmmmm Sengkuang Cina elok amalkan masa masuk kandungan 7 bulan sampaila bersalin untuk elakkan demam kuning tinggi selepas baby lahir. Sue dah minum VCO dan juga Qaseh Gold harap dapat kebaikan untuk elakkan anak dari jaundis dan juga masalah yang lain. Insya'allah.. Ikhtiar...

Masa kandungan Sue masuk 34minggu Sue baru start buat urutan Perineum guna VCO D'aura. Boleh google apa itu Perineum dan kebaikan mengamalkan urutan Perineum semasa trimester ketiga. Ada mommies dh start buat urutan Perineum semasa kandungan 28 minggu. Setakat ni Sue buat sekali setiap pagi selepas mandi.

Set bersalin pun dah beli.. Pakai hat abang Terlajak Larisss! D'Herbs. Rm199 after less dapat RM190 beli kat Tesco Kulim.

Tengok tu si tangan gebusss tu.. Suka sangat dengan baby
Kata nak beli set ST Ammy 60 Days??? Tak jadik uols.. sebab tengok barang dia banyak yang kena makan. Iols bukan jenis rajin ikut time nak makan pil2 tu.. Lagi pun nak BF kan kang tak sesuai menyusahkan anak pulak. Search sana Wings sini amik yang D'Herbs punya jelah. Member yang penah try set ni kata ok. 

Okaylah..nak settle kerja kat ofis plak nih. Hari ni still kerja sampai rasa sakit baru start bercuti. Doakan Sue dan baby selamat. Minta maaf kawan2 semua ye.. Halalkan makan minum. Wassalam.


Pengalaman Hamil : Checkup 37 minggu

NOT FOR POST DATE!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Haa..nampak dak 'NOT FOR POST DATE' tu.. Iols tak boleh lebih dari due date 04.06.2016 tauU. Gara-gara terkantoi air gula yang kali kedua tu mungkin yang lain tak ada masalah. Tekanan darah, urine, HB semua ok jer.

Kemungkinan 02.06.2016 Sue akan serah diri di Hospital Kulim if tak bersalin lagi. Sebab 04.06.2016 jatuh hari Sabtu. Hospital tak terima kes hari Jumaat dan Sabtu sebab ofis cuti. Kalau emergancy takpala, ni saja-saja nak p masuk wad tak bolehla. Oleh itu hari Khamis 02.06.2016 silalah mai kat wad 9 ye dik..Huhuhu

Checkup 16 Mei 2016
Temujanji pukul 10 pagi sampai Klinik Desa Air Merah pukul 10.30 pagi sebab Captain Nurhan tak ada sapa nak jaga Tok ngan Wan p Tabung Haji jap. Tapi kalau datang awal pun bukan sharp pukul 10 dapat jumpa nurse. Kena tunggu juga giliran dipanggil. Sesampai jer di KD terus amik cup (nak kencing dalam cup tuh hihi macam biadap plak ayat) masuk bilik air untuk check urine kemudian timbang berat badan. MAKKK!! turun?? Yeke?? Macam tak caya turun 400gm. Huhuhu.. Semalam iols makan beratla jugak makan kek birthday I lerrr.. Tapi 1 slice jer. Happy je rasa berat turun kikiki. Duduk termenung sat sementara tunggu nama dipanggil. Dalam 15minit ke 20minit JM Hazlida pun panggil.'' Syuhada deh, check air kencing '' pekat loghat ketimuran dia. Harini tengok Kak Ida macam tak berapa ada mood je. Ok, air kencing tak ada masalah. Duduk dalam bilik dia, dia bagitau leher dia sakit tidur silap bantal agaknya. Ooo..patutla nampak macam ada something wrong somewhere. Hehehe.. Nak cakap pun rasa sakit..parohhh gi ni! Harini dah 37 minggu 2 hari deh. Dok sat dia suh baring nak check perut, degup jantung baby kuat cantik. Baby siap tendang2 comel lagi masa check jantung dia.
Macam biasa Kak Ida mesti remind kalau turun tanda rasa sakit ke terus je ke hospital jangan tunggu lama-lama. Kali ni kejap sangat checkup around 20minit je sembang. Mungkin dia dok tahan sakit lehiaq dia sama tu buat keja nak cepat sokmo. Lepas checkup terusss datang keja.

Dah 37 minggu, still mild je bila rasa sakit dan tak ada turun tanda. Dua biras Sue dah selamat bersalinkan baby boy. Sorang caesar sorang normal tak kena jahit. Yang tak kena jahit tu bersalin kali yang ke-3. Sue pulak dok menunggu hari bila baby nak keluar kakak Nurhan tak sabar nak main dengan baby nih.

Semoga Allah mempermudahkan urusan persalinanku yang kedua ini. Amin..

Thursday, 12 May 2016

Pengalaman Hamil : Checkup 36 minggu

Assalamualaikum sayam2 sekalian..
Hari nih dah pun masuk 36w5d.. chiaa chiaaa orang kata menunggu hari je lah. Ku harap hari itu tak over due sampai nak kena induce bagai. Tak mo tak mo.. Baby NR keluarlah before due ye sayammm..

Setakat hari nih tak ada apa-apa tanda lagi. Perut mengeras tak menentu dan kadang tu sakit tapi sekejap sangat dalam 10 second hilang. Kadang mengeras je perut tanpa rasa sakit. Lain orang lain rasa lain macam. Hehehe.. Rasa sakit di Miss V opcoz lah, kalau buat kerja banyak (banyak bergerak dan berjalan) mulalah celah kelengkang sakit rasa berdenyutnyut macam lebam gitewww. Hampir menitis air mata jatuh ke bumi cewahhh!. Perut usah dikata sakitnya di bahagian bawah rasa berat jer. Kepala baby NR dah di bawah, bila baby NR bergerak aktif rasa geli jer kat pundi kencing tuh. Hehehe.

Checkup 36minggu : 9 Mei 2015
Berat badan dah naik sikit-sikit tak mendadak. Kaki pun dah tak bengkak sangat dah. Hari tu Nurse Rohaya (JM KK Taman Selasih) ada cakap "Ni 2 minggu lagi bersalin la nih.." Harap mulut dia masin. Ku tak sabar nak tengok baby NR naw. Kaki yang bengkak tu dia akan surut lepas bersalin sebab before preggy tak bengkak kan dia kata. Owh.. Sue ok jelah. Tapi tak mention pulak jari jemariku sebelah kanan ni asyik kebas..lupaa. Checkup 36minggu sekali dengan BSP (sebab kantoi masa kali kedua minum air gula) everything okay. HB cantik sangat Nurse Rohaya puji sebab jarang ada patient setinggi HB aku. Wuhuuu..ada hadiah tak kak Ya?? HB aku alhamdulillah 14.5 sejak dari terimester ke dua tinggi. Sue tak ada banyak masalah untuk kandungan yang kedua ni. Next entry Sue share supplement apa yang Sue ambil ye. On the next day,  review doktor pulak di KK Taman Selasih. Doktor just cakap control diet je yang lain tak ada masalah. Pulanglah daku ke rumah dengan happynye. Terus menuju ke Mutiara Junjung beli lauk tapi rasa macam tak ada selera pulak sebab 16 Mei nih kena check perut lagi opcoz nak kena timbang beratkan. Iols takot berat naik melebihi paras yang dibenarkan..Huhuhu iols kan baikkk dengar cakap (sebenarnye nak elak dari kena Daily BP huuu 5 hari kottt kena p klinik check tekanan darah). Macam baby NR la dengar cakap. Selalunya JM akan sentiasa mengingatkan moms standby beg pakaian siap-siap dan kalau ada turun tanda cepat-cepat ke hospital. Checkup sekarang bukan macam dulu ye dik non. Sekarang staff nurse lebih teliti buat kerja sampai kekadang aku nek rimas sebab hari-hari kena datang klinik. Tapi baguslah depa caring dari depa lepaih tangan kan..

1. Pecah Air Ketuban (belommmm meletop!.)
2. Kontraksi (dok rasa Miss Braxton ja men acah2 )
3. Keluar lendir sekali darah (masa kat CaptainNurhan turun tanda nih..sampai2 hari tunggu dalam wad still 2cm nasib tak dan jumpak pak induce)

Okay, jumpa di next entry tentang supplement yang sue ambil disepanjang kehamilan yang kedua nih. Wassalam.

Friday, 22 April 2016

Barang Baby siap 90%

Assalamualaikum dan salam jumaat..
Alhamdulillah cuaca redup-redup manja hari ni..
Kelmarin Captain Nurhan genaplah 1tahun 10bulan. Buat perangai jer dia nak dapat adik dah macam-macam akai dia dapat. Hehehe.. Sue pulak dah masuk 33minggu 5hari. Baru jer balik dari holiday rumah abang di Nilai dan kakak di Shah Alam.Jumpa kawan hubby di Cheras. Condition badan usah tanyalah, opcoz sakit dan lenguh sana sini. Sepanjang bermalam di rumah abang dan kakak mana boleh tidur. Badan ni tak selesa, pusing kiri salah pusing kanan salah, bersandar salah. Solution.. tunggu sampai betul-betul ngantuk baru boleh tidur. Balik rumah kaki bengkak paling teruk sebelah kanan. Hubby tolong urutkan surutlah sikit. Malam lega boleh tidur nyenyak mungkin sebab letih sama kot.

Hari Rabu Hubby cuti lagi, jadi sue ajak Hubby ke Kapokdesign Maternity & Baby Product di Taman Lagenda, Padang Serai. Nasib jumpa kedai dia lepas col nombor yang ada di page dpa tu.Ikut Sue nak give up dah sian kat Hubby nampak letih. Cantik warna tema kedai dia warna purple gitewww..

Apa yang Sue grab masa di kedai Kapokdesign? Ni haa.. Memang dah lama ushar dalam page dpa klik sini..
Nursing Pillow, Sleeping Baby bag, bedung, nursing cover, comforter dan freegift Tuam Baby
 Berhabis RM270 selepas 5% diskaun uols.. Untung dapat freegift tuam baby. Dah settle satu bab. Baju baby pulakkk tak kan takde baju baru kan. Malam tu singgah di kedai Anakku grab 5-6 helai baju/seluar. Yang NB amik sehelai jer sebab yang kakak punya dulu elok lagi dan banyiakk.. Nak beli semua siap-siap sebab badan makin tak larat dah jalan jauh.



Selesai... cuma nak beli tuala dan tempat mandi bb jer. Tub bb dah ada nak beli yang tempat support bb masa mandi tu. Sebab masa pantang nanti berpantang sendiri. Contohnya macam gambar di bawah ni. Gambar ni amik kat google je uols..

Gambar ihsan Mr Google


Barang nak ke hospital belum masukkan dalam beg lagi. Baju bb pun belum basuh huhuhu..

Beg outing bb. Dapat diskaun cuma RM59.90 harga asal dah lupa berapa.


Ni kenangan gambar souvenir masa melawat Zoo Negara, KL 18 Apr hari tu. Seronok captain dapat tengok animal. Sue berpeluh usah cakaplah ate tengah mengandung peluhnye pun turun lain macam.

Tengok dpa boleh tidur dengan hebatnya. Syok jew tengok kita ni juga tak leh nak tidur. Hehehe.. Setakat ni perut kerap mengeras tapi belum keluar tanda nak bersalin lagi. Hope sangat bb keluar before 4 Jun 2016. Amin..

Tuesday, 5 April 2016

List Barang Baby - Second Child

Assalamualaikum & salam sejahtera,
5 hrbln 4 tahun 2016 baru update blog?! Nampak tak bz sy selama nie..haaaa sebenarnya bukan busy apa cuma laptop tak sihat. Mujur ada sahabat hubby pandai bab2 servis komputer dapatla percuma jer.. Kalau hantar ke kedai jenuh kena kapak. Huhuu Okay, masa tengah taip ni dah 31minggu dah uols. Tak sabar nak rasa constraction tau. Barang baby untuk bayi kedua kami simple jer, gegurl hari tu scan di Klinik Dr Marina (yang viral sebab murah dan kelembutan beliau melayani patient). Jadi, banyak jimat di situ haaa..nampak tak. Hehehe excited tetap ada ye macam anak sulung dulu. Cuma baju just beli sikit je, baju kakak Nurhan dah ada banyak and still in good condition lagi nau.

Listing yang nak dibeli nanti untuk second bb gegurl ni :

1. Baju/seluar tido NB - 2 helai
2. Baju/seluar siang NB - 2 helai
3. Jumpsuit 3-6m - 3 helai
4. Baju jenjalan 3-6m - 5 helai
5. Bedung/selimut - 3 helai
6. Baju raya (huhuhu) - 3 helai
7. Tuala mandi - 4 helai
8. Tuala kecil - 5 helai
9. Pampers Diapers NB yang pek kecil - 1 bungkus
10. Baby sleeping bag
11. Beg outing
12. Botol susu TT or Avent

**Ada keperluan bb yang dah ada so tak tulis dalam nih.  

Listing yang nak dibeli untuk mama pulak:

1. Autumnz Bliss Electric/manual Breastpump
2. Autumnz Steril/steamer home & car (aku bantai je nama dia sebenarnye)
3. 'U' Pillow
4. ST Ammy 60 Days
5. Tilam single untuk berpantang

Listing barang untuk ke hospital mama & bb (LR) :

1. Baju NB - 1 helai
2. Bedung - 1 helai
3. Diapers - 1 pcs
4. Kain napkin - 1 helai
5. Mitten & booties - sepasang
6. Pad maternity Madame - 2 pcs

Tadaaa... ini jer yang iols prepare uols. Simple jer takyah macam-macam bagai. Sekarang kena berjimat dan kena pandai berbelanja. Kita bukan retis nak beli banyak-banyak baju bagai.. Pakai yang boleh pakai je. Katil baby, stroller dah ada cuma baby carrier lepas pantang baru beli. Mesti ada yang pelik kenapa sue cuma perlukan diapers NB pek kecil? Nurhan kan pakai pampers Drypers.. Sue join Club Drypers dan setiap kali beli pampers sue akan simpan kod unik yang ada disebalik plastik bungkusan tersebut. Kod unik  tersebut sue akan key in dalam akaun Club Drypers sue dan kumpul sehingga dapat tebus hadiah. Maksimun 850mata. Simpan punya simpan bolehla dapat pek kecik NB 16pcs kalau tak silap. Sue tebus lebih kurang 3 pek NB dan 2 pek saiz S. Hehehe.. Jimat disitu uols. Rata-rata kawan sue yang anak mereka pakai pampers Drypers tak tahu cara nak tebus. Ruginyaaa alahai...

Cara nak tebus kod unik tersebut sign up je di web https://www.drypers.com.my/Drypers-Baby-Club/

Okay, dah panjang melalut kita jumpa di next entry ye!
Kali ni nak mind set fully BF. Doakan saya sayam2 sekalian..